Jihyo ke sekolah dengan ceria sekali. Takkanlah nak sedih-sedih. Nanti sia-sia pulak masa sebulan ni. Dia mahukan lebih kenangan manis berbanding yang buruk. Jihyo masuk ke kelas dan menegur kawan-kawannya. "Annyeong guys!" Sapa Jihyo dengan ceria. "Annyeong!" Balas Jessica. "Ceria hari ni nampak? Ada apa-apa ke?" Soal krystal. Jihyo hanya tersenyum. Dia tidak ingin memberitahu kepada chingu-chingunya yang dia akan berpindah. Kalau dia beritahu konfem diorang akan buat drama airmata.
*****
"Korang, hujung minggu ni korang free tak?" Soal Jihyo. "Free. Kenapa?" Soal Krystal. "Aku ingat nak ajak korang pergi taman tema." Cadang Jihyo. "Ehh, apsal tetiba je ni?" Soal Sehun. "Ala, kitakan jarang keluar. Lagipun aku ada tiket free, so, jomlah." Rayu Jihyo. "Aku free je." Kata Jessica. "Kitorang pun." Kai dan Sehun juga setuju dengan cadangan Jihyo. Mereka memandang Krystal yang belum memberi kata putus. "Aku join." Kata Krystal.
"Ehh, Jin mana? Soal Jihyo apabila kelibat Jin masih tidak kelihatan. "Jin, Jin rehat dengan Bora. Sebab nak tunjukkan Bora kawasan sekolah." Terang Sehun. "Bora?" Soal Jihyo. Sehun dan Kai mengangguk. Ni lagi satu masalah. "Nanti korang cakap dekat Jin suruh dia datang kelas aku." Pinta Jihyo kepada Kai dan Sehun. Mereka hanya mengangguk.
*****
"Jihyo yaa." Panggil Jin. Kebetulan cikgu tiada dikelasnya. "Kai cakap awak nak jumpa saya." Ujar Jin. "Ha ah. Awak pergi mana masa rehat tadi?" Soal Jihyo. Walaupun dia dah tahu tapi dia tetap ingin dengar dari mulut Jin sendiri. "Oh, tadi saya rehat dengan Bora. Lepastu saya tunjukkan dia kawasan sekolah. Mian tak dapat rehat dengan korang." Jin rasa bersalah. Jihyo senyum kelat. "Takpe."
"Awak nak cakap apa tadi?" Soal Jin berbalik kepada topik asal mereka. "Hujung minggu ni awak free tak? Kitorang plan nak pergi taman tema." Soal Jihyo. Jin berfikir sejenak. "Free." Ujar Jin membuatkan Jihyo senyum lebar. "Yeay! Jadi hujung minggu ni kita pergi taman tema." Jin hanya senyum melihat telatah Jihyo. "Jihyo, saya balik kelas dulu. Nanti kita balik sesama okey." Jin meminta diri untuk balik ke kelasnya.
*****
"Jin, kita nak pergi mana ni?" Soal Jihyo bila Jin tidak melalui jalan yang biasa mereka lalui. "Dating." Ucap Jin sepatah sambil tersenyum. Jihyo juga senyum bila Jin ajak berdating. "Dah lamakan kita tak keluar berdua camni?" Jin bersuara memecahkan kebisuan antara mereka. "Ha ah, sebab orang tu busy sekarang. Dah ada kawan baru lah katakan." Ujar Jihyo berbaur sindiran. "Kawan baru?" Jin berfikir. Cuba mengingati kawan baru yang mana satu. "Bora." Kata Jihyo sepatah. Jin senyum. Dia tahu Jihyo cemburu. "Hyo, jeles ke?" Soal Jin. "Jeles? Takde maknanya nak jeles." Jihyo cuba nengawal perasaannya supaya tidak nampak yang dia memang tengah cemburu. "Eleh, padahal tengah membuak-buak rasa cemburu tu." Saja Jin ingin mengenakan Jihyo. Jihyo tidak mengendahkan Jin. Dia meluru ke sebuah van yang menjual aiskrim. Jin mengeluarkan duitnya lalu membayar aiskrim yang diambil Jihyo. Mereka duduk disebuah bangku.
Jin melihat Jihyo makan. Baginya Jihyo sangat comel masa tengah makan aiskrim. Macam budak-budak. "Aigoo, hyo makan macam budak-budaklah. Comot." Jin mengeluarkan saputangannya lalu mengelap mulut Jihyo. Sudah cukup buat jantung Jihyo berdegup kencang. "Aigoo, muka hyo merahlah." Saja Jin mengenakan Jihyo. "Ma...mana ada." Ucap Jihyo. Dia mencubit lengan Jin kerana terlampau malu dan kerana Jin tidak henti-henti ketawakannya. "Ahh, appo!" Jin mengaduh lalu menggosok-gosok lengannya. "Padan muka." Balas Jihyo. "Tak baik tau buat namjachingu macam ni tau." Ucap Jin. "Biarlah. Siapa suruh kenakan hyo macam tu?" Ujar Jihyo. "Ala, Jin nak gurau dengan Hyo je." Jin mempertahankan dirinya.
"Jin, hyo nak tanya...."
"Tanyalah. Apa dia?"
"Sebelum Jihyo jadi yeojachingu Jin, siapa yeojachingu Jin sebelum ni?"
"Kenapa hyo tanya?"
"Saja, hyo nak jugak tahu." Jin tidak menjawab soalan Jihyo. Dia tak nak Jihyo cemburu. "Eh, dah lewat ni. Jom balik." Jin mengubah topik. Jihyo faham jin tidak sedia untuk beritahu dan dia tidak memaksa. Cukuplah dia bahagia dengan Jin. Jin menghantar Jihyo hingga depan rumah.
"Terima kasih." Ucap Jihyo.
"Untuk?" Soal Jin hairan.
"Untuk hari ni." Ujar Jihyo. Jin senyum.
****
YOU ARE READING
Me or Her?
FanfictionSetiap kisah ada jalan ceritanya yang tersendiri. Setiap pengakhiran cerita tak semua berakhir dengan suka. Tak semua juga berakhir dengan duka. Yang pasti semua inginkan pengakhiran yang bahagia. Bagaimana pengakhiran kisah hidup Jin dan Jihyo? Duk...