Perjalanan mereka balik ke rumah agak sunyi.Tiada siapa yang ingin membuka mulut dan berborak macam biasa.Kadang-kadang mata mereka bertembung dan cepat sahaja D.O memandang ke luar dan kai pulak fokus pada pemanduannya.
Tak dinafikan apa yang terjadi tadi sungguh membuatkan D.O malu.Dia sendiri tak tahu kenapa kai bertindak menciumnya.Bukan dia tak suka tapi mesti ada alasan kenapa kai buat macam tu.Ingin saja dia bertanya kai tapi disbbkan malu,dia terus mendiamkan diri.
Sampai sahaja di rumah,D.O terus masuk ke biliknya untuk membersihkan diri lagipun dia tak mahu lagi bercakap dengan kai.
Kai hanya memandang D.O dan melepaskan keluhan.Salah dirinya kerana tidak dapat menahan untuk mencium D.O.Mereka baru sahaja kenal dan dia sudah musnahkan semua hanya dengan satu ciuman.
Pabo kai.bisik hatinya dan dia pun berlalu ke biliknya untuk mandi.Selesai mandi,dia hanya duduk dia atas katil sambil termenung sehingga la perutnya berbunyi diminta isi.
Dia pergi ke dapur untuk membuat sesuatu.Dia membuka peti dan ternampak sebungkus spaghetti.Baru teringat dia membeli seminggu yang lepas sedangkan dia tahu dia tak pandai nk masak spaghetti tu.Lama dia duduk di depan peti dan akhirnya membuat keputusan untuk memanggil D.O masak untuknya.
Sampai di depan pintu bilik D.O,dia teragak-agak untuk mengetuknya.Dia tak tahu sama ada D.O buat apa.Buatnya D.O dah tidur,tak sampai hati pulak nak tngok dia masak dalam keadaan mengantuk tapi jam baru pukul 9.
Nak taknak kai memberanikan diri untuk mengetuk juga.Tidak sampai seminit pintu itu terbuka dan terjengul muka D.O.
"Hyung buat apa?"tanya kai sambil mengosok leher belakangnya.
"Tak buat apa pun..kenapa?"jawab D.O melarikan anak matanya daripada bertembung dengan kai.
"Kai nak minta tolong hyung boleh?"
"Tolong apa?"D.O menjeling kai sikit.
"Kai lapar sebenarnya.Nak minta tolong hyung masak"
"Ah boleh je.Kai nak makan apa?"
"Kai ada nampak spaghetti dalam peti.Ingat nak makan tu je"
"Okay"D.O ingin keluar tapi niatnya terbatal apabila nak sesuatu di bawah mata kai.
"Err kai..ade bulu mata kat bawah mata kai tu"
Mendengar kata D.O,kai cuba untuk membuang tapi tak berjaya.Dengan spontan D.O menyentuh pipi kai dan membuang bulu mata tersebut.
"Orang kata kalau bulu mata jatuh maknanya ada orang rindu kita"kata D.O.
Dia memandang kai kerana lelaki tu hanya mendiamkan diri.Bulat matanya apabila tapak tangannya masih lagi melekat di pipi kai dan kai pula hanya membuat muka selamba.Cepat saja dia menarik tangannya dengan muka blushing.
"Err h-hyung pergi dapur dulu la"
D.O berjalan secepat yang boleh.Itulah perkara yang paling memalukan dia pernah buat.
"Asal kau malukan diri kau sendiri D.O..pabo jugak kau aduduh"
D.O memarahi dirinya sambil mengusutkan rambutnya sendiri.Selepas beberapa minit menenangkan diri,dia mula memasak untuk kai.
Kai masih lagi berdiri depan bilik D.O.Masih lagi terasa tangan lembut D.O di pipinya.Tipu la kalau kata dia tak suka.Dia memegang dadanya yang masih lagi berdegup.
"Dah la jantung..kau tak penat ke nk berdegup macam tu"katanya sambil mengukirkan senyuman bahagia.Kai berlalu ke ruang tamu untuk menunggu D.O masak.
"Kai! Makanan dah siap ni!"jerit D.O.
Cepat saja kai berlari ke dapur.Maklum la lapar sangat and susah nak dapat makanan macam tu dekat rumah sendiri.
Kai memandang D.O yang hanya berdiri di situ.
"Kenapa hyung tak duduk? Taknak makan ke?"
"Kai makan la hyung tak rasa lapar lagi..hyung duduk kat depan ye"
D.O ingin melangkah pergi tapi kai sempat menyambut lengannya.
"Jangan macam ni hyung..bukannya kai tak tahu hyung tak makan apa lagi..macam mana hyung cakap hyung tak lapar..meh la duduk sini"
Kai menepuk kerusi di sebelahnya.D.O masih lagi teragak-agak.Dia masih malu dengan dirinya.Kes petang tadi pun masih berlegar dalam kepala then timbul pulak kes lain.
Melihat D.O masih lagi berdiri,kai menarik perlahan tangan D.O untyk duduk di sebelahnya.Kai mengisi spaghetti dalam pinggan depan D.O.
"Makan la ke hyung nak kai suap?"kai tersenyum sinis memandang D.O.
"Ish mana ada"balas D.O.Terus sahaja tangannya memegang sudu dan garfu.
Kai tergelak kecil.Mereka makan dalam keadaan senyap sampai kai bersuara.
"Hyung kai nak minta maaf"
"Pasal apa?"
"Petang tadi"
"O-ouh"
Kenapa kai perlu ungkit pasal tu..aduhh!.bisik D.O dalam hati.
"Look hyung..kai tahu kai tak sepatutnya buat macam tu..i'm so sorry..kai taknak la benda tu buat hubungan kita jadi awkward pliss"
"Hyung dah lupa dah pasal tadi..kai jangan la risau..hyung okay cuma tu la mesti kai ada sebab kenapa buat macam tu tapi kalau kai takda alasan takpe la..hyung anggap kai tak sengaja je"
"Okay hyung"
I love you hyung.Tu alasan kai tapi kai takut untuk luahkan semuanya.Kai takut perasaan hyung tak sama macam kai.
Buat masa ni kai hanya mampu memendam perasaannya tapi dia yakin satu hari nanti dia akan mempunyai keberanian untuk luah semuanya dekat D.O dan menjadikan D.O miliknya.
-------------------------------------------------------------
Haiii i'm back!! Dah lama gilerr kan author menghilang..mianhae sibuk sangat sampai takda masa nak sambung but sokay lepas ni maybe author rajin update tapi tak janji jugak kan HAHAAHHAHA btw thanks yang masih tunggu cerita tak berapa nak best ni😅i love you guys!💕
YOU ARE READING
Please! Stay With Me(Kaisoo Fanfic)(On-going)
FanfictionD.O Kyungsoo atau nama pendeknya D.O ialah seorang anak yatim yang tinggal bersama appanya.Sejak ommanya meninggal akibat kemalangan jalan raya,appanya menjadi seorang kaki clubbing,mabuk dan selalu membawa balik perempuan ke rumah.Bukan itu sahaja...