5 tahun lalu
"Ayah,saya tak boleh terima wasiat ayah ni saya tak sanggup"abah berkata kata dengan tok abah di ruang tamu aku mencuri dengar perbualan mereka ketika itu aku bersembunyi di belakang sofa.
"Zafri ayah dah tak ada siapa siapa lagi yang boleh dijadikan pewaris,kamu lah satu satunya anak lelaki ayah,kalau ayah ada anak lelaki lain tentu ayah akan mewarisinya dengan dia"keadaan sunyi sejenak
"Zafri ayah bukan hendak bersifat zalim kepada kamu malah ayah tidak mahu kamu menjadi pewaris ayah tapi..."belum sempat tok abah meneruskan percakapannya abah telah memotong.
"Cukup ayah saya tidak mahu mendengar sandiwara ayah lagi."
"Zafri.."
"Ayah tak takut kah bersekutu dengan syaitan?ayah tak takut kah dengan dosa dan balasan di akhirat nanti?"soal ayah
"Zafri!sudah berapa kali aku katakan aku bukan bersekutu dengan syaitan!ilmu yang ayah dapat ini semuanya dari kurniaan Allah bukan dari syaitan!"bahu ku ternaik sedikit akibat terkejut dengan tempikkan tok abah nasib tidak menjerit di situ kalau tidak habislah aku oleh abah kerana mencuri dengar perbualan mereka
"Walau apa pun yang terjadi saya tidak akan jadi pewaris ayah"abah membalas dengan tegas dari nada suaranya sahaja aku tahu yang dia marah ketika itu.
Bunyi tapak kaki melangkah dapat ku dengari mungkin ayah berlalu pergi ke biliknya kerana tidak mahu bergaduh dengan tok abah.Aku perlahan lahan berdiri dan mendekati tok abah.
"Tok abah.."panggil ku,tok abah memandang ku sayu sahaja wajahnya ketika itu
"Afik nak main dengan rimau.."kata ku
"Nanti malam kita main dengan dia yea"tangan tua tok abah mengusap ngusap kepala kecil ku
Bila malam menjelang muncullah harimau yang menjadi kawan,
gigi tajamnya tidak menjadi igauan malah kukunya tidak menjadi takutanHarimau putih menjadi tunggangan sebesar singa setinggi paras pinggang hendak dikata tua masih lagi gagah hendak dikata lemah manusiapun kalah.
"Tok abah"suara ku memanggil tok abah
"Ya Afik"
"Boleh Afik jadi pewaris?"Tok abah terkejut memandang muka ku dengan tepat selepas itu dia memandang Harimau putih yang duduk menghadap kami,harimau tersebut hanya duduk dan memandang ku mata kuningnya bersinar terkena cahaya bulan purnama.
Tok Abah hanya diam membisu menunggu reaksi harimau tersebut.
Harimau itu berdiri di atas empat kakinya dan berjalan,aku pandang muka tok abah kelihatan dia agak kecewa namun harimau tadi berpusing dan baring di sebelahku,aku hanya diam dan mengusap kepalanya,bulu lembutnya menyentuh deria rasa ku ketakutan juga tidak menguasaiku.Tok abah hanya senyum melihat aku dan Harimau belaannya,mungkin harimau tersebut menerima ku sebagai tuan selepas tok abah.
Malam itu juga tok abah menurunkan ilmunya dengan ku entah kenapa dia berbuat demikian.Bila ku tanya mengapa dia berbuat demikian dia hanya menjawab waktu bulan mengambang adalah waktu yang sesuai untuk menurunkan ilmu.
Aku menahan kesakitan apabila harimau tersebut mencakar lengan ku darah yang keluar dari lengan ku dijilatnya beberapa minit kemudia luka itu sembuh menjadi parut di lengan ku,entah kenapa sikitpun aku tidak merasa sakit ketika itu.
Akhirnya upacara penurunan harimau putih tersebut selesai tanpa pengetahuan ibu bapa ku kini aku pemilik Harimau putih milik tok abah ku.
Malam itu aku tidur seperti biasa namun terbangun apabila terdengar suara orang berbisik bisik.Perlahan lahan aku berjalan di ruang tamu anehnya ruang tamu yang gelap seaakan menjadi terang mungkin kerana kesan ilmu tersebut.
Telingaku menangkap bunyi tapak kaki orang berjalan jalan aku mengambil keputusan untuk memanjat syiling rumah,aku memanjat melalui almari baju yang disandarkan di dinding rumah tersebut.
Aku merangkak menuju ke arah bilik tok abah dan mengintai melalui lubang di syiling bilik tersebut kelihatan ada tiga orang lelaki dewasa di situ dua menahannya satu lagi menyoalnya.
"Bagi aku harimau putih itu!"
"Apa yang kau katakan ni Hassan?aku tidak faham"soal tok abah
Serta merta wajah lelaki tersebut bertukar menjadi wajah serigala aku hanya diam ketika itu,wajahnya jelas di sebalik sinaran bulan purnama.
Tok abah hanya diam
"Mana harimau putih tu!"
"Aku dah lepas dia dengan orang lain"jawab tok abah tenang dia memandang lubang di tempat aku mengintai dan tersenyum.
Dengan sekali libas di lehernya darah terpercik keluar tok abah menggelupur kesakitan,nafasnya naik turun dan akhirnya dadanya berhenti berombak menandakan dia telah pergi menghadap ilahi.
Aku hanya mampu memandang diam menahan sedih perlahan lahan aku ingin berlalu pergi namun suara ibu ku menjerit meminta dilepaskan ditangkap oleh deria pendengaran ku.
Mereka diikat dan disoal dengan soalan yang sama
"Aku tak tahu!"jerit ayah ku.
Serta merta ibu dan ayah ku di robek dengan kuku mereka dada mereka dibelah dan dikeluarkan hati mereka leher mereka di kerat dan lidah mereka di potong jari telunjuk mereka dipatahkan.
Aku terdiam dalam sekelip mata aku kehilangan segala-galanya,dunia ku berubah begitu juga dengan sikap ku air mata tidak mengalir hanya amarah dan dendam menguasai ku.
Aku merangkak menuju ke arah dapur dan turun dari lubang yang berada berdekatan dengan tingkap dapur tersebut namun kaki ku tersepak sudip
Kedengaran bunyi tapak kaki berlari aku cepat cepat membuka tingkap dan terjun melaluinya,Harimau putih yang sentiasa memerhatikan ku muncul terus aku naik dan menunggangnya.
Serigala jadian tadi mengejar kami hampir sahaja kami ditangkap namun apabila tiba di satu kawasan dua ekor serigala jadian tersebut berhenti.
Harimau putih tersebut turut berhenti aku memandangnya pelik kemudian memandang sekeliling ku terdapat beratus ratus ekor harimau putih berada di situ
Ngauman harimau menjadi seruan
Meminta bantuan dari kumpulanKata ku berulang ulang.
"Kau ingat kau akan terlepas wahai budak muda?serahkan sahaja harimau putih itu kepada ku!"
"Kecil jangan di sangka anak,besar jangan di sangka bapak!"jerit ku membalas kata-katanya
Dendam kesumat di dalam hati
Akan ku lunas sebelum aku matiAkan ku ambil nyawa mu menjadi ganti
Kepada orang-orang yang telah kau bawa pergi menghadap ilahi."Kataku sebelum menghilang dari tempat itu.
YOU ARE READING
DENDAM[COMPLETE]
Gizem / GerilimSiapa aku sebenarnya?kau tak perlu tahu. Dendam kesumat di dada ku akan ku lunaskan. Akan ku siksa batin mu perlahan-lahan kemudia zahir mu akan ku musnakan. Jeritmu akan menjadi melodi yang merdu di pendengaran ku Rayu mu akan menjadi penambah keke...