19°

2.4K 173 10
                                    

Jimin membuka pintu rumah dan menguncinya semula. Dia baru je balik kerja. Patutnya pukul 7:00 pm tadi dia dah balik tapi tertangguh sampai pukul 12:15 pm sebab dia teringat akan lgi beberapa kerja yang belum disiapkan.

Dia memandang ruang tamu, tv terpasang memaparkan cerita kartun. Dan dia nampak Nahee serta kembarnya tertidur.

Jimin meletakkan begnya ke dalam bilik dan keluar mengangkat kembarnya. Mina dan Jihee diletakkan atas katil mereka berdua lalu dicium dahi mereka.

Selepas itu, dia ke ruang tamu semula dan menutup tv. Nahee diangkat olehnya dan diletakkan perlahan-lahan atas katil. Dia mencium dahi Nahee sebelum masuk ke dalam bilik air.

8:00 a.m

"Omma! Appa! Irreona!!" Katil bergoncang dengan kuat akibat lompatan kembar itu.

Nahee bangun dan serta merta Jihee dan Mina berhenti melompat dan turun dari katil. Dia senyum ke arah mereka.

"Morning anak-anak omma. Dah mandi?" Dia mengusap perlahan kepala Jihee.

"Dah.. Omma dengan appa lambat bangun jadi kitaorang mandi sendiri" kata Mina dengan sengihannya.

"Mianhae sayang. Omma nak buat sarapan kejap, kejut appa kamu tu" Nahee mengikat rambutnya dan turun ke dapur.

"Appa, bangun appa." Digoncang perlahan tubuh badan Jimin.

Still, Jimin masih selubung.

"Appa ouh appa. Bangunlah appa..." Jihee menggoncang kuat badan Jimin. Tapi masih tiada reaksi.

"Appa ni tidur mati ke apa." Tanya Mina. Diusap perlaham dagunya.

Jihee tiba-tiba naik ke atas dan memeluk Jimin.

"Appaaa irreonaaaaa" dia memeluk kuat Jimin serta menjerit. Akhirnya Jimin bangun.

"Siapa menjerit kat telinga appa tadi?" Tanya Jimin dengan riak wajah serius. Kedua-dua kembar tadi yang tersenyum mula pudar.

Mina menunjuk Jihee dan Jihee pula sedang menundukkan kepalanya.

"Mianhae appa. Jihee janji tak buat lagi" ucapnya. Jimin tak balas apa-apa.

Tiba-tiba dia menarik badan kecil Jihee lalu menggeleteknya. Jihee tergelak serta menjerit.

"Appa appa appa hajima Ahahahahaha appa geliii" Jimin masih menggeleteknya. Kemudiam dia beralih ke arah Mina yang merenungnya dari tadi.

Mina tersedar yang Jimin memandangnya lalu menapak perlahan ke belakang untuk lari. Tapi gagal setelah Jimin tariknya juga dan menggeleteknya seperti dilakukan terhadap Jihee tadi.

"Omo omo appa hajimaaa geli geliii" Mina gelak terbahak-bahak.

"Amboi seronoknya." Kata Nahee sambil mencekak pinggang di pintu. Jimin berhenti geletek Mina dan Mina pula tercungap-cungap.

"Mina, Jihee, pergi makan." Si kembar angguk lalu berlari keluar ke dapur.

"Morning yeobo" Jimin memuncungkan bibirnya tanda morning kiss.

[C] Romantic: Pure Love • Park Jimin Where stories live. Discover now