Hari ini Zahra hanya mengenakan blouse putih yang sedikit jarang dan dipadankan dengan skirt hitam separa lutut.Tengah hari ini Syed Budreez ingin membawanya berjumpa dengan kedua orang tua nya.Semakin lebar senyum Zahra bila membayangkan reaksi wajah Puan Marissa sebentar lagi.Dia hanya mengenakan solekan tipis diwajahnya kerana usai berjumpa dengan orang tua lelaki itu,dia memang merancang untuk kembali ketempat kerjanya.
Dadanya tiba-tiba gemuruh.Jujur dia katakan dia agak sedikit gementar untuk berdepan dengan ibu Syed Budreez.Namun mengenang kembali rancangan nya,dia segera mengusir perasaan gemuruhnya.Seharusnya dia gementar seperti anak dara lain yang akan bertemu dengan bakal keluarga mertua.Takut andai tidak direstui,namun kerana ini adalah salah satu rancangan liciknya,dia semakin pasti.Walau ditolak oleh ibu Syed Budreez,dia yakin lelaki itu pasti akan sentiasa memilihnya.
Selang beberapa minit menanti,Syed Budreez tiba di tempat kerjanya.Senyuman lelaki itu sentiasa terukir.Zahra hanya membalasnya dengan senyuman kecil.Sebaik saja kereta mereka meluncur laju,mereka hanya mendiamkan diri.Tiba-tiba Zahra terasa jemarinya digenggam erat.Dia hanya membiarkan,namun tersenyum sinis saat jemarinya dikucup lembut.
"Nervous?"soal Syed Budreez.Jemari Zahra masih setia dibibirnya.
Zahra tersenyum nipis."A bit"
"Everything's gonna be fine,don't worry "
Zahra mengangguk kecil.By hook or by crook,i got to have you.Janji nya dalam hati.Dia ingin membalas setiap perbuatan Marissa secara perlahan-lahan.
Sebaik saja mereka tiba diperkarangan rumah milik keluarga Syed Budreez,Zahra memejam matanya sekejap.Tiba-tiba dia menggeletar.Jemari digenggam kejap.Seakan baru saja terjadi mereka sekeluarga dihina.Dia seakan melihat bayang bayang mereka sekeluarga saat mereka berada di situ.Airmata yang ingin menitis di seka perlahan.Be strong Zahra!you can do it!Kata hatinya.
Dengan langkah yang sedikit angkuh,dia mengambil tempat disisi Syed Budreez.Lengan lelaki itu dipeluk mesra.Sempat dia memberikan senyuman manis dan manja pada Syed Budreez hingga kepalanya diusap penuh kasih.
"Assalamualaikum ma!" Laung Syed Budreez ketika melangkah masuk ke ruang tamu.Zahra hanya diam memerhati.Namun akur bila Syed Budreez mengarahnya untuk duduk diruang tamu yang kelihatan mewah,sebelum meninggalkan dirinya untuk mencari Marissa.
'Mewah sangat ke?Ruang tamu rumah aku lagi mewah,lagi besar!Tunggu masa yang sesuai saja Marissa.Baru kau tau tinggi dan rendahnya langit'Zahra menjeling keadaan ruang tamu milik keluarga Syed Budreez.Hidupnya tidak sama seperti dulu,malah hidupnya kini lebih mewah dari dulu.Kalau dulu mereka hanya lah keluarga yang sederhana,sekarang tidak lagi.Dia mampu!Walaupun keluarganya tidak ada bersama dengannya mengecapi kejayaan yang diusahakannya namun dia puas.
Bunyi derap kaki yang kian hampir membuatnya menoleh sekilas.Marissa tersenyum nipis namun sedikit janggal dimata Zahra.Segera dia berdiri sambil tersenyum sinis.Kedatangan Syed Budreez pula membuatnya segera memeluk Marissa.
"Assalamualaikum aunty!"sapa Zahra perlahan.
Marissa hanya tersenyum nipis.Biarpun dia sendiri tahu kalau senyuman Zahra hanyalah kepura-puraan.Sinis nya senyuman Zahra masih kelihatan.
"Wa'alaikumusalam"jawab Marissa ikhlas.Matanya tidak lari dari memerhati gerak geri gadis sunti didepan nya itu.
Syed Budreez menarik lengan Zahra untuk mengambil tempat duduk di sebelahnya,berdepanan dengan ibunya.Zahra hanya menurut dengan perasaan yang sedikit sebal.Terasa kekok bila berdepan dengan 'musuhnya' sendiri.
"You look beautiful Zahra" Puji Marissa ikhlas sambil tersenyum.Jujur dia katakan,Zahra kini membesar dengan sempurna dan tampil begitu cantik di matanya.
YOU ARE READING
KAU MILIK KU (ON GOING/SLOW UPDATE)
RomanceON GOING‼️ 'Marriage itself is a gamble thing.some people may win it and some people may lose it!we cant predict it' Bila sebuah perkahwinan yang terbina berlandaskan dendam semata,akankah kebahagiaan akan dikecap hingga ke akhirnya? Berjayakah seor...