hilang

377 18 0
                                    

Afik hanya memandang Adip dan mengambil telefon di tangannya.

"Inspetor Hazri"
"Afik!"
"Ya aku,sekarang kau sendiri sudah tahu siapa aku yang sebenarnya. pembunuh?ya itu gelaran aku,psiko?tak sebab aku tak akan bunuh Adip."Afik memandang Adip yang kaku di sebelahnya.

Adib diam membisu dia tidak boleh menggerakkan tubuh badannya,seakan sistem sarafnya telah berhenti berfungsi.

"Apa motif kamu membunuh,Cikgu Intan,Jamal,Fizul,dan Hassan?"

"Mungkin kau patut semak balik fail lama kes pembunuhan 3 beranak yang masih menjadi misteri sampai sekarang,pihak polis menyiasat dengan akal logik,tapi aku menyiasat dengan perkara yang tak boleh difahami oleh sains dan dalam penyiasatan"

"Kau fikir kau boleh perbodohkan aku dengan kewujudan alam ghaib?"kata Inspektor Hazri muncul di depan pintu rumah lama tersebut.

"Tangkap dia"kata Inspektor Hazri kepada anggota polis yang lain.

Afik tidak melawan malah membiarkan mereka menggari tangannya.Dia hanya membiarkan pihak polis menangkapnya di situ.

Semasa dia berjalan dihadapan Adip dia merenung mata Adip,tiba tiba anak matanya bertukar menjadi anak mata Harimau dan Afik tersenyum sinis.

Adip terkejut dan menunjuk nunjuk Afik namun mulutnya terkunci seakan
Lidahnya hilang ketika itu.Anggota polis di situ menenangkanya tak ada seorangpun yang memahami Adip ketika itu.

Inspektor Hazri duduk di hadapan dan L/koperel sufian memandu kereta tersebut.

"Silap kau tangkap aku tanpa melindungi diri kau dulu"kata Afik dengan nada sinis.

"Kau fikir aku akan percaya dengan semua tu?"balas Inspektor Hazri

"Haha kita tunggu dan lihat"

"Biar undang undang yang hukum kau nanti."

Semasa mereka melalui sebuah kawasan hutan kelibat Harimau putih duduk di tepi jalan mengejutkan Inspektor Hazri dan L/koperel Sufian.

apabila L/koperal Sufian memandang cermin kereta dia melihat anak mata Afik bercahaya apabila terkena sinaran cahanya bulan,dia terus membaca ayat ayat suci al-Quran dan memperlahankan keretanya.

"Tuann"
"Hmmm kenapa dengan kamu Sufian?"
"Mataaa...maa...taa..budak tu bercahaya"Inspektor Hazri tidak mempedulikan kata kata L/koperal Sufian.

"Bila malam menjelang muncullah harimau yang menjadi kawan,
gigi tajamnya tidak menjadi igauan,
malah kukunya tidak menjadi takutan.
Harimau putih menjadi tunggangan.
sebesar singa setinggi paras pinggang,
hendak dikata tua masih lagi gagah,
hendak dikata lemah menusiapun kalah."suara Afik mula bertukar menjadi garau,badannya ditumbuhi bulu,taringnya memanjang,anak matanya bertukar menjadi anak mata Harimau,kukunya menjadi tajam,kini dia bukan lagi manusia tapi menjadi harimau jadian.

Kereta yang di pandu oleh L/koperel sufian terbabas akibat hilang kawalan secara tiba tiba.Kereta itu terseret sejauh 200 meter sebelum berhenti apabila terlanggar penghadang jalan.

Inspektor Hazri menahan kesakitan, kepalanya cedera akibat hentakkan yang kuat pandangan matanya kabur,L/koperal Sufian pula pengsan tidak sedarkan diri.

Kelihatan Afik berubah sedikit demi sedikit menjadi manusia semula,perlahan lahan Afik berjalan kearah Inspektor Hazri dia melutut dan memandang Inspektor Hazri.

"Aku bunuh dorang semua sebab dendam bukan sebab aku psiko.

Darah dibalas darah
Nyawa diganti nyawa"

"Kau akan ditangkap"kata Inspektor Hazri lemah.

"Kau tak akan jumpa aku lagi lepas ni,akal logik tak akan dapat mencari ku"mata Afik bertukar menjadi anak mata Harimau.

"Akulah si pewaris Harimau putih
Pembunuh serigala jadian"Afik tersenyum sinis dan berlalu ke arah harimau putih lalu menunggangnya meninggalkan Inspektor Hazri di situ.

Perlahan lahan Afik menghilang di sebalik kabus embun malam.

Inspetor Hazri hanya mampu memandang Afik pergi menghilang dihadapan matanya,beberapa minit kemudian beberapa kereta Anggota polis tiba di kawasan tersebut,dan berhenti untuk memberikan bantuan kepada Inspektor Hazri.

Afik tidak dapat ditemui malah dia tidak dapat dikesan,pihak polis,APM,pihak bomba dan tentera menghentikan pencarian namun Afik dipercayai masih hidup dan bebas diluar sana.

Dari jauh Aku memerhatikan pasukan mencari namun anjing anjing pengesan tidak berani menghampiri aku.

Perlahan lahan aku berlalu pergi dari situ.

"Manusia kadang kala akan hilang sikap kemanusiaannya kerana dunia dan dendam...

Ya memang aku berdendam namun membunuh mereka adalah perkara yang betul.

Aku manusia biasa bukannya syaitan,
ilmu ini bukan aku salah gunakan kerana memang itulah tugas ku sebagai pewaris Harimau Putih,memburu serigala jadian yang membunuh manusia atau membuat jahat,malah bukan serigala jadian sahaja semua manusia yang mempunyai ilmu Jadi jadian akan aku bunuh bila mereka menyalah gunakan ilmu mereka.

Kadang kala aku ingin hidup seperti orang lain namun aku tidak akan berpaling lagi kebelakang.

Ini pilihan ku,ini jalan hidup ku
Aku tidak akan berpatah balik"

-tamat-

DENDAM[COMPLETE]Where stories live. Discover now