28

1K 40 5
                                    

FARIENA dan Nafiz bergerak masuk ke dalam kaunter pertanyaan yang terletak betul-betul pada hadapan pintu utama.

Tiba-tiba, Fariena sekilas terpandang seseorang yang dia amat kenal sangat. Seseorang itu sedang melihat skrin yang dipapar peta pada kawasan Taman Botani ini.

Fariena cuba untuk mendekatinya. Dia pegang bahu kanan orang itu.

"Nik?" Tegur Fariena.

Lelaki itu memandang siapakah yang memegang bahunya.

"Niena?!"

"Nik!" Fariena terus peluk kawan lamanya. Dia sudah tidak kesah adab orang melayu.

"Kau pergi mana? Kau tahu tak, ramai tau orang cari kau.. Laki kau, dia bersusah payah cari kau." Kata Fariena bersungguh-sungguh.

"Ramai sangat ke orang cari aku?" Perli Nik.

"Of course ramai.. Jap, aku kira. Safir, Ikha, aku, member Safir, member Ikha dan gang-gang yang handsome. Kau tanyalah siapa gang yang handsome tuh.."

"Hmm.. Siapa?" Kata Nik dalam keadaan malas nak layan.

"Polis."

Terkejut Nik. Nik tersedak disebabkan dengar dari mulut Fariena sendiri.

"Polis?!" Terkejut beruk Nik mendengarnya.

Fariena mengganguk kepalanya.

"Look, I have to go, Niena. Kalau kau tak dengar cakap aku, kau dalam bahaya, Niena."

Fariena mula menarik tangan Nik. Nik melawan disebaliknya.

"Kau nak pergi mana ni, Nik? Kita baru jumpa kot. Jomlah lepak-lepak."

"Please, Niena. Dengar cakap aku.. Kau baliklah sebelum nanti ada orang kacau kau. Aku tak nak susahkan kau. Tolonglah, Niena.." Cara Nik bercakap seperti gelisah.

"Kau kenapa ni? Ada masalah ke?"

Belum sempat Nik menjawab soalan itu, dia sudah tinggalkan Fariena.

"Nik.."

Tak sampai beberapa saat, Nafiz hadir sambil membawa air botol.

"Siapa tu?" Soal Nafiz.

"Ha?" Lamunan Fariena berhenti.

"Siapa tu?" Soal Nafiz buat kali kedua.

"Hmm.. Tak ada siapa."

"Habistu.. Kenapa menangis?"

"Mana ada nangis!" Fariena terus mengelap air matanya.

"Jom, kita jumpa gang awak tu." Fariena cuba untuk tukar topik dan akhirnya termakan juga kata-kata Fariena pada Nafiz.

5 minit kemudian..

"Kau tau tak, Ida?" Fariena berbisik pada telinga Syahidah.

Mereka berdua sedang melihat pelajar lelaki menangkap gambar di tepi laut.

"Tak tahu. Apahal?" Bisik Syahidah.

"Aku jumpa Nik."

"What?!" Terkejut Syahidah dibuatnya. "Kau jumpa dia?"

Fariena angguk kepalanya.

"Dia kat mana? Duduk dengan siapa? Risau doh.."

"Kau ingat kau sorang je risau.. Aku ni? Si Safir tu?"

"Sorry, I'm late!" Ikha telah memberhentikan gosip Fariena dan Syahidah. "Weh, korang ni kenapa ha? Gosip tak cerita dengan aku sekali?"

"Baru nak startlah." Kata Fariena. Lalu Ikha duduk di sebelah Fariena.

"Cara Nik cakap tu macam.." Belum sempat Fariena nak habiskan ayatnya, Ikha sudah membelek.

"Kau jumpa Nik?!"

"Kau ni kan! Diamlah! Dah habis cerita aku kau fahamlah!"

Ikha mampu tersengih malu.

"Hmm.. Cara Nik cakap macam nak larikan diri daripada aku. Aku pun tak tahulah apa salah aku kat dia sampai dia nak lari. Dia cakap, kalau aku jumpa dia, aku akan kena kacau."

"Kacau?"

"Aku tak tahulah kacau macam mana. Kacau hantu ke apa ke.. Yang penting kacau. Tapi, kau tahu tak? Dia 99.9% sudah tukar. Dia dah tukar cara pemakaian. Dia dah colourkan rambut dia. Muka dia dari berjerawat sampai dah tak ada jerawat kot. Hmm.. Banyaklah!"

"Siapa punya duit tu kalau dia tukar penampilan dia?"

"Manalah aku tahu. Yang penting, for me, dia selamat."

"Dia duduk dengan siapa, Niena?"

"Aku dah tanya soalan tu dekat dia. Dia tak balas."

"Sudah~"

M.N.N : NIK (#4)Where stories live. Discover now