01

2.4K 59 1
                                    

"NIK, aku nak pindah." Kata aku. Nik hampir tersembur apabila dia minum air.

"What? Kau nak pindah?" Soalnya. Aku angguk kepala. "But, why?"

"Aku rasa kau pun tahu kan.."

"Oh! Tahu sangat. Hmm. Tak apa lah. Budak sekolah ini bukannya suka dekat kau pun." Aku diam bila Nik kata begitu. Nik terus peluk aku lalu Nik menangis. Begitu juga aku.

"Kau jangan lupakan aku tau, Nizam."

"Kau pun, Nik. Aku sayang kau sebagai kawan tau." Nik angguk dan lepaskan pelukan itu. Kali terakhir aku dan Nik berada di kantin ini.

"Eh, jomlah masuk kelas. Lagipun dah dekat habis kantin." Katanya sambil mengelap air mata yang mengalir di pipi.

Aku menggangukkan kepala. Lalu kami berdua bersama-sama masuk ke kelas buat kali terakhir.

Daripada petikan M.N.N (#1) - BAB 28

---

SUDAH 2 bulan aku tinggalkan Nik dan Fariena di sekolah yang kami anggapkan ia di tempat neraka itu.

Nik kalau boleh nak kawan dengan Fariena. Tapi, apakan daya.. Fariena bukannya nak berbaik dengan Nik. Lagipun bukan Fariena salah. Najwa lah!

Nik hanya harapkan aku sahaja kawan sehidup sematinya. Tapi, aku sudah pindah. Nak buat macam mana.

Dekat sekolah, Nik, tiada siapa pun nak berkawan dengannya. Semua jauh dengan sifat Nik yang orang kata gay tu.

Tapi, semua orang tak tahu yang Shahir juga gay.

Shahir, seorang lelaki bisexual yang tidak langsung kisah pasal hati dan perasaan manusia. Termasuklah ibu bapanya. Juga Nik!

Sejak permindahan aku, Nik sudah merendah diri. Dia tidak mampu berlawan dengan sesiapa lagi. Kerana adanya aku dia rasa semangat nak mempertahankan diri.

Dia sanggup jadi cacian orang. Tapi, telinganya sudah kebas dan tak kisah apa yang orang cakapkan.

---

So, pagi-pagi dalam lingkungan pukul 7.15 pagi lagi Nik sudah beratur mengikut kelas dekat perhimpunan. Dia selalu lambat pergi sekolah. Selalunya setiap hari dia hadir ke sekolah pada waktu begini.

Macam biasa cikgu beri ucapan yang membosankan. Blah blah blah..

Tak sampai 10 minit, pelajar dibenarkan masuk ke kelas mengikut barisan. Nik nampak kelibat Muzammil. Dia tahu yang Muzammil dan dia baru sahaja diasingkan kelas sejak permindahan aku. Muzammil pun tak ada pula buat muka sedih bila aku sudah pindah.

Masuk saja kelas, hmm.. Najwa! Of course ada Neesa, Afiqa, Sarah, Natasha dan Fariena. Mereka berlima sedang gelak. Pasal apa entah!

Nik masuk ke kelas dengan muka selamba sahaja. Masuk sambil duduk di tempatnya.

Afiqa nampak kelibat Nik yang baru sahaja duduk. Dia mencuit bahu Najwa.

"Wa, Nik's coming." Najwa tersenyum sinis lalu mendekati Nik.

"Hei! Apasal kau duduk sini?! Semalam tak datang.. Ada budak baru duduk tempat kau sebab tak ada tempat lain. So, kau boleh bangun and cari tempat meja kau sebab kau tak layak nak duduk sini!" Terus beg Nik Najwa angkat lalu campak ke luar kelas. Semua orang gelak apa yang Najwa baru lakukan pada Nik.

Nik bangun lalu ambil begnya yang dibuang oleh Najwa. Nik sempat bersuara.

"Najwa, rasanya tak perlu kot kau campak beg aku sesuka hati kau. Sebab ilmu yang kau campak ni belum tentu ada kat otak kau." Sindir Nik lalu tinggalkan mereka untuk mencari meja dan kerusi. Hati Najwa membara mendengar apa yang baru sahaja Nik cakapkan...

M.N.N : NIK (#4)Where stories live. Discover now