Chapter 12

378 14 4
                                    

Sehun mengambil remote tv lalu membukanya sebelum menghempaskan badannya ke atas sofa.Dia mengelap rambutnya yang masih basah dengan tuala yang tersangkut di lehernya.Sedang dia menonton tv tiba-tiba wajah luhan terjengul di ruang matanya.

Dalam tak sedar dia mengukir senyuman kecil.Dirinya teramat susah untuk tertarik dengan orang yang baru dia kenali tetapi tidak luhan.Ada sesuatu istimewa pada diri luhan yang buatkan sehun ingin mengenali lelaki itu lebih lagi.

Dalam sehun mengelamun tiba-tiba bantal terhempap di mukanya.

"Yah hyung! Sakit tahu tak!"

"Kau tu dah gila ke?"balas chanyeol dengan ketawa terbahak-bahak.

"Apa maksud hyung ni?"

"Yela dah kau tersenyum sorang-sorang..nak kata tengok tv kang tapi apa yang lawaknya kat situ"

Sehun memandang chanyeol yang tengah pandang tv dan matanya beralih pula ke tv.Seekor harimau tengah mengejar rusa.Mata sehun bertembung lagi dengan mata chanyeol yang kini terangkat-angkat keningnya.

"Mana ada apa-apa la..senyum pun tak boleh ke?"

"Tak cakap tak boleh tapi senyuman kau tu macam orang tengah jatuh cinta tau"

Merah muka sehun seketika.

"Ha dah nampak dah..tak payah nak berahsia..siapa?"

"Siapa apa?"

"Tak payah la buat muka innocent macam tu..bagitahu cepat"

"Cepat apa?"

"Bagitahu la"

"Bagitahu apa?"

"Orang yang kau suka la"

"Suka apa?"

"OH SEHUN!!"

Sehun tergelak sakan.Suka dia apabila dapat mengenakan chanyeol.

"Jangan la main-main..bagitahu la cepat"

"Yang hyung nak sangat tahu ni kenapa? Hun pun tak tahu hun suka dia atau tak"

"Nak nafikan apa lagi kalau dah tersenyum-senyum"

"Mana tahu hun senyum sebab selesa bercakap dengan dia ke apa ke lagipun last time hun cek hun normal"

Kening chanyeol terangkat sedikit."Kau nak cakap yang kau suka lelaki ke sekarang ni?"

Sehun mengangguk."Okay hun cerita..pasal lelaki-lelaki yang kita terserempak petang tadi"

"Budak kurang ajar tu?! Selera kau teruk betul kan"

"Ee i'm not talking about him..dia tu untuk hyung"

"Taknak aku..my gugirl nak campak mana"

Bersinar-sinar mata chanyeol apabila teringat kekasih hatinya.Sehun mengulingkan biji matanya.

"Tong sampah or longkang"

Chanyeol mencubit peha sehun dan menyuruh sehun menyambung ceritanya.

"Kan tadi ada seorang lagi lelaki yang ada dengan budak eyeliner tu.Nama dia luhan"

"Ouhh hyung baru teringat.Muka ala-ala rusa gitu"

"Tapi comel,hun tak tahu la hun suka dia atau tak tapi yang pasti ada sesuatu yang membuatkan hun tertarik dengan dia.Hyung pun tahu hun ni jarang nak minat dengan seseorang atau benda yang baru hun jumpa tapi luhan ni lain.Serius dia lain"kata luhan panjang lebar sambil tersenyum.

"Amboi senyum sampai ke telinga.Bahagia sangat dah tu"

Sehun tergelak kecil.

"Boleh dikatakan macam tu.Hun pun dah lama tak rasa bahagia macam ni lepas..."

Kata-kata sehun terhenti di situ.Chanyeol tahu apa maksudnya sehun dengan pantas membuka mulut.

"Bagus la macam tu.Hyung support je kalau hun suka dia"

"Thanks hyung tapi kan ada satu masalah"

"What?"

"Hun lupa nak mintak nombor..macam mana nak contact?"

"Pulak..yang bengap sangat tak mintak kenapa"

"Lupa la lagipun dia tengah rushing kejar budak eyeliner tu"

"Emm okay sekarang zaman dah moden..cari je la kat instagram ke..mana tahu jumpa"

"Merepek la..bukan dia sorang je pakai nama luhan"

"Dp dia kan ada"

"Kalau dia tak letak?"

"Main dengan kalau memang tak jadi apa..cuba je la nanti..dah jom..tak tahu apa jadi dah dengan makanan hyung masak tadi"

"Haish yela"

Chanyeol sudah bangun dan ingin berlalu pergi tapi dia terasa berat di atas bahunya lalu memandang ke belakang.

"Turun la oh sehun! Berat la!"

"Harini je..malas nak berjalan ni~"rayu sehun.Akhirnya chanyeol hanya akur dan piggyback sehun sampai ke dapur.

***

Lepas makan malam bersama chanyeol,sehun bergegas naik ke biliknya.Dia mencapai iphonenya lalu membuka lock screen dan menekan apps instagram.

"Okay kita start dengan nama dia"kata sehun perlahan.

Dia menaip 'xi luhan' dekat pencarian tetapi terlalu banyak nama tersebut.Matanya teliti melihat semua dp tapi tiada satu pun wajah luhan di situ.

"Takda la pulak..ke dia tak pakai insta? Haish tak mungkin"

Dia mencuba lagi dengan menggunakan nama-nama yang hampir membuatkan dirinya tergelak.10 minit kemudian,dia berputus asa.Jari jemariny masih menekan dengan keadaan lemah.

"Tak jumpa langsung..maybe memang betul dia tak pakai insta"dia melepaskan keluhan berat.

Masih lagi mencuba nasib,jari dan matanya masih menatap telefonnya sampai la matanya membulat.

"OHYESSS!! WOOHOO DAH JUMPA!!"

Tiba-tiba pintu biliknya dikuak dan terjengul muka chanyeol.

"Kau dah kenapa? Dah gila? Hospital sakit jiwa bukak lagi malam-malam ni"kata chanyeol,annoying.

Sehun hanya memandang chanyeol dengan senyuman sehingga dia berlari ke arah chanyeol dan memeluk badan chanyeol erat.

"Hun! Tak boleh bernafas! Sumpah kau dah gila! Lepaskan aku!"jerit chanyeol.

"You no fun hyung"kata sehun seraya melepaskan chanyeol.

"Kepala otak kau..yang kau jerit-jerit ni kenapa? Terbantut aku nak buat assignment tahu tak"

"Dah jumpa la hyung"kata sehun tersengih.

"Jumpa apa?"

"Insta luhan"kini sehun tersenyum lebar.

"Haih tu je ke? Kot ye pun jangan jerit serupa orang menang loteri..nasib kita ni berjauh dengan jiran tahu tak"

"Ala sorry la..dah lama tak happy sampai tak boleh behave..hihihi"

"Banyak la kau..by the way congrats..jangan lupa minta nasihat bila nak tackle dia nanti"

"Tak perlu pun..hun ada cara hun sendiri"

"Eleh jual mahal..blah la kau"chanyeol meninggalkan bilik sehun.

"Gomawo hyung!"jeritnya lalu melompat atas katilnya semula.

"Nak dm ke tak ye? Tapi ni dah pukul 10.30"

Sehun berkira-kira mahu menegur luhan ataupun tidak.Akhirnya dia menghantar juga.

Please! Stay With Me(Kaisoo Fanfic)(On-going)Where stories live. Discover now