25

1K 37 0
                                    

2 bulan kemudian..

Banyak betul cabaran dan ujian ditimpa oleh Safir. Dia bertungkus lumus mencari anak Encik Mislan, iaitu Nik.

Malas nak suruh Ikha tolong Safir sebab dia pun sudah memulakan pelajarannya iaitu ke tingkatan 6 bersama Fariena dan Nafiz.

Safir sedang membawa keretanya. Tapi, dia tidak tahu ke mana arah hala tuju. Tiba-tiba, suara orang sedang azan di dalam radio bermaksud waktunya solat asar. Dia tidak tahu ke mana mahu pergi. Dia lihat sebuah masjid di hadapan sedikit.

Secara tiba-tiba, Safir menghala ke masjid tersebut.

---

Selesai sudah Safir menunaikan solat, dia menadah tangan meminta sesuatu kepada Tuhan yang Maha Esa.

"Ya Allah, kau ampunkanlah segala dosa-dosaku, keluargaku, ibu bapaku, kawan-kawanku, saudara maraku dan manusia yang aku tidak kenali atau juga kenali. Kau lindungilah mereka, Ya Allah. Kau berikanlah rezeki yang halal dan mencukupi bagi orang yang memerlukannya." Air mata Safir telah menitis dan mengalir di kedua pipinya.

"Kau selamatkan Nik daripada bencana yang akan ditimpa olehnya. Walaupun apa pun yang terjadi antara aku dan Nik, kau sempatkanlah aku untuk berjumpa dengan dia." Lalu Safir mengaminkan doa tersebut pada mukanya.

"Amin.."

---

IKHA masuk ke dalam kelas bersama Fariena. Lagipun masa rehat sudah tamat. Mereka berdua duduk di tempat duduk masing-masing.

Fariena keluarkan buku Pengajian Am kerana selepas ini cikgu yang mengajar Pengajian Am akan masuk ke dalam kelas.

"Awalnya kau keluarkan buku." Ikha menepuk tangan kiri Fariena.

"Ish, suka hati akulah. Lagipun nanti cikgu Wan nak masukkan."

Tiba-tiba, seorang lelaki berbadan tegap malah sado dan berkulit gelap sedikit sedang menuju ke arah mereka berdua.

"Korang, cikgu Wan tak datanglah. Tadi aku pergi check cikgu yang tak datang kat pejabat. Cikgu Wan tak datang." Kata lelaki itu.

"Ala, iyake?" Kata Fariena dalam keadaan terkejut sedikit.

"Kan aku dah cakap."

"Kau cakap apa, Ikha?"

Ikha hanya mampu tersengih. Meluat Fariena dibuatnya.

"By the way, thank you bagitahu, Hidayat." Kata Fariena lalu dia berikan senyuman pada Hidayat.

Hidayat balas senyuman itu lalu dia duduk di tempatnya.

Ikha ternampak Fariena sedang buka buku yang dilekatkan dengan sekeping gambar.

"Buku apa tu, Niena?" Soal Ikha.

"Buku apa?" Fariena memeluk buku tersebut.

"Macam diary je." Lalu Ikha merampas buku tersebut daripada Fariena.

"Ish! Kau ni kan!"

Ikha tersengih lalu dia membelek buku itu. Fariena tiada pula halang Ikha untuk melihat buku itu.

Tiba-tiba, Ikha mengambil sekeping gambar yang terselit pada buku itu.

Gambar tersebut menggambarkan Niena, Nik dan seorang lelaki yang Ikha tidak kenal sedang berswafoto di sebuah mall.

"Siapa lelaki ni?" Ikha tunjuk muka lelaki tersebut.

"Oh, Nizam. Masa ini aku, Nik dan dia hangout dekat iOi City Mall. Dah lama sangat gambar ni. Tak silap masa ini kitaorang form 4." Terang Fariena lalu dia tersengih.

"So, mana Nizam pergi?"

"Dia ada dekat Paris. Sekolah dekat situ. Tapi, dah berapa tahun sudah, dia tak pernah balik Malaysia."

"Kenapa dia tak balik sini?"

"Kau ni banyak tanya pula. Mana aku tahu. Dia tak call Nik dan aku."

"Iyake?" Ikha terdiam seketika.

"Itulah, dulu aku seorang je yang nak kawan dengan Nik dan si Nizam ni. Sebab tak ada siapa pun yang nak kawan dengan diaorang. Tapi, lepas habis sekolah, Nik dan Nizam tinggalkan. Sebab.." Ayat Fariena tergantung.

"Sebab?"

"Sebab.. Hmm.. Sebab.. Mungkinlah! Mungkin aku tinggalkan diaorang dulu. Ala.. Kau pun tahu kan, yang aku tak nak kawan dengan Nik."

Ikha terdiam. Tak tahu nak cakap apa.

Tiba-tiba, Ikha nampak seorang perempuan sedang masuk ke kelas mereka secara terkejut.

Betul ke apa yang Ikha nampak ni?! Adakah perempuan itu ingin memasuki tingkatan 6?

M.N.N : NIK (#4)Where stories live. Discover now