saksi

384 14 0
                                    

Berita kes pembunuhan Hassan kini tersebar di laman sosial.

Afik menutup telefonnya kerana setiap kali dia membuka media sosial pasti berita pembunuhan Hassan akan menghiasi moment.

"Hello Adip"
"Ahh napa?"
"Esok jalan pergi tengok wayang yang kau cakap tu"
"Kau betul betul nak tengok ke wayang tu"
"Haah nape tak boleh ke?"
"Bukan apa Fik cerita tu pasal pembunuhan kau nak ke tengok?"
"Hah pergi jahanam dengan cerita kau tu"
"HAHAHAHAHA"
"Ehhh nanti la ada masa kita meet kat taman"
"Ok bro tak da hal"
"Ok"

Adip mematikan panggilan.
Entah dari mana Rafliana muncul di hadapannya.

"Hati hati"kata Rafliana sebelum beredar pergi.

"Hah?!"Adip tercegat melihat Rafliana berlalu pergi.

Bunyi ketukan pintu menarik perhatian Inspektor Hazri.
"Tuan ada orang nak jumpa tuan dia cakap dia ada perkara yang nak dicakapkan kepada tuan"kata L/Koperal Sufian
"Bagi dia masuk"

Seorang lelaki dengan baju unifrom tukang bersih masuk kedalam pejabat Inspektor Hazri.

"Ada apa Encik cari saya"sempat lagi Inspekto Hazri menjeling pas yang tergantung di leher lelaki tersebut.
"Saya nak cakap pasal pembunuhan Encik Hassan"kata Lelaki tersebut.

Dengan serta merta Inspektor Hazri mencari alat rakamannya.

Apabila alat rakamannya sudah bersedia untuk di gunakan inspektor Hazri memberi isyarat kepada lelaki tersebut untuk meneruskan apa yang ingin dikatakannya.

"Malam tu saya kerja shif malam,saya dengar ada orang menjerit kat tinggkat paling atas bangunan tempat saya bekerja"

Lelaki tersebut menarik nafas dan menggosok tanganya.

"Saya naik ke tinggkat atas bangunan tu,nak tengok kalau ada budak budak nakal buat hal."

"Saya intai dari lubang kat pintu tangga,sebab takut kalau ada budak budak nakal kat atas tu,tapi..."

"Tapi apa?"Soal Inspektor Hazri yang mendengar sambil menongkat dagunya.

"Saya nampak seorang lelaki dalam umur 19 atau 20an,dan saya ternampak mayat seorang lelaki terbaring kaku kat sebelah dia"

"Boleh ceritakan keadaan lelaki yang kamu lihat tu?"soal inspektor Hazri.

"Lelaki tu tinggi dalam lingkungan 163cm,warna kulit kuning langsat,badan tak sasa tak kurus sangat"

"Apa lagi ciri ciri lain yang encik lihat pada badan lelaki tu?"soal Inspektor Hazri.

Lama lelaki tersebut diam,seaakan memikirkan sesuatu.
"Kat lengan dia ada parut macam kena cakar harimau tu"

Inspektor Hazri diam dan termenung dia teringat dengan seseorang,dengan pantas tanganya membuka telefon lantas membuka galeri dan menekan satu gambar

"Ini ke orang yang kamu maksudkan tu?"

"Hah!!inilah orangnya Tuan!"

"Tengok betul betul,kamu pasti ke itu orangnya"

"Saya pasti tuan!"

Inspektor Hazri menghela nafas panjang.

Dia menggangkat gagang telefon pejabat yang berada di mejanya dan menekan beberapa butang nombor sebelum mendailnya.

"Panggil L/Koperal Sufian"

Gagang telefon diletakkan.

Beberapa minit kemudian L/Koperal Sufian berdiri di luar pintu pejabat Inspektor Hazri.

"Masuk"
"Ada apa tuan panggil saya ke mari"

"Sediakan satu buah unit kita akan pergi menangkap penjenayah kes pembunuhan"
"Baik Tuan"Tabik Hormat diberikan Kepada Inspektor Hazri.

DENDAM[COMPLETE]Where stories live. Discover now