Chapter 7

543 71 2
                                    

Dua minggu lagi Jihyo akan berpindah ke Pohang. Tiada siapa pun yang tahu dia akan berpindah. Dan dalam masa satu minggu itu dia asyik mengelak dari Jin. Sejak dari itu jugaklah Jin buntu dan tidak tahu kenapa Jihyo asyik mengelak darinya.


"Yaa Jin! Apahal kau ni termenung je? Dari tadi aku panggil kau tak dengar ke?" Soal Sehun dengan nada yang sedikit marah. Jin tersedar dari lamunannya. "Mian. Aku tengah fikir ni." Ujar Jin dengan mukanya yang masam. "Kau tengah fikir apa? Sejak dua menjak ni aku tengok kau runsing semacam je. Apasal?" Soal Sehun lagi. Jin mengeluh panjang.

"Pasal Jihyo." Jawab Jin ringkas. "Aik, pasal Jihyo? Kenapa dengan Jihyo?" Soal Sehun. "Entahlah. Aku tak tahu kenapa sejak dua menjak ni dia asyik mengelak je dari aku." Luah Jin. Sehun menggeleng-gelengkan kepalanya. "Aish, tak habis-habis lagi ke korang ni?" Soal Sehun. Jin melihat tepat ke mata Sehun. Sehun rasa semacam bila Jin memandangnya sebegitu. "Sehun , tolonglah aku! Macamana ni?! Aku rindu Jihyo." Rayu Jin kepada Sehun. Parah ni.

"Aish, kau ni pahal. Lepaslah. Malu orang tengok." Sehun cuba melepaskan tangan Jin yang menarik kot bajunya itu. "Aish, yela aku tolong kau. Lepaskan aku." Sehun sudi untuk membantu Jin memandangkan keadaan Jin yang tersangatlah teruk tu. "Aku tolong kau tapi yang lain-lain tu kau settle sendiri dengan Jihyo. Aku taknak campur." Tambah Sehun lagi. "Yeay! Thanks Sehun. Kau lah penyelamat aku." Ucap Jin lega bila ada yang sudi membantunya.


****

Sehun menuju ke kelas Jihyo. "Yahh, jihyo. Sini jap." Panggil Sehun. Jihyo yang perasan kehadiran Sehun segera mendekatinya. "Kau nak apa?" Soal Jihyo. "Amboi garangnya." Ujar Sehun bila Jihyo menjawab dengan nada yang garang. "Yelah, apa dia kau nak?" Soal Jihyo berlembut-lembut. "Hah, kan sopan tu. Ni tak macam nak gaduh je." Bebel Sehun lagi membuatkan Jihyo naik geram. "Eh kau ni banyak cakap pulak eh. Kau nak apa sebenarnya ni?" Jihyo hilang sabar dengan Sehun. "Yelah, mian. Nanti masa rehat nanti aku nak jumpa kau dekat rooftop. Tapi kau sorang je. Jangan bawak orang lain." Terang Sehun.


Jihyo memandang Sehun dengan pandangan aneh. Kenapa tiba-tiba pulak ni. "Kenapa pulak nak jumpa dekat rooftop. Cakap sekarang tak boleh ke?" Soal Jihyo.

"Eh kau ni, banyak songeh pulak eah. Pergi jelah aku tunggu." Sehun geram. "Tapi kalau kau buat apa-apa dekat aku macam mana?" Soal Jihyo. Sehun mengetuk kepala Jihyo. "Pabo, aku tak buat apa-apalah. Tak ingin aku." Ucap Sehun. Jihyo mengusap kepalanya tanda sakit. "Hah padan muka. Dah jangan banyak cakap, rehat nanti jumpa aku dekat rooftop. Kau tak datang siap kau. Bye." Ugut sehun lalu beredar dari kelas Jihyo. "Ooh Sehun pabo." Sempat Jihyo mengutuk sehun. Nasib dia tak dengar.


*****

Rooftop.

"Aish mana si pabo ni. Tadi beriya sangat suruh aku datang sini. Ni aku dah datang dia pulak takde." Bebel Jihyo bila kelibat Sehun tidak ada dekat situ. Jihyo duduk disebuah bangku dan menunggu. "Jihyo." Panggil seseorang. Jihyo segera berpaling menyangka namja itu adalah Sehun. Jihyo segera ingin beredar bila namja yang disangka Sehun tu adalah Jin. Jin pantas menggenggam tangan Jihyo menghalang Jihyo dari pergi.

"Hyo, nanti. Jin nak cakap dengan Hyo." Ujar Jin. Jihyo cuba melepaskan tangannya yang masih digenggam Jin. "Jin nak apa?" Soal Jihyo dingin. "Hyo, Jin rindukan Hyo, kenapa Hyo asyik elakkan diri dari Jin? Jin ada buat salah ke dengan Hyo?" Soal Jin. Dia rindu dengan Jihyo. Jin melepaskan genggamam tangan Jihyo bila Jihyo mengaduh sakit.

"Jin.....Jin takde salah apa pun." Ujar Jihyo.

"Habistu kenapa Hyo asyik mengelak dari Jin? Jin rindukan hyo." Akui Jin.

"Jin, hyo rasa.....hubungan kita sampai setakat ni je." Kata-kata Jihyo membuatkan Jin terkejut. Keputusan yang dibuat Jihyo secara tiba-tiba mengejutkan Jihyo.


"Ap...apa yang Jihyo merepek ni?" Soal jin. "Jin, hyo dah tahu. Hyo dah tahu Jin dengan Bora pernah bercinta. Dan Hyo tahu.....yang jin masih sayangkan Bora." Jin terpana. "Apa yang hyo merepek ni? Memang....Jin mengaku yang kami pernah bercinta, tapi semua tu dah lama. Jin sayangkan jihyo. Bukan Bora." Entah kenapa sukar untuk Jihyo mempercayai kata-kata Jin.


"Dah....dahlah Jin. Jangan tipu Hyo. Hyo tahu yang Bora masih sayangkan Jin dan Jin pun sayangkan Bora. Tapi.....tapi takpe, Jin pergilah dekat Bora."


"Hyo, apa ni? Tolong jangan buat Jin macamni. Jin sayangkan hyo. Jin tak boleh kehilangan hyo." Jin cuba menggapai tangan Jihyo tapi Jihyo sempat mengelak.


"Jin, I'm sorry. Jihyo harap Jin akan bahagia dengan Bora." Jihyo melangkah meninggalkan Jin. Jin tidak berganjak. Dia masih terpana dengan kata-kata Jihyo. Jihyo yang dia sayang tiba-tiba saja meninggalkan dia. Setitis demi setitis airmata jantan Jin jatuh. Dia sudah kehilangan sesuatu yang cukup berharga dalam dirinya. Song Jihyo.





***i

Me or Her?Where stories live. Discover now