Aku seakan akan sedang mengikut jejak langkah..
Jejak langkah si tukang redha..
Berserah pada takdirnya..
Apa akan jadi jika aku terus mengikut..
Apa aku akan tenang..
Aku cemburu pada awan..
Aku cemburu pada damainya pagi..
Aku cemburu pada sejuknya embun..
Aku cemburu kerana tidak perlu memilih..
Hanya mengikut perintah..
Aku sedang mengikut jejak langkah..
Aku ingin berjumpa si tukang redha..
Ingin melihat nasibnya setelah dia redha..
Hari ini aku penat berjalan..
Terlalu banyak angan bermain panggung..
Cuba Perhatikan aku..
Mustahil si bintang memerhati..
Dia sedang tersenyum terang di balik cerita barunya..
Sedang berbahagia dengan dunia barunya..
Aku juga melihat warna barunya..
Indah..penuh dengan warna warna lembut..
Sudah lah..
Mungkin aku harus ikut si tukang redha..
Mungkin..