Afik,berlari mengelilingi tasik udara segar pada ketika itu disedut hingga memasuki paru parunya,sedang dia asyik berlari dia tercium bau hamis yang kuat namun baginya itu semua hanya perasaannya sahaja sehinggalah dia tersepak kaki seseorang dan dia terjatuh di atas tanah.
"Siapa baring tengah tengah jalan ni?"dia bangun dan menyapu habuk tanah yang terkena seluarnya.
Kesan Darah merah yang telah kering menarik perhatiannya perlahan lahan dia memandang ke arah orang yang telah terbaring kaku di situ,mata yang terbeliak seakan terkejut tepat memandang anak mata Afik.
Degup jantung Afik melonjak naik,kakinya lemah terus dia terduduk di atas tanah tersebut.
Dia memandang mayat Jamal selama beberapa saat sebelum bangun dan belari seperti orang gila sambil menjerit meminta pertolongan.
"Siapa jumpa mayat ni?"soal inspektor Hazri."seorang remaja,dia berjoging kat sini awal pagi tadi lepas tu dia tersepak kaki mayat ni"kata L/koperel Sufian.
Inspektor Hazri berjalan menuju ke arah Afik yang sedang duduk termenung.Afik menggenggam tangannya yang bergegar akibat ketakutan,wajahnya pucat mungkin kalau di toreh tidak keluar darah,matanya masih tebayang wajah mayat tersebut.
"Adik"
Bahu Afik ternaik sedikit dia terkejut apabila Inspetor Hazri memanggilnya.
"Astagfirullahalazim"bisik Afik "ya tuan"jawab Afik.Inspektor Hazri mengecam Afik"bukan kamu ni murid yang masuk ke tapak pembunuhan cikgu Intan ke?"soal Inspektor Hazri."errr...saya la tu tuan"Inspektor Hazri menarik nafas,dia tahu bagi Afik ini adalah sesuatu yang sukar untuk dilupakan apatah lagi melihat mayat Jamal secara live di hadapan matanya,mungkin itu akan membawa trauma kepada Afik.
"Kamu ok dik?"soal Inspektor Hazri."saya sendiri pun tak tahu lagi tuan"jawab Afik."saya nak soal kamu beberapa soalan,saya harap kamu dapat memberi kerjasama kepada saya"Afik termenung seketika dia menarik nafas dan menghembuskannya."baiklah"
"Boleh kamu ceritakan bagaimana kamu menjumpai mayat tadi tu?"lama Afik diam termenung.
"Masa tu saya berjoging kat sini,rumah saya juga berdekatan dengan taman perumahan tu,sebelum saya jumpa mayat tu saya tercium bau hamis tapi saya tak ambil pedulipun,lepas tu saya tersepak kaki mayat tu dan terjatuh,masa tu saya belum perasan lagi ada mayat kat situ tapi bila saya pandang ada bekas darah merah yang dah kering saya angkat muka dan nampak mayat tu terbaring kaku di situ"Afik terus menceritakan cara dia menjumpai mayat tersebut,mungkin akibat ketakutan yang menguasai dirinya dia bercerita tanpa berhenti malah dia menceritakan perkara tersebut tanpa menerik nafas,Inspektor Hazri hanya diam,dia sudah biasa menghadapi dan menyoal siasat saksi yang menjumpai mayat kes pembunuhan.
"Bagaimana rupa mayat tu masa kamu menjumpainya?"
Afik terdiam,memorinya mengimbas satu demi satu cebisan mayat tersebut dan yang paling menghantuinya ialah mata mayat tersebut yang terbeliak seaakan terkejut,Afik terus menutup matanya dan meraup mukanya Afik berisgtifar sebanyak yang mungkin.
"Ma..yat...tuu..mayat tu..."Inspektor Hazri diam dan menunggu jawapan Afik.
"Dadanya macam dirabak tapi bukan menggunakan pisau,lehernya dikerat sampai peti suara dia terkeluar,lidahnya di potong lepas tu diletakkan di tangannya,jari telunjuknya di patahkan,matanya terbeliak seakan terkejut"Afik menceritakannya perlahan lahan.
"Terima kasih sebab memberi kerjasama nanti saya hantar kamu balik rumah"Afik hanya mengangguk.
YOU ARE READING
DENDAM[COMPLETE]
Mystery / ThrillerSiapa aku sebenarnya?kau tak perlu tahu. Dendam kesumat di dada ku akan ku lunaskan. Akan ku siksa batin mu perlahan-lahan kemudia zahir mu akan ku musnakan. Jeritmu akan menjadi melodi yang merdu di pendengaran ku Rayu mu akan menjadi penambah keke...