Semakin aku mencuba menjauh..
Semakin kau mendekat mendakap..
Kenapa diungkit kisah indah..
Aku seperti pelarian mencuba keras lari dari kenangan..
Tapi kau datang membawa sebuku memori..
Aku kembali keliru dengan sikapmu..
Aku sudah biar kau bahagia..
Pergi kemana kau ingin pergi..
Tapi kenapa kau tidak membiarkan aku tenang..
Kau tahu aku tidak akan pernah damai..
Bermimpi tentangmu saja sudah membuat hariku rosak..
Iya..aku mengaku..aku rindu..
Kerana rindu yang tidak terbalas aku tidak dapat hayati pagi indah..
Ada kau pernah mencuba faham tentang itu..?
Aku mengaku kau masih yang terhebat..
Kau masih yang terbaik..
Mundurkanlah aku dari kesedihanku..
Pergilah kepadanya..
Cintai dia..
Fahami dia..
Jangan ulangi kesilapan sama..
Dia tercipta untukmu..
Dan aku tercipta untuk melukakan dan dilukakan..
Itu aku..
Kau terindah..
Jangan hancurkan indahmu itu..
Dengarlah bintang..
Jangan pernah malap..