"Yah! Song Ji Hyo! Palli! Kita dah lambat nak pergi sekolah ni. Cepatlah sikit. Nanti kena denda pulak." Jerit Jessica kepada Jihyo. Rasanya sudah sejam dia sampai dirumah Jihyo. Punyalah lama nak tunggu Jihyo bersiap.
"Sabarlah. Aku dah siap ni." Ucap Jihyo. Boleh lagi dia tersenyum manis gulanya itu. Orang tengah risau sebab lambat dia boleh senyum kambing pulak. "Kau boleh senyum kambing ea. Kita dah lambat pun masih senyum kambing lagi." Bebel Jessica. "Ala Jess. Pagi-pagi ni tak elok bebel-bebel ni. Nanti susah ilmu nak masuk tak." Jawap Jihyo. Ada je jawapan dia. Sabar jelah.
Mereka tiba di sekolah tepat pada masanya. Nasib tak kena denda. "Yeojachingu yaa." Panggil suatu suara membuatkan Jihyo dan Jessica berpaling. "Jin ahh. Annyeong. Good morning." Ucap Jihyo ceria bila melihat figura namjachingunya itu.
"Alahai, pagi-pagi ni dah bersweet pulak depan aku. Loya pulak aku rasa." Ucap Jessica. Jeles la tu. "Ala, jeles la tu. Tu la kau, ada orang nakkan kau kau jual mahal, kan dah makan hati. Siapa yang rugi? Kau jugak." Ujar Jihyo sengaja ingin menyakitkan hati. "Jin, hyo nak masuk kelas dulu. Nanti kita rehat sama-sama ya." Ujar Jihyo. Jin hanya senyum dan mengangguk. Dia ketawa kecil melihat Jihyo yang berlari mengejar Jessica.
Di dalam kelas.
Jihyo tercungap-cungap apabila tiba di kelas. "Yaa jihyo yaa. Apasal kau ni? Macam tak cukup nafas je?" Soal krystal. "Ha ah la. Kau apesal? Kena kejar dengan anjing ke apa?' Soal Kai yang duduk disebelah Krystal. Jihyo tidak menjawap soalan soalan yang diajukan kepadanya sebaliknya dia merampas air kotak yang baru dibeli oleh Kai. Tak sempat bukak lagi. Terus dihirup dengan rakusnya air tu. Sampai kering kotak tu dibuatnya. "Yahh! Air aku! Sesuka hati seenak rasa kau je ambik air aku kan?!" Marah Kai apabila Jihyo dengan selambanya ambik air dia.
Selepas bertenang, barulah Jihyo boleh memulakan bicaranya. "Mian la Kai. Nanti aku ganti balik air kau tu. Tu, si Jessica tu, laju sangat dia jalan, so aku larilah kejar dia. Semput aku dibuatnya." Terang Jihyo panjang lebar. Kai dan krystal hanya meng ooo kan saja.
"Eh, jap, Kai. Apahal kau buat dekat sini? Takde salah kelas ke?" Soal jihyo berbaur sindiran. Saja bertanya walaupun dia tahu Kai datang kelas diorang sebab nak jumpa dengan Krystal. "Alah, biarlah, aku nak lawat kelas kau kejap. Lagipun aku nak spend time dengan yeojachingu aku ni. Tak salah kan?" Alasan yang bolehlah diterima. "Erm, boleh tu memanglah boleh, tapikan, aku rasalah kan, kelas kau kan, cikgu dah masuk lah kan?" Ujar Jihyo. Terus laju Kai keluar daripada kelas tu macam lipas kudung. Kai tak sedar masa yang berlalu dengan cepat. Tak sempat dia nak bermanja dengan Krystal. Krystal dan Jihyo ketawa melihat Kai. Macam-macam perangai dia. "Eh, Jihyo, Jess mana? Korang datang sesama kan? Mana dia? Tak nampak batang hidung pun?" Soal Krystal apabila kelibat Jessica tidak ada dalam kelas tu. "Ohh, dia pergi jumpa Ms.Lee. Nak pulangkan buku rujukan yang dia pinjam dengan Ms.Lee." Ucap Jihyo. Krystal mengangguk-angguk.
Pada masa yang sama,
"Aduhai, nak pulangkan buku je, banyak pulak cakap Ms.Lee ni. Kalau cakap pasal event yang akan datang ni takpe jugak. Ni cakap pasal kereta la, baju la, mekap la. Aku yang kena tadah telinga dengar cerita dia tu." Bebel Jessica. Memang hobi dia ni membebel ke apa. "Amboi, awak ni pagi-pagi lagi dah membebel." Tegur satu suara. "Se....sehun." Terus jadi gagap. Tadi lancar pulak dia membebel. "Kenapa ni? Pagi-pagi lagi dah membebel?" Soal sehun. Mereka berjalan beriringan menuju ke kelas. "Tak....takde apalah." Malu Jessica dibuatnya. Merah padam mukanya. Sehun yang melihat wajah Jessica pelik. Lalu dia menyentuh dahi Jessica. Nak rasa panas ke tak. Yelah, tetiba je muka jadi merah. "Awak okey? Awak demam ke? Merah la muka awak." Soal sehun. Bertambah merah campur malu apabila Sehun menyentuh dahinya. "Sa.....sa...sa...saya...saya....saya masuk....kelas dulu." Ujar Jessica tergagap. Lalu berlari masuk kekelas. Dia punya malu tu tak payah cakaplah. Tapi hebat jugak boleh buat Jessica yang suka membebel tu bertukar jadi gagap. Sehun menggeleng-gelengkan kepalanya. "Kyeopta." Ujar Sehun.
Sebaik Jessica masuk ke kelas, Krystal dan Jihyo mengusik Jessica. "Wahh, Jessica si bebel dah bertukar jadi gagap lah." Usik Krystal. "Wah merah muka kau tu boleh kalah strawberi tau. Kyeopta." Usik Jihyo pula. Seronok diorang mengusik Jessica. "Ahhh! Appo!" Jerit Krystal dan Jihyo apabila Jessica menarik telinganya. "Hah tulah. Usik aku lagi. Padam muka." Ucap Jessica lalu duduk di tempat duduknya. Jihyo dan Krystal mengusap-usap telinganya. Sakitlah tu.
*****
Saya harap sangat fanfic kali ni menjadi. Sebelum ni dah dua buah cerita saya buat tapi tak jadi. So, delete jelah. So, fanfic kali ni mintak-mintaklah menjadi. Amiin.
YOU ARE READING
Me or Her?
FanfictionSetiap kisah ada jalan ceritanya yang tersendiri. Setiap pengakhiran cerita tak semua berakhir dengan suka. Tak semua juga berakhir dengan duka. Yang pasti semua inginkan pengakhiran yang bahagia. Bagaimana pengakhiran kisah hidup Jin dan Jihyo? Duk...