Entah bila rasa ini mati..
Entah bila rasa ini berhenti..
Sudah ku siapkan kuburnya..
Sudah di suruhnya pejam..
Rasa ini tetap tidak mahu pergi..
Perjalanan ini aku hentikan..
Aku diamkan kakiku..
Hatiku terus menerus tidak selesa..
Entah apa yang terjadi pada bintang..
Tidak ku minta di balas lisanku..
Cukuplah sahaja dengan kesan biru..
Biar aku tenang dalam jalanku..
Biar aku lena dalam tidurku..
Aku ingin tidur..
Tapi hati ini memaksa aku,,
Hati ini memujuk aku untuk berjaga..
Angan lari bertempiaran..
Ada risau yang mengganggunya..
Ada kebimbangan kepada pelakon angan..
Apa khabar wahai bintang..?08 march 2017