D.O sedang menonton tv berseorangan.Kai ada kelas pagi seraya berjumpa dengan kawan-kawannya.Teringat pasal kawan,D.O sebenarnya amat merindui baekhyun dan luhan.Nak ditelefon tapi telefon bimbitnya tertinggal masa hari last dia dirumahnya.Nak pinjam telefon kai pulak dia tak ingat satu pun nombor baekhyun dengan luhan.
D.O mengeluh.Tiada cerita yang boleh menarik perhatiannya daripada berfikir tentang baekhyun dan luhan.Dia menutup tv dan pergi ke balkoni apartment itu.Dia berfikir sama ada dia mahu keluar ataupun tidak.Tak dinafikan dirinya memang bosan sekarang ni tapi dia tidak mahu menganggu masa kai dan kawan-kawannya.
Kalau aku keluar,tak terserempak dengan appa ke ea? Erm pusing-pusing taman dekat sini je lah..at least takda la keluar sampai ke bandar.bisik hati kecil D.O dan dia tersenyum.
Dia mencapai sehelai seluar trek bersama t-shirt lengan pendek.Kemudian dia menyarung hoodie berwarna kelabu.
Sebelum keluar dia mengunci pintu apartment menggunakan kunci pendua yang diberi oleh kai.Sengaja dia menyuruh D.O menyimpan.Takut terjadi apa-apa.
Senyuman terukir di bibir D.O apabila dia dapat menghirup udara segar.Kali terakhir dia keluar bersama kai dulu.Dan kai ada mengajaknya keluar lagi tapi dia sendiri taknak atas alasan taknak menyusahkan kai.
D.O mengambil satu tempat kerusi disitu.Dia melihat ruangan taman di depannya.Tak ramai sangat orang.Cuma hanya dua tiga orang sahaja berjoging atau membuat sedikit senaman.Budak-budak masih bersekolah dan maybe petang baru taman itu penuh dengan budak-budak.
Sedang D.O melihat taman itu,datang tiga orang menyapanya.
"Hai awak buat apa kat sini sorang-sorang?"tanya salah seorang lelaki tersebut dengan senyuman sinis.
"A-awak s-siapa?"pertanyaan lelaki itu tidak dijawab malah dia bertanya.
"Tak perlu tahu pun..kita have fun dulu jom"sorang lagi lelaki memegang pergelangan D.O bagaimanapun D.O cuba untuk menarik tangannya kembali tapi lelaki itu memegangnya terlalu ketat.
"L-lepas lah!"jerit D.O.
"Jangan nak jual mahal sangat la..aku yakin kau suka"
Lelaki itu menjilat bibir sambil merenung badan D.O.Kemudian mereka menarik D.O sampai ke dalam satu semak.Mulutnya ditutup akibat D.O menjerit minta tolong.D.O sudah mula menangis.Dia taknak kisah lampaunya jadi lagi.
"Hoi lepaskan dia!!"jerit seseorang.
Lelaki-lelaki tersebut termasuk D.O memandang ke arah suara tersebut.Lelaki itu sudah memegang kayu untuk mengelak dari segala ancaman.Belum sempat lelaki itu berbuat apa-apa,ketiga-tiga lelaki itu sudah lari.
"Aik aku tak buat apa-apa lagi dah lari..nak buat jahat tapi takut..pelik betul"bebel lelaki itu.Dia membuang kayu tersebut dan memandang D.O yang masih menangis.
"Hey dah la..diorang semua dah pergi"
Lelaki itu mengosok bahu D.O untuk menenangkan D.O.Dia perasan ada sedikit luka dia lengan D.O dan dia perasan tempat mereka duduk penuh dengan duri-duri pokok.Lelaki itu membantu D.O bangun dan duduk semula di kerusi D.O duduk tadi.
"Nama kau siapa?"
"D.O"
"D.O?"lelaki itu memandang D.O sambil mengerutkan dahinya.
"Haah..kenapa?"
"Hyung tak kenal saya ke?"
Kini giliran D.O pulak mengerutkan dahinya sambil memandang lelaki itu.
"Hyung! Ni v lah..dongsaeng baekhyun..wahh i miss you hyung!"
V memeluk D.O yang masih tercengang tapi dia tersenyum dan memeluk v balik.
"Bila balik dari australia? Makin handsome sekarang ni"
"Eh v memang handsome dari dulu lagi..lebih dari baek hyung"
V tergelak begitu juga dengan D.O.
"Ouh hyung nak minta tolong dengan v boleh?"
"Tolong apa hyung?"
"Hyung dah lama tak jumpa dengan baekhyun"
V merenung D.O.Setahunya D.O dengan abangnya tak boleh kalau tak berjumpa sehari.
"Hyung gaduh dengan dia ke?"
"Eh bukan tapi ada la sebabnya hyung dah lama tak jumpa dia"
"Em kalau macam tu..jom balik rumah lagipun luka hyung tu teruk sangat dah"
D.O hanya mengangguk.Memang sejak dari tadi dia menahan pedih di lengannya.Mereka mula melangkah meninggalkan taman tersebut.
***
V membuka pintu rumahnya dan mempelawa D.O masuk.
"Hyung!!"jerit v tapi tiada siapa yang menyahut.
"Baek hyung!"jerit v lagi.
"Kau nak apa v? Duduk diam boleh tak..aku nak main ga.."
Bebelan baekhyun terhenti apabila melihat D.O di ruang tamu.
"D.O!"
Baekhyun lari dan terus memeluk D.O.Hampir saja D.O terjatuh tapi masih lagi bertahan.
"Kau tahu tak aku rindu kau..kau hilang macam tu je..taknak bagitahu pun kau pergi mana..kau tak sayang aku dah ke? Aku risau ta.."
"Aku rindu kau jugak baek but pliss sakit dah telinga aku"
"Kau pergi and datang balik pun perangai sama je"kata baek sambil mengulingkan biji matanya.
D.O tergelak.
"Okay dah dengan drama hyung-hyung sekalian..masa untuk rawat luka D.O hyung"v menyampuk.Tak tahan dia nak tengok drama baekhyun seorang ni.Dia berlalu ambik first-aid yang terletak dia atas almari.
"Luka?"tanya baekhyun.
D.O menunjukkan lengannya yang penuh dengan darah yang hampir kering.Tak sempat baekhyun berkata apa-apa v membuka mulut dulu.
"Tadi ada kacau D.O hyung pastu diorang heretnya dia ke dalam semak and semak tu penuh dengan duri..sebab tu luka..nasib baik la v ada berjalan kat situ"terang v.
"Haish kau ni D.O..dah la menghilang alik-alik bila jumpa perkara macam ni jadi"
"Sorry la aku tak tahu pun benda nak berlaku..sorry buat kau risau..aku janji lepas ni aku hati-hati"
"Yelaa whatever..yang penting sekarang ni..kenapa kau hilang? Bagitahu aku A sampai Z..jangan tinggal satu pun"
D.O memandang v.V mengangkat kening lalu mengeluh.
"Alah hyung ni dengan v pun nak berahsia ke? Kita pun kawan apa"v memuncungkan bibirnya.D.O tergelak.
"Okay tapi kau taknak ajak luhan dulu ke? Aku pun rindu dia jugak tau"tanya D.O sambil memandang baekhyun.
"Haah ea..lupa pulak ke dia..jap aku call"baekhyun tersengih sambil berlalu masuk ke dalam biliknya.D.O dan v hanya mengeleng kepala melihat baekhyun.
Setengah jam kemudian,terjengul wajah luhan di muka pintu.Dia dan D.O berpeluk bagaikan tiada hari esok.Baekhyun memberhentikan drama mereka untuk memberi ruang kepada D.O bercerita.
Baru sahaja D.O ingin membuka mulut,telefon bimbit v kedengaran.Baekhyun menghembus nafas lagi sambil menjeling adiknya.V tersengih lalu mengangkat telefonnya.
"Hello sayang..saya kat rumah ni"
V meminta diri untuk naik ke biliknya meninggalkan baekhyun,luhan dan D.O.
YOU ARE READING
Please! Stay With Me(Kaisoo Fanfic)(On-going)
FanfictionD.O Kyungsoo atau nama pendeknya D.O ialah seorang anak yatim yang tinggal bersama appanya.Sejak ommanya meninggal akibat kemalangan jalan raya,appanya menjadi seorang kaki clubbing,mabuk dan selalu membawa balik perempuan ke rumah.Bukan itu sahaja...