Chapter 5

272 15 0
                                    

Silau yang terbit dari tingkap bilik kai menganggu tidurnya.Dalam keadaan mamai,dia meraba-raba sebelahnya dan mendapati tiada orang disitu.

Eh mana pulak pergi si hyung ni? Jangan cakap dia lari,merana hidup aku nanti.bisik hati kai.

Kai bangun dari pembaringannya dan terus keluar dari bilik itu sambil mencari D.O.

"Hyung!"jerit kai tetapi tiada siapa pun menyahut.Hati kai semakin gelisah.Dia mencari di ruang tamu sampai dia ternampak seseorang di dapurnya.Dia menuju ke situ dan melihat D.O sedang memasak sesuatu.Hatinya mula tenang sedikit.

"Hyung"panggil kai.

"Eh kai,sorry hyung guna dapur kai untuk masak sebab hyung tak sanggup nak kejut kai tadi.Kai tidur lena sangat"kata D.O.

"Eh it's okay,bila-bila masa je hyung boleh guna dapur ni hyung lagipun kai dapur ni jarang berasap.Dah dua minggu kai tak jenguk dapur ni cuma datang buat air je"kata kai sambil tersengih.

"Habis tu,kai makan dekat mana?"

"Makan dekat luar dengan kawan-kawan.Sebab tu kai jarang balik rumah"

"Haih kai ni,tak baim untuk kesihatan kai kalau selalu makan dekat luar tu"

"Yelah hyung,nanti kalau kai nak makan,kai suruh hyung masak k"

"Eh kenapa hyung pulak? Masak lah sendiri"usik D.O.

"Kai mana pandai masak.Masak ramen je boleh lah"kai memuncungkan bibirnya.

"Dah lah,tak payah nak buat mulut itik tu.Sekarang pergi mandi then turun makan sama-sama"arah D.O.

"Okay"

Kai berlari naik ke atas dan mandi.Selepas beberapa minit,kai turun dengan berseluar jeans dan baju t-shirt berlengan panjang.Rambutnya disikat ketepi menambahkan kekacakkannya.

D.O yang terpegun melihat penampilan kai memandang ke tempat lain apabila gegaran jantungnya mula berdegup tak henti-henti.

"Kai macam ni nak keluar ke?"tanya D.O.

"Haah,kai nak jumpa kawan kai jap.Ada hal sikit nak bincang"

"Oh okay"

"Kenapa? Takut rindu kai ye?"usik kai.

"Mana ada.Takda masa lah hyung nak rindu kai"kata D.O.Padahal dalam hati suka apabila kai melontarkan pertanyaan seperti itu.D.O sendiri tidak tahu apa perasaannya kepada kai.Kalau dia jatuh cinta dengan kai,adakah kai akan menerima cintanya sedangkan dia hanya lelaki biasa yang pernah dirogol oleh appanya sendiri.

Mereka menikmati breakfast yang disediakan oleh D.O.Kai tidak habis-habis memuji makanan yang dimasak oleh D.O dan menyuruh D.O memasak untuknya setiap hari.D.O hanya akur dengan kerenah kai.

Selepas makan,kai memakai jaketnya dan menuju ke pintu dan memakai kasutnya.D.O hanya memandang kai dari ruang tamu.Kai sempat memesan kepada D.O agar mengunci pintu kerana dia bimbangkan keselamatan D.O.D.O hanya mengangguk sahaja mendengar kata-kata kai.

***

Kai memasuki Bubble Tea Shop untuk berjumpa dengan kawan-kawannya iaitu chanyeol dan sehun.Sebenarnya kai ingin pergi ke cafe lain tapi apabila kawannya sehun sangat giler ke bubble tea jadi dia terpaksa akur.

"Sorry lambat guys"kata kai sambil menarik satu kerusi dan duduk.

"Tahu pun lambat.Biasanya kau tak macam ni tau"kata chanyeol.Dia mempunyai senyuman yang sangat menawan dan mampu mencairkan hati mana-mana wanita.Tetapi satu je dia tidak berkenan dengan dirinya iaitu telinga yodanya.

"Kenapa kau lambat? Bangun lambat lagi?"tanya si maknae pulak,sehun.Sehun mempunyai jawline yang sangat tajam.Mukanya ala-ala prince charming mampu membuatkan para wanita tergoda dengan mukanya.Nampak sahaja dari luar dia tak suka senyum tapi dalam hati sangat baik.

"Sebenarnya aku ada something nak bagitahu korang ni"kata kai.

"Apa dia?"tanya chanyeol,excited.

"Eh wait,sebelum tu order bubble tea dulu,please"rayu sehun.

"Ish kau ni,aku punya excited nak dengar kau pulak potong"marah chanyeol.

"Alaa tak best dengar cerita kalau takda bubble tea,boleh lah hyung"rayu si maknae lagi.

"Haish yelah2"chanyeol mengalah.Dia memanggil pelayan tersebut.Selepas mendapat bubble tea masing-masing,mata chanyeol dan sehun menumpu kepada kai balik.

"So kau nak bagitahu apa tadi?"

"Korang ingat tak budak yang aku cerita tu?"tanya kai.

"Maksud kau owl eyes boy?"teka sehun.

"Yup,dia"

"Kenapa dengan dia?"tanya chanyeol balik.

"Dia ada dekat rumah aku sekarang ni"kata kai.

Mata chanyeol dan sehun membulat,tidak percaya dengan kata-kata kai.

"What? Kau biar betul? Macam mana dia boleh ada dekat rumah kau?"tanya chanyeol tergesa-gesa.

"Hyung,rasanya kai yang suka dia bukan hyung so chill lah"kata kai separuh ketawa.Sehun hanya membiarkan sahaja kai dengan chanyeol.Dia lebih tertarik dengan bubble tea yang berada di tangannya.

"Tahu lah tapi kau cakap kau baru jumpa budak tu alik-alik dah ada dekat rumah kau"

"Semalam aku saja jalan-jalan dekat kawasan perumahan aku tu tiba-tiba aku ternampak dia duduk dekat tengah jalan.Pada masa yang sama,ada satu kereta ni datang dekat dengn dia.Aku pun berlari lah selamatkan dia then dia selamat di rumah aku"

"Dia nak bunuh diri ke apa?"tanya sehun.

"Tu aku tak tahu tapi sebelum tu aku ade ternampak dia berlari dalam keadaan takut"

"Takut? Kau tak try tanya dia kenapa?"tanya chanyeol lagi.

"Ada lepas dia sedar dari pengsan malam tadi.Tapi apa yang aku dapat,tangisan dia je"jawab kai.Dia menyedut bubble tea sedikit.Chanyeol dan sehun hanya mengangguk faham mendengar cerita kai.

"Aku rasa macam ada yang tak kene lah dengan dia tu"ujar kai perlahan.

"Kenapa pulak?"

"Aku tak tahu tapi macam ada benda je yang aku nak kene ambil tahu pasal dia"

"Ataupun disebabkan kau suka dia yang buatkan kau jadi macam ni"kata chanyeol.Kai hanya tersenyum.

"Kenapa kau tak bawak dia sekali? Boleh jugak kenal-kenal dengan kitorang"tanya sehun.

"Taknak lah lagipun aku nak bagi dia rehat,takut dia tak cukup tidur malam tadi"

"Hah?! Kau buat apa dekat dia?"tanya chanyeol separuh dengan meninggikan suaranya sedikit.

"Ish kau ni hyung,mana ada ku buat apa-apa cuma semalam dia offer aku tidur sebelah dia then aku peluk dia.Aku ingat dia nak tolak tapi takpun.Dan itu yang buatkan aku risau,mana lah tahu dia tak selesa tidur dalam pelukan aku ke"terang kai panjang lebar.

"Ayat kau nak buat aku muntah lah kai"kata sehun sambil ketawa sedikit.Kai menjeling ke arah sehun.

"Tapi papepun congrats bro,sikit lagi nak dapat tu"kata chanyeol sambil ketawa.

"Thanks hyung"

Mereka bertiga terus-terusan bercerita tentang D.O.Dan hanya kedengaran gelak ketawa mereka sahaja di dalam kedai tersebut.

-------------------------------------------------------------

Sorry kalau author lambat update story ni.Kehilangan idea sekejap untuk story ni.Papepun thanks readers yang sanggup tunggu story ni diupdate..jangan lupa vote and abaikan typo yang sedang bertaburan tu😂tunggu chapter yang seterusnya okay😉💕

Please! Stay With Me(Kaisoo Fanfic)(On-going)Where stories live. Discover now