Kai melangkah masuk ke dalam rumahnya.Dia melihat D.O sedang tidur di atas sofa sambil memeluk bantal segi empat.Dia menghampiri D.O yang terlena dan duduk bersila di hadapan muka D.O.
Dia mengamati wajah D.O yang sangat tenang ketika tidur.Mata kai memandang mata D.O yang tertutup.Pandangannya mula jatuh satu persatu di bahagian muka D.O dan akhirnya sampai ke bibir D.O.
Bibir yang lembut ditenungnya sampai dia tidak sedar yang jarinya sedang bermain di bibir D.O.Terasa bibirnya dipegang,D.O membuka matanya dan melihat kai berada betul dihadapannya dan dia bingkas bangun.
"K-kai,bila balik?"
"Baru je.Sorry,kai tak sengaja"
"Takpe.H-hyung masuk bilik dulu"
Kai mengangguk dan hanya melihat D.O menghilang dari pandangannya.Dia merebahkan badannya di sofa dan mengingati kembali apa yang telah dia lakukan kepada D.O.Bibirnya menguntum senyuman.
***
D.O menutup pintu biliknya.Tipu lah kalau dia tidak berdebar.Tunggu masa nak meletup je.Mana taknya,dia membuka mata dan melihat kai di depannya sambil jari bermain di bibirnya.
D.O menyandarkan badannya di pintu sambil menyentuh bibirnya yang dipegang kai tadi.Tidak lama kemudian,dia mengukir senyuman.Dia mengelengkan kepalanya lalu memanjat katilnya dan terlena.
***
Harini kai ingin membawa D.O keluar kerana dia kesian melihat D.O hanya terperap di rumah.Macam orang gajinya pula.Dia melangkah ke arah D.O yang sedang mengemas ruang tamu.
"Hyung"panggilnya.D.O hampir terkejut dengan kehadiran kai.Mana taknya,kejadian semalam masih membuatkan dirinya malu hendak berhadapan dengan kai.Tapi dia meletakkan muka selambanya sahaja.
"Eoh?"
"Kai nak ajak hyung keluar,hyung nak tak?"ajak kai.D.O terkdeu.
"Hyung..hyung malas nak keluar lah kai"jawab D.O sambil menundukkan sedikit kepalanya.Dia bukan sengaja hendak menolak ajakan kai tapi dia masih takut untuk keluar.Takut kalau terjumpa dengan appanya dan paling dia takut dia akan kembali ke keadaan asalnya yang selalu dipukul dan dirogol.
Kai tidak berputus asa.Dia menghampiri dekat dengan D.O berdiri.
"Kai tetap nak bawak hyung keluar.Hyung asyik terperap je dekat rumah"
"Tapi..."
"Kai tahu hyung ada masalah tapi kalau hyung taknak cerita takpe kai tak kesah..janji hyung keluar dengan kai harini..hyung pergi bersiap,kai tunggu dekat sini"
Nak ataupun taknak,D.O melangkah juga masuk ke dalam biliknya untuk bersiap.Kai tersenyum kerana dia akan keluar dengan crushnya sendiri.Tapi apa yang membuatkan kai tidak tenang tentang masalah D.O.Dia hendak sangat tahu apa masalah D.O tapi dia tak berani nak tanya.Dia risau kalau D.O marah kepadanya dan lari daripadanya.Dia akan bertanya apabila sampai masanya nanti.
***
Mereka hanya diam tanpa berbual apa-apa.Hanya radio sahaja kedengaran di gegendang telinga.D.O memandang ke luar tingkap sambil termenung.Kai pula fokus memandu dijalan raya.
Telefon bimbit kai berbunyi bermakna ada orang menelefonnya.Kai memandang screen telefonnya.
Chanyeol.
Kai segera menjawab.
"Hello kai..aku nak ajak kau lepak dengan sehun..kau nak tak?"
"Sorry hyung..kai ada hal lah..lain kali ye"
"Hmm hal dengan D.O lah tu"
"Dah tahu jangan tanya"
Kai tergelak kecil.D.O memandang kai sekilas.Selepas berbual sekejap dengan chanyeol,kai menamatkan panggilannya dan memfokus pada pemanduannya.
Tempat pertama yang dituju oleh mereka adalah shopping mall.Kai dan D.O berjalan beriringan sambil masuk ke dalam mall tersebut.
"Kita nak buat apa dekat sini?"tanya D.O.
"Kita pergi cari baju untuk hyung"jawab kai tanpa memandang D.O.Dia tahu D.O pasti akan menolaknya.
"Tapi hyung.."kata-kata D.O dipotong.
"Takde tapi-tapi..lets go"ajak kai.Tanpa dia sedari,dia telah menarik tangan D.O.D.O yang terkejut dengan perbuatan kai hanya membiarkan sahaja.Kalau dia menegur,dia risau dia sendiri akan malu.Tetapi tidak bagi kai,dia tersenyum dalam hati apabila D.O tidak menolak.
Selepas membeli beberapa pasang baju,mereka singgah di sebuah restoran untuk makan tengah hari.Pada mulanya,D.O menolak kerana dia tidak mahu kai menghabiskan duitnya untuk dia.Tapi kai tidak mempedulikannya.D.O memesan chicken chop dan juga fresh oren.Kai pula memesan lamb chop beserta jus tembikai.
Setelah beberapa minit,makanan yang dipesan oleh mereka pun sampai.Mereka makan dengan keadaan yang sunyi sepi.
"Hyung"panggil kai.
D.O memandang kai yang sedang mara ke arahnya.D.O kaku dengan tindakan kai.Dia hanya memandang muka kai yang sudah rapat dengan dia dan...
Dia merasa jari kai menyentuh tepi bibirnya.
"Hyung ni makan comot betul"
D.O merasakan darah mula menyirap di pipinya dan dia menyambung makan tanpa mempedulikan kai akibat malu.Kai hanya tersenyum melihat D.O.Baginya D.O terlampau cute apabila blushing.
***
Malam sudah menjelma,kai membawa D.O ke satu destinasi terakhir iaitu Sungai Han.
Walaupun badan D.O letih tapi dia hanya mengikuti sahaja kai.Bila lagi hendak bersama dengan kai kalau bukan sekarang.
D.O duduk di atas pasir tersebut sambil menghadap sungai tersebut sambil melihat langit yang dipenuhi oleh bintang.Sedang D.O leka,kai sudah berada disisinya.
"Seronok hyung tengok bintang"tegur kai.
"Sape je tak seronok tengok bintang,bintang kan cantik"kata D.O.Matanya tidak lepas memandang langit.Kai terpesona dengan melihat pemandangan itu.D.O memiliki kulit yang cerah dan lembut.D.O memang menawan.
"Hyung nak jadi macam bintang tak?"soal kai agak pelik bagi D.O.
"Maksud kai?"soal D.O balik.
"Yela kai tengok hyung suka sangat dengan bintang tapi kalau boleh hyung jangan hilang macam bintang"ujar kai sambil menguncikan matanya dengan mata D.O.D.O yang tidak faham dengan maksud kai terus kaku dengan pandangan kai.Perlahan-lahan wajah mereka mendekat sampai nafas kai terasa di wajah D.O.D.O hanya kaku dengan kelakuan kai.Dia tidak tahu mahu bereaksi macam mana.Akhirnya dia merelakan kai menyentuh bibirnya.Bibir mereka saling bergeseran antara satu sama lain
Satu ciuman yang amat bermakna bagi mereka berdua pada malam itu.
YOU ARE READING
Please! Stay With Me(Kaisoo Fanfic)(On-going)
FanfictionD.O Kyungsoo atau nama pendeknya D.O ialah seorang anak yatim yang tinggal bersama appanya.Sejak ommanya meninggal akibat kemalangan jalan raya,appanya menjadi seorang kaki clubbing,mabuk dan selalu membawa balik perempuan ke rumah.Bukan itu sahaja...