Pohang
"Omma! Hyo nak pergi jenjalan kejap!" Jerit Jihyo. Rasanya dah dekat sebulan dia pindah ke Pohang. Rindu dia kepada kawan-kawan dia memang tak payah cakaplah. Menyesal pulak dia tak bagitahu Jessica dan Krystal yang dia dah pindah. Dah lah henfon dia rosak. Tak boleh nak contact. "Aish, menyesalnya aku tak bagitahu diorang yang aku dah pindah. Entah diorang tahu ke tak aku kat sini. Konon taknak sedih-sedih kalau tak bagitau diorang tapi tak bagitahu pun sedih jugak. Aish, bogoshippoe chingu yaa!" Jerit Jihyo sorang sorang. Nasib takde orang dekat pantai ni. Kalau tak orang dah ingat dia gila kot. Jihyo berasa diri dia kosong sekarang ni tanpa kawan-kawannya. Dia rinduka Jessica, krystal, Kai. Dia juga rindukan Bora walaupun Bora sukakan Jin dia tak pernah berniat nak membenci Bora malah Jihyo menganggap Bora sebagai Chingu. Dan dia juga rindukan Jin. Jujur dia masih tidak boleh lupakan Jin. Rasa sayang tu walaupun cuba untuk dibuang tetap masih ada. 'Jin, hyo rindukan Jin.' Rintih hati Jihyo.
"Sampai hati kau pindah sini tak cakap."
"Kau tak sayangkan kitorang ke?"
Jihyo kaku. Suara yang dia sangat rindu. Jihyo berpaling kebelakang. "Jessica! Krystal!" Jihyo berlari memeluk mereka. Masing-masing tak dapat menahan airmata. Airmata kerinduan. "Hyo, kitorang rindukan kau. Sampai hati kau pindah sini tak cakap." Luah Krystal. "Kau tau tak kitorang macam orang gila cari kau bila kau tak datang sekolah. Sampai hati kau kan." Ujar Jessica sambil menyeka airmatanya. "Mian. Mian sebab tak bagitahu korang." Ujar Jihyo cuba mengawal perasaannya.
"Hyo, aku rindukan kau tau tak." Ujar Kai yang muncul bersama Sehun. "Kot ye pun nak pindah, pindah la jauh sikit. New york ke, vietnam ke ni Pohang je." Sindir Sehun. Jihyo ketawa kecil lalu menumbuk perlahan bahu Sehun. "Korang, mianhae sebab aku tak bagitahu korang aku nak pindah dan gomawo sebab datang sini. Aku rindu korang sangat-sangat." Ucap Jihyo.
"Jihyo." Panggil seseorang.
"Bora."
"Jihyo aku nak mintak maaf sebab aku kau dan Jin ada masalah. Aku mintak maaf sangat-sangat. Aku....aku memang tak tahu yang korang sedang bercinta. Tapi percayalah, yang kitorang memang takde pape. Jin sayangkan kau sorang je. Mianhae Jihyo." Panjang lebar. Tak sempat Jihyo nak mencelah. Jihyo mengetuk lembut kepala Bora. "Aigoo, kau ni. Tak kasi peluang aku nak mencelah langsung. Dahlah Bora. Kau takyah mintak maaf. Aku yang over sangat." Jujur Jihyo. Memang dia akui dia sangat over sampai dia sanggup lukakan perasaan Jin. End up dia jugak yang menyesal.
Bora menarik Jihyo kedalam pelukannya. Kuat pelukan Bora menyukarkan Jihyo untuk bernafas. "Yah Bora yaa. Aku tak boleh nak bernafaslah." Bora melepaskan pelukannya sambil tersengih. Terover pulak dia.
"Akhirnya settle jugak salah faham ni kan." Ujar Kai.
"Ha ahla. Eh hyo, kau tak bagitahu pun kenapa kau pindah kan." Soal Sehun.
"Nanti-nantilah aku cerita." Ujar Jihyo. Malas dia nak ceritakan sekarang.
"Hyo," panggil Jessica.
"Apa dia?" Soal jihyo.
Jessica tanpa banyak bunyi menunjuk ke sesuatu tempat. Dari jauh Jin memerhati mereka sambil duduk dibawah pokok. Dia sengaja tidak ikut serta yang lain jumpa dengan Jihyo kerana dia ingin berbicara dari hati ke hati berdua dengan Jihyo tanpa ada gangguan.
Jihyo terkejut melihat kelibat Jin dibawah pokok. Jantungnya berdegup kencang. Rindunya semakin membuak.
"Pergilah." Ujar Bora lalu menolak lembut Jihyo. Jihyo melangkah menuju kearah Jin. Bermacam-macam yang sedang berada dalam fikirannya sekarang.
"Jin."
"Jihyo."
YOU ARE READING
Me or Her?
FanfictionSetiap kisah ada jalan ceritanya yang tersendiri. Setiap pengakhiran cerita tak semua berakhir dengan suka. Tak semua juga berakhir dengan duka. Yang pasti semua inginkan pengakhiran yang bahagia. Bagaimana pengakhiran kisah hidup Jin dan Jihyo? Duk...