10

1.3K 52 8
                                    

"NIK dan Safir! Kamu boleh break!" Akak Daina menjerit nama mereka berdua.

Lalu, Nik dan Safir dalam serentak pergi ke kaunter 1 dimana kaunter itu khas untuk pekerja atau staff untuk memilih makanan.

"Nak makan apa hah?" Kata Safir seorang-seorang sambil pandang menu di atas kaunter. Nik pandang muka dia.

"Awak, try lah MegaMac. Actually, tu secret recipi dari McDonald's. Try lah." Jelas Nik sambil itu dia pandang muka Safir yang hensem itu.

"Hurm.. Awak makan apa?"

"Makan ayam kot. Harini kan hari sabtu."

"Kalau macam tu, saya pilih ayam jugalah."

"Kenapa?! Makanlah yang saya suggest tu."

"Biarlah.." Jawab Safir lembut. Tergugat iman Nik.

Akak Daina pun sampai dimana manager akan beri pekerjanya rehat atau makan.

"Makan apa?" Soal Akak Daina.

"Saya nak ayam spicy, air nak milo." Kata Nik.

"Saya nak ayam jugaklah. Dengan air ice lemon tea." Kata Safir sambil pandang Nik.

"Okay."

---

"BESOK awak kerja hari apa?" Soal Safir di bilik crew selepas dia dan Nik makan.

"Malam. Awak?"

"Eh! Kebetulan saya pun malam gak."

"Yeke?!" Nik gelak kecil. "Jodoh namanya tu." Nik terlepas katanya tadi. Betapa malunya dia hanya Tuhan saja tahu.

Safir gelak kecil juga. "Memang jodoh pun. Saya rasa saya dah.." Ayat Safir berhenti kerana seseorang lelaki tiba-tiba masuk ke dalam bilik crew.

Nik pelik dengan ayatnya yang berhenti itu. Dah kenapa? Katanya dalam hati.

Selepas saja lelaki itu keluar dari bilik, Nik bersuara.

"Saya rasa saya dah?"

"Oh, tak ada apa-apalah. Abaikan." Safir terus bangun dan mengangkat dulangnya lalu keluar dari bilik crew itu.

Nik terdiam seribu bahasa. Di fikirannya hanya dengan ayat yang di beri oleh Safir itu tadi.

"Apa yang dia nak cakap ea? Terngiyang-ngiyang dalam kepala otak aku ni!" Katanya dalam hati.

Selepas habis makan, Nik masuk balik ke kaunter untuk sambung balik kerjanya.

"Adui.. Tak ada kerja doh minah ni!" Katanya dalam hati bila dia nampak Najwa dan Shahir di barisan kaunternya.

"Hi, Nik." Kata Najwa dengan lembut sambil tersenyum.

"May I take your order?"

"Pahal kau kerja sini?" Kata Shahir dengan kasar.

"Kenapa kalau saya kerja sini? Awak ada kerja yang lagi bagus ke selain kerja blowjob awak tu?!" Sindir Nik. "Orders?"

"Kau pahal kurang ajar sangat ni?! Aku dan Shahir ni nak makan kat sini? Bukannya nak kacau kau!"

"Okay, kalau kau datang sini tak nak kacau aku, kenapa kau tak pergi order kat kaunter lain? Aku rasa bukan kaunter aku je yang bukak."

"Suka hati aku lah.. Aku customers kau kot."

"Dah dah.. Sekarang ni aku tak puas hati dengan kau, tahu tak? Kau dah lah tinggalkan aku macam aku ni dah tak wujud kat mata kau. Your problem is?" Shahir meninggikan suaranya.

"Kenapa awak tak puas hati pulak saya? Saya ada buat salah ke sampai.." Ayat Nik terbehenti bila Shahir memotong.

"Ya, memang!"

"Boleh saya tahu?"

"Kau tinggalkan akulah, bodoh!"

"Saya tinggalkan awak ke atau awak tinggalkan saya? Bukan awak dengan Jasrul?"

"Jasrul? Kau dengan dia ke, Shahir? Bukan dengan Natasha?" Tanya Najwa pada Shahir.

"Diamlah, kau!" Dia jerit pada Najwa. Habis semua orang pandang. "Aku nak je bunuh kau sekarang juga, Nik!"

"Awak boleh buat right now, Aliff Shahir. But, remember.. Bukan semua orang kat sini boleh tengok awak bunuh saya, tapi Allah juga boleh tengok."

"Babi!" Shahir terus keluar dari McDonald's itu lalu tinggalkan Najwa.

"Tunggulah aku, Shahir!" Najwa berlari anak untuk pergi pada Shahir.

Keadaan di situ sangat lenggang...

M.N.N : NIK (#4)Where stories live. Discover now