07

1.4K 50 1
                                    

IKHA menelefon Nik. Agak lama untuk Nik menjawab.

"Nik, esok kita naik bas sama-sama tau." Kata Ikha.

"Ha? Naik bas? Buat apa?" Soal Nik.

"Kau ni kan. Esokkan dah start kita kerja kat McDonald tuh."

"Eh, ha'ahlah. Lupa." Kata Nik sambil garu kepalanya yang tak gatal.

"Hmm.. Okay lah. Pape hal roger tau." Talian dimatikan. Nik letakkan telefonnya di atas meja lalu bergerak menuju ke bilik air untuk mandi.

---

"KAMU berdua ni nak jaga dekat mana?" Soal manager mereka iaitu abang Ijat.

"Hmm.. Kitaorang baru masuk hari ni. So, tak tahu lah nak jaga kat mana." Kata Nik sambil itu dia memperbetulkan topi yang diberi oleh pekerja sini.

"Asal tak cakap awal-awal?" Kata abang Ijat lalu dia lihat kawasan restoran itu. "Kalau macam tu, kamu.." Dia tunjuk pada Ikha. "Maybe kamu jaga buat air. And, kamu pulak.." Abang Ijat tunjuk pada Nik pula. "Kamu jaga kat french fries."

Ikha dan Nik angguk lalu mereka bergerak ke station berikut.

---

"KAU nikan, aku nak cepat tau! Customers semua dah naik angin. Sebab kau! Lembab sangat buat kerja. Bukannya susah pon buat air. Just isi air je. Urgh!" Marah seorang perempuan yang berumur 20 tahun itu pada Ikha.

"Sorry, kak." Kata Ikha dengan lembut.

"Sorry, sorry.. That's why aku tak suka ajar budak baru tau!" Apabila perempuan itu kata begitu, naik pula angin Ikha.

"Hmm.. Tak apalah kalau akak tak nak ajar saya. Kalau lembab, tak payah lah nak marah k." Sindir Ikha sambil itu dia lap air yang tumpah.

"Amboi.. Dik, kau tu budak baru tau. Mulut dah macam.." Belum sempat perempuan itu cakap, Ikha memotong.

"Kalau saya budak baru pun, akak tak boleh ajar saya dengan properly ke?" Lagi membakar hati perempuan itu bila dengar.

"Aku lempang muka kau karang baru tahu. Berbirat muka kau!"

"Saya cabar akak! Try me! CCTV ada tu." Ikha tunjuk pada kamera CCTV di atas siling.

Perempuan itu terus tampar muka Ikha dengan sekuat hatinya. Terjatuh Ikha. Hampir kesemua orang diam dan terus pandang aksi tersebut.

"Apa ni?!" Abang Ijat terus pergi ke arah tersebut.

Nik terus berhenti buat kerjanya lalu dia tolong kawannya, Ikha yang tersungkur di atas lantai.

"Jangan salahkan saya bang. Salahkan budak baru ni. Orang suruh buat kerja dengan cepat, dia terhegeh-hegeh pulak! Customers dah ramai."

"Kau kan, Lili. Cuba control temper kau. Aku rasa kau yang salah. Budak ni baru masuk sini kot. Kau dah naik tangan pulak. Nik, tolong bangunkan si Ikha tu." Nik yahut tangan Ikha lalu Ikha pun bangun.

"Apa salah aku pulak, abang ni."

"Please, Lili. I don't have much time to hear your unreasonable." Terus abang Ijat masuk ke dalam office nya.

"Kau siap kau, budak kecik.. Aku tahu apa aku nak buat dekat kau. Setan!" Kata Lili dalam hati lalu dia terus sambung kerjanya.

Ikha dan Nik duduk di belakang untuk tenangkan fikiran Ikha yang berserabut.

---

IKHA menangis di belakang restoran. Nik menepuk-nepuk bahu kawannya.

"Sabar ya, Ikha. Bekerja memang macam ni rupanya. Kalau orang marah pun, kita kena sabar tau."

"Aku bukan tak reti, cuma aku tak tahan dengan perangai akak tu. Dari tadi nak cari kesalahan aku."

"Manusia Ikha. Manusia memang macam tu." Apabila Nik kata begitu, Ikha semakin redha...

M.N.N : NIK (#4)Where stories live. Discover now