kau!

628 23 0
                                    

Bunyi telefon berdering mengejutkan Jamal yang sedang lena diulit mimpi.

Satu nombor yang tak dikenali tertera di telefonnya kelihatan nombor tersebut bukan nombor dari simkad tetapi nombor dari telefon awam.

"Siapa ni?"soal Jamal yang masih mamai

"Giliran kau lepas ni"suara garau di talian tersebut terus diputuskan.

"Budak budak,huh!"Jamal menganggap itu hanya gurauan semata mata dia menyambung tidurnya kembali.

Tepat jam 6 pagi dia bangun dan memakai pakaian jogingnya,sudah menjadi kebiasaannya berjoging waktu pagi sebegitu,baginya udara pada waktu sebegitu lebih baik dari udara petang.

Semasa Jamal berjoging dia berasa diperhatikan oleh seseorang,malah dia dapat mendengar langkah kaki seseorang menuju ke arahnya

Selangkah demi selangkah pembunuh tersebut mendekati Jamal,Jamal hanya meneruskan lariannya namun dia tetap berwaspada.

Keadaan yang sunyi ketika itu membuatkan hatinya sentiasa berwaspada

Dengan tiba tiba seekor harimau putih menerkam Jamal bagaikan kilat menyambar bumi Jamal berpusing dan menepis cakaran kuku harimau putih itu namun badannya kehilangan imbangan dan terjatuh di atas tanah ,apabila Jamal terbaring di atas tanah dia terus berubah menjadi serigala jadian untuk mempertahankan dirinya dia dapat menahan dan menepis cakaran harimau tersebut.

Harimau itu terus melompat dan berjalan mundur kebelakang,Jamal tersenyum sinis fikirnya harimau tersebut takut kepadanya.

Namun sangkaannya meleset.

Bunyi tapak kaki orang melangkah kearahnya sambil  berkata kata dapat didengari.Jamal dapat melihat dua cahaya berwarna kuning  didalam gelap menuju ke arahnya menarik perhatiannya.

"Dendam kesumat di dalam hati,akan ku lunaskan sebelum aku mati"katanya berulang ulang dan muncullah manusia berwajah harimau dihadapannya.

"Kau!!!"tempik Jamal lalu menyerang manusia tersebut.

Segala serangannya berjaya ditepis oleh manusia tersebut,walaupun sama sama mempunyai ilmu namun ilmu Jamal hanya dapat digunakan sepenuhnya apabila bulan purnama menjelang.

"Lemah"kata pembunuh tersebut,dengan satu cakaran Jamal menggelupur kesakitan di atas tanah,sama seperti cara cikgu intan dibunuh Jamal juga diperlakukan begitu.Dadanya di robek dan dikeluarkan hatinya,lehernya di kerat lidahnya di potong,jari telunjuknya di patahkan.

Jamal merenung wajah pembunuh tersebut nafasnya tersekat sekat,darah dari mulut,hidung,leher dan bahagian dadanya membuak buak keluar mungkin kerana alteri darahnya telah terputus akibat dirobek.

"Akan ku ambil nyawa mu sebagai ganti,kepada orang orang yang telah kau bawa pergi menghadap ilahi"kata kata tersebut diulang semula oleh pembunuh itu agar Jamal dapat mengingatinya dan menjadi igauan kepadanya sehingga mati.

"Aaauuuuuuuuuuuuuuuh"

Lolongan terakhir Jamal sebelum malaikat maut mencabut nyawanya.

Mayatnya dibiar di situ agar dijumpai oleh orang awam nanti.

Pembunuh itu pula?senyum sinis dan riang dia menunggang Harimau putihnya meninggalkan kawasan tersebut dan mayat Jamal dibiarkan di situ.

DENDAM[COMPLETE]Where stories live. Discover now