Aku berlari lari anak menuju ke kelas ku jam tangan yang berada di pergelangan tangan aku renung dengan tajam,ahhh aku sudah lewat!habislah aku oleh cikgu Intan
Terbayang wajah bengis dan rotan berada di tangannya,itu sahaja sudah cukup untuk membuat rasa cuak bertandang di hati ku,aku mempercepatkan larian ku menuju ke kelas.
Baru sahaja mahu mengetuk pintu kelas aku terus berdiri kaku bagai askar yang menjaga pintu istana,sangkaan ku meleset jauh sama sekali kelas itu sunyi tiada seorang pun murid di dalammya buku dan beg tiada di atas meja dan kerusi di dalam kelas tersebut.
Aku melangkah masuk ke dalam kelas aku memandang sekeliling kelas aku berjalan menuju kearah meja ku ahhh budak petang buat hal lagi mereka menumpahkan warna di atas lantai kelas habis kotor semuanya meja aku juga terkena sedikit ahh biarlah yang penting cikgu Intan belum masuk kelas ketika itu.
Aku duduk dan menyandar di kerusi ku sementara cikgu belum sampai apa salahnya aku bersantai ketika itu.
12 minit aku duduk di kelas rasa resah mula menyapaku mana rakan rakan sekelas ku kemanakah mereka pergi?tak kan sekolah bagi cuti umum atau pun mereka saja-saja cuti maklumlah sudah habis semester dua
Telinga aku menangkap bunyi tapak kasut seperti seseorang sedang berjalan menuju ke kelas ini bunyi itu bukan seorang tapi seperti 3 atau 4 orang, bunyinya juga lain bukan bunyi dari kasut tinggi mahupun kasut yang cikgu di sekolah ini pakai.
Pandangan ku tertumpu pada pintu kelas menunggu kehadiran bunyi pemilik kasut tersebut semakin lama semakin dekat dan akhirnya susuk tubuh pemilik bunyi kasut tersebut muncul dan berdiri di depan pintu kelas tersebut.
Aku hanya diam memandang 2 anggota polis dan 3 orang yang memakai ves mungkin dari unit forensik kerana aku sempat melihat lambang yang berada di pas yang mereka pakai maklumlah abang sepupu aku adalah seorang ahli forensik jadi aku sudah biasa melihat lambang mereka
Seorang anggota polis berjalan ke arah ku."Adik buat apa kat sini"soal anggota polis tersebut hairan.
"Ni kelas saya encik"hanya itu yang aku mampu jawab ketika itu otakku seakan berhenti berfungsi ketika itu.
"Ini kawasan larangan dik ni tempat kejadian kes pembunuhan Cikgu Intan"
Lidah ku kelu peti suara seakan tersekat begitu juga dengan nafas ku,degup jantung melonjak naik,benarkah apa yang aku dengar ketika ini?jadi kesan warna merah tua yang aku sangka warna air selama ini rupanya darah yang sudah kering!!!
"Cik..gu In...tan?"soalku kali ini terketar ketar."Ya,apa kamu buat kat sini ni bukankah pengumuman telah dibuat tadi semua murid kelas ini dilarang masuk ke kawasan ini?"soalnya lagi"saya tak tahu encik saya lewat datang tadi"jawab ku cuak,aku takut nanti mereka akan mensyaki ku sebagai suspek ketika itu.
"Dah kamu turun pergi ke bilik ICT kawan kawan kamu berada di sana semuanya"kata anggota polis tersebut,aku menarik nafas lega tanpa membuang masa aku terus memakai beg sekolahku baru beberapa langkah aku berjalan aku dipanggil lagi oleh anggota polis tersebut."dik"aku berpaling menghadapnya,"ya encik"jawab ku "kamu ada sentuh apa-apa tak tadi?"soalnya."saya hanya sentuh kerusi saya encik"jawab ku jujur namun cuak."baiklah kamu boleh pergi"
terketar ketar kaki ku berjalan menuju ka makmal ICT betulkan Cikgu Intan telah mati sebab di bunuh?siapa bunuh dia?apa salah cikgu Intan?ahhh terlalu banyak persoalan yang bermain di minda ku
Sampai sahaja di makmal ICT semua rakan sekelas ku memandang aku seperti aku baru sahaja bunuh orang dari aku buka kasut sampai aku duduk di kerusi makmal tersebut semua gerak geri ku diperhatikan bagai penjenayah yang masuk kedalam makamah untuk dibicarakan.
"Fik kenapa kau lambat?"soal Adip rakan baik ku di dalam kelas,sama sama otak masuk air tak senang duduk rasanya kalau kami tak mengusik budak perempuan dan cikgu di kelas kami setiap hari ada sahaja perkara gila kami lakukan,malah kami juga pernah dikejar oleh pakcik sekuriti sekolah kerana menconteng bilik muzik,nasib tak tertangkap kalau tidak naya kami berdua itu sahaja tidak cukup untuk membuatkan kami jerak dari melakukan perkara gila yang lain.
"Aku masuk kelas kita tadi"jawab ku acuh tak acuh masih terbayang kesan kesan darah kering yang terkena lantai dan meja dikelas ku."ohh maknanya kau dah tahu berita tu?" "yea,ehh siapa jumpa mayat cikgu Intan tadi?" "aku lah siapa lagi" "kau serius!???"jeritan ku menarik perhatian cikgu Kamal yang bertugas untuk menjaga kami waktu itu "wehhh shutt perlahan la sikit"Adip menolak kepala ku "cer cite macam mana keadaan mayat cikgu tu?" soal ku.
Adip menarik nafas dan menghembuskannya dapat ku dengari bunyi hembusan nafas Adip "waktu tu aku nak masuk kelas awal sebab nak usik Syaqira kau tahu la dia kan musuh ketat aku lepas tu"Adip berhenti bercakap membuatkan aku seperti dicucuk cucuk untuk terus memaksa dia menceritakannya "lepas tu apa?"soal ku "wehhh sabar la bagi aku tarik nafas dulu kau ni naik kering air liur aku asyik bercakap je dari tadi dah la kau ni orang yang ke entah berapa belas yang tanya aku pasal kes tu"aku tersengih sengih nak kata kesian tak juga
"Masa aku dah nak dekat kelas tu aku tercium bau hamis kuat gila bau tu tapi aku buat tak kisah je time tu,bila aku dah sampai ke kelas"Adip menarik nafas "apa yang jadi?"soalku "aku nampak Cikgu Intan terbaring kaku" "mayat dia macam mana?" "ngeri brooo,mata dia terbeliak,perut dia entah lah macam kena belah tu,leher kena kelar sampai peti suara dia dikeluarkan,lidah dia kena potong jari telunjuk dia bengkok macam di patahkan"aku menelan air liur membayangkan mayat cikgu Intan.
"Hai korang dua"Nur menegur kami "minah otak senget dah datang"kata Adip separuh berbisik "pala hotak kau!"kepala Adip ditolak oleh Nur aku hanya ketawa melihat mereka berdua bergaduh dihadapan ku.
Tiba tiba ketawa ku terhenti apabila terlihat murid perempuan yang berada berdekatan dengan meja guru merenung kami pandangannya agak tajam dan menakutkan macam psiko,kalau tidak silap aku itu Rafiliana dia terkenal dengan sikap pendiam dan renungan yang tajam.
"cikgu datang"kata Adip perlahan
"Bangunn!!!"
YOU ARE READING
DENDAM[COMPLETE]
Mystery / ThrillerSiapa aku sebenarnya?kau tak perlu tahu. Dendam kesumat di dada ku akan ku lunaskan. Akan ku siksa batin mu perlahan-lahan kemudia zahir mu akan ku musnakan. Jeritmu akan menjadi melodi yang merdu di pendengaran ku Rayu mu akan menjadi penambah keke...