Chapter 11

228 11 1
                                    

Selepas beberapa jam berada di rumah baekhyun,D.O meminta diri untuk pulang.Dia ditemani oleh v memandangkan v mahu keluar untuk berjumpa dengan kekasih hatinya iaitu jungkook.

Bermacam-macam pesanan diberi oleh baekhyun kepada v sampai naik bernanah telinga anak muda itu.

D.O membuka pintu apartment itu dan memandang kai yang sedang menonton tv dengan muka yang agak gelisah.

"Kai"

"Gosh hyung! Hyung pergi mana? Kai risau tahu tak"

Kai memeluk D.O erat.Sejak dia balik tadi dia tidak senang duduk apabila mendapati D.O tiada.

"Hyung bosan sangat tadi then hyung pergi jumpa kawan"D.O melentokkan kepalanya di bahu kai sambil memeluk pinggang kai.

"Betul ke hyung pergi jumpa kawan?"

"Ermm.."

"Jangan berahsia..hyung tahu kan kai tak suka"

"Okay tapi apa kata kita duduk dulu..hyung penat"

D.O memuncungkan bibirnya.Kai mengambil kesempatan itu dengan mencium bibir D.O sebelum menarik D.O duduk di atas sofa.

"Memang betul hyung jumpa kawan tadi tapi kalau hyung cerita jangan cepat melenting ye"

"Okay"

"Tadi hyung pergi taman dekat-dekat sini je pastu ada tiga orang tarik hyung masuk ke dalam semak"

Mata kai membulat.Dia ingin membuka mulut tapi D.O pantas menciumnya sampai kai terjatuh terbaring dan D.O berada di atasnya.Merah menyala muka D.O dan dengan pantas dia ingin bangun tapi tangan kai lagi pantas dari dirinya.Kai memeluk pinggang D.O dan mereka kekal dalam keadaan itu.

"Continue"kata kai.

"Diorang tak sempat buat apa-apa sebab adik kawan hyung ada dekat situ masa tu tapi hyung ada luka sikit"

"Kat mana?"

D.O menunjuk tempat lukanya dekat kai.Kai mengusap lembut tempat luka yang ditampal plaster itu.

"Lepas dapat tahu dia adik kawan hyung..hyung suruh dia bawa hyung jumpa abang dia and the end"

D.O tergelak kecil sebelum meletakkan kepalanya di atas dada kai.Dia buat begitu sebab tak mahu kai risau dan nampak dia dalam ketakutan.Asalkan dia selamat dan cukup membuat hatinya lega.

"Boleh lagi ye hyung tergelak dalam keadaan macam ni..nafas kai pun hampir terhenti lepas tengok hyung takda tadi"

"Hyung okay la kai"

"Iye kai tahu hyung okay tapi kalau diorang sempat buat apa-apa tadi macam mana? Lain kali kalau nak keluar bagitahu dulu..tinggalkan note ke apa ke"

"Hyung taknak ganggu masa kai dengan kawan-kawan kai je"

Suara D.O kedengaran sedih dan itu menimbulkan rasa serba salah di hati kai.

"Hyung tak ganggu apa-apa pun hyung..kai jumpa diorang pun just lepak-lepak je..takda buat benda penting pun..lepas ni kalau rasa perlukan kai just let me know,okay?"

Kai mengusap rambut D.O sambil mencium rambut D.O.D.O hanya mengangguk.Dia malas nak bertengkar dengan kai buat masa ni.Mengantuknya lagi penting.

Perlahan-lahan dia menutup mata dan lena di atas kai.Tambah pulak kai bermain lembut rambutnya menambahkan lagi keselesaannya.

Kai mengangkat muka D.O sedikit dan mendapati D.O sudah diulit mimpi.Dia mengangkat D.O dan membawanya ke bilik.Perlahan-lahan dia meletakkan D.O di atas katil agar tidak menganggu lena lelaki itu.

"I love you hyung"bisik kai lalu terlelap bersama D.O.

***

"Kau tahu tak luhan..aku happy sangat dapat jumpa D.O balik"

"Baek kau cakap benda sama dah hampir 10 kali"

"Sebab aku tahu kau sorang je sanggup dengar benda yang sama"

Baekhyun membuat muka comel dekat luhan sebelum menjilat aiskrimnya.Luhan tergelak kecil.Tak dinafikan benda itu ada betulnya.Asalkan senyuman baekhyun kembali.

Asyik mereka bergurau senda dan ketawa mereka tak perasan ada orang berjalan bertentangan dengan mereka dan baekhyun terlanggar seseorang.

"Alamak..m-mianhae..jeongmal mianhae"

Aiskrim yang dipegang terkena pada orang tersebut dan mukanya kelihatan agak tegang.

"Kau jalan pakai kaki ke pakai lutut hah?!! Habis baju aku!"tengking lelaki tersebut.

"Eh aku dah mintak maaf kira okay tahu tak! Yang kau nak marah sangat ni apasal!"

"Kau ingat dengan maaf kau tu boleh gantikan baju aku ni! Mahal tahu tak aku beli! Lagi mahal dari eyeliner kau pakai tu!"

"Sedap sikit mulut tu kalau bercakap! Dah lah capang..tarik lagi bagi capang kang baru tahu! Perasan sangat baju dia tu mahal padahal murah je tapi taknak ngaku!"

"Baek sudah la tu..benda kecik je pun jangan nak diperbesarkan"sampuk luhan.

"Dia mula dulu hyung..baek dah mintak maaf kot"bidas baekhyun.

Lelaki itu mahu membuka mulut tapi disampuk oleh lelaki seorang lagi.

"Hyung baju tu boleh je basuh..dah-dah kita settle kat sini je okay..jangan marah-marah"

"Kau bernasib baik harini..kalau aku jumpa kau lain kali..kau memang tak selamat"

"Eleh cuba la kalau berani buat apa-apa"

Baekhyun dan lelaki itu memandang antara satu sama lain dengan pandangan tajam sebelum masing-masing mengorak langkah meninggalkan luhan dan lelaki seorang lagi.

"Err s-saya pergi dulu..minta maaf bagi pihak kawan saya"kata luhan.Dia berjalan mahu mengejar baekhyun tapi lengannya dipegang seseorang.

"Boleh tahu nama?"

"Xi luhan..awak?"

"Oh sehun..nice to meet you..cakap kat kawan awak tu saya minta maaf atas pihak hyung saya tu..dia memang perangai macam tu"

"O-ouh okay"

Tangan sehun yang masih memegang lengan luhan turun ke tangan luhan sambil memberi senyuman manis kepada luhan.

"Hope boleh jumpa lagi..bye"kata sehun.Dia melepaskan tangan luhan dan meninggalkan luhan yang masih tercengang.

Luhan tersedar lalu matanya melilau mencari baekhyun namun tiada.Confirm dia sudah kena tinggal oleh baekhyun.

Dia berjalan perlahan-lahan sambil mengingati wajah orang yang baru dia jumpa.

Kenapa dia pegang tangan aku? Dan kenapa pulak aku bodoh sangat sebab tergagap tadi? Muka dia boleh tahan handsome dengan senyuman ala ala prince charming..haih betul-betul taste aku la.bisik hati kecil luhan sambil senyuman terbit di bibir.

Please! Stay With Me(Kaisoo Fanfic)(On-going)Where stories live. Discover now