JANGAN DIAM

5 0 0
                                    

Apa yang sedang difikirnya bintang..?
Sungguh suara itu menakutkan aku..
Aku keliru antara gembira atau bimbang..
Ku tanyakan lagi akhir lewat tadi..
Bintang malah diam..
Apa yang terjadi..?
Apa dia rasa bersalah kerana takut mengkhianati pemujanya..
Jangan diam bintang..
Suarakan sahaja..
Seperti biasa aku akan berlindung..
Senyum di balik hati yang duka..
Julang sahaja namanya di telingaku..
Aku tidak mengharap kau kembali..
Cukuplah aku ada di situ saat kau sedang bersedih..
Cukup hanya itu..
Aku bahagia..
Nanti aku akan berlalu..
Menunggu bulan datang memuja..
Bintang khusus untukmu saja..
Biar bulan yang mengganti..
Walau dalam hati ingin di jaga bintang lagi..
Jangan diam bintang..
Suarakan sahaja..

JALAN TERUSWhere stories live. Discover now