Aku silap mengatur langkah
Aku sendiri keliru
Adakah itu keegoan ku atau emosi ku..
Aku silap membiarkanmu menunggu..
Tapi masa itu aku takut..
Aku takut aku gagal dalam hidup..
Dan kau akan kecewa..
Jadi aku diamkan saja..
Aku sengaja menghindar..
Aku terlalu sedih masa itu..
Aku terlalu takut masa itu..
Kerana kau terlalu yakin akan aku..
Sedangkan aku tiada apa untuk di banggakan..
Apa akan jadi pada masa depan mu..
Aku takut masa depan mu gelap bersama aku..
Jadi aku pilih untuk mengabaikan mu..
Terlalu sakit bila ku lihat pesanan mu dalam telefon ku masa itu..
Sakit kerana terpaksa berlakon melupakanmu..
Aku telah salah membuat keputusan..Aku salah..
Kini kau betul pergi dari aku..
Aku menyesal..di hujung waktu aku menyesal..
Aku silap..
Antara keegoan dan emosi ku..