[ Kim Jiwon POV ] A.K.A YOU...
"Nah~~ ambil ni". Seungcheol hulurkan tangan dia dekat aku.
"Apa ni ?" Aku tanya bodoh
"Satu perisa cinta" Dia sengih.
Ishh dia ni. Main-main pulak. Nak aku terbangkan sampai pluto ke ?
"It's not funny when you're making it that way" Tengok ! Kan aku dah marah
"C'mon Jiwon sshi, i'm just trying to cheer you up. Kau ni asyik marah je. Boleh tak kalau terpandang muka handsome aku ni, kau bagi senyuman sikit. Senyum sinis pon aku terima lah"
"Kalau saya jeling awak boleh kan ?"
"Boleh, sayang"
Erkkk.. die ni kan
※※※※※※
[ Seungcheoul POV ]
Sekarang ni aku ada dekat bumbung sekolah. Kenapa ? Sebab bila aku buka loker aku tadi, ada satu surat jatuh.
Yelaa.. aku ingat Jiwon yang bagi sebab dalam surat tu ada nama dia. Dalam surat tu lagi, 'dia' kata nak jumpa aku atas bumbung sekolah waktu balik.
Sebenarnya aku malas nak pergi. Tapi sebab Jiwon, aku sanggup jugaklah daki sampai 300 anak tangga untuk sampai dekat puncak.
Fuhh... mengancam stamina sungguh.
Tiba-tiba aku dengar orang buka pintu. Terus 360 darjah aku pusing kepala. Heol ?
"Nayeon ?"
Nayeon senyum. "Awak datang?".
Haihh...laa. Bijak punya soalan. Dah nampak aku terpacak dekat sini, boleh lagi tanya aku. Apa ? Ingat ada ramai Seungcheol ke dekat sekolah ni ?
"Kenapa kau nak jumpa aku ? Hal penting ke ?"
※※※※※※
[ Jiwon POV ]
"Tak guna."
"Tak guna."
"Tak guna."
"TAK GUNA !!"
Nayeon and Seungcheoul ? Berpeluk ?
But why ?
It's too....
clichè
Aku terus gumpal kertas yang ada dekat tangan aku dan aimkan dalam tong sampah.
>FLASHBACK<
"Kertas apa awak bagi ni?"
Jun senyum.
"Haihlaa.. kan dah beri kertas. Taknak baca ke ? Ke awak nak suruh saya bagitau direct ?"
Apa ni ? Aku tak faham ? Jun nak bagitau apa sebenarnya. Dahlaa makin peningkan aku.
"Direct jelah. Saya ni dah pening. Sel2 otak dah tak berhubung dah. Awak ni pulak dah buat wayar dalam kepala saya terputus 2"
Jun ketawa. Tapi aku still diam. Mood serious on
"Kau pergilah dekat bumbung sekolah. Rasanya ada orang cari kau dekat sana"
>END OF FLASHBACK<
[ Seungcheol POV]
"KAU NAK APA SEBENARNYA HAH !!"
Aku cuba tarik tangan aku dari Nayeon. Kuat jugak die tarik. Boleh terputus jugak ni kalau tarik selalu
"Please laa awak. Saya jatuh ni. Sakit tahu tak" Nayeon yang sedang duduk dengan gaya mermaid atas lantai cuba ambil perhatian aku. Tapi bila imej tu dibiaskan dalam retina aku, dia muncul sebagai beruk yang terencat.
Dia pegang kaki kanan dia
Ceittt... ingat aku bodoh ke ? Aku nampaklaa kau sengaja jatuh tadi. Apa ? Ingat kau kurus sangat ke kalau setakat angin lalu tadi boleh buat kau terjatuh macam tu sekali
Attention seeker sangat
Aku mendengus. Susah betul cakap dengan orang yang faham bahasa Mexico je ni
Dahlaa tadi Jiwon nampak Nayeon peluk aku. Nayeon ni pun satu, tak ada angin tak ada ribut. Macam mana boleh terpeluk ?
Aisy~
Jiwon-sshi..
※※※※※※
[Jiwon POV]
"Mianhae Seungcheoul. Mak cik rasa Jiwon dah tidur"
Aku dengar omma cakap dengan seseorang dekat pintu. Tapi aku malas nak pergi. Kenapa ? Sebab sah-sah laa manusia yang datang tu nama dia Choi Seungcheol.
Aisy~ Kenapa lah dia datang. Aku ni malas nak jumpa dia. Lepas tertonton drama tak laku dekat bumbung tadi, terus mati semua mood untuk buat semua benda.
Tak guna
"Tok tok..tok tok"
Aku dengar ada orang ketuk pintu.
"Kenapa omma ?"
Sunyi..
"Omma ?"
"Tok tok.. tok tok"
Terus tegak badan aku atas katil.
Aku pandang pintu. Lama"Tok tok..tok tok"
Wait..rasanya bunyi tu bukan dari pintu
Aku pandang kanan
"ARGHHHHHH!!!!"
Terus aku tekup mulut aku.
Aku turun katil dan terus pergi dekat tingkap.
"Seungcheol !"
Aku buka tingkap bilik untuk bagi dia masuk. Tingkap aku ni licin. Nanti jatuh, aku yang masuk lokap. Baik cegah awal-awal.
"Ingatkan dah tidur" Dia cakap
Aku pandang lain. Malas nak layan.
Terasa dia rangkul pinggang aku. Belum sempat aku halang. Dia dah tarik aku dalam pelukan dia.
Dah buat dah perangai dia
"Saya minta maaf. I'm not the one who started it first Jiwon-sshi... Saya boleh jelaskan.. Saya-"
"Dah tahu"
Dia angkat kening
"Mwo?"
"Saya dah tahu lah. Awak ditipu kan ?"
"Wait.. cepatnya. Tak sempat nak explain. No sulking ? Why? "
Ohh. Nampak sangat kau nak aku merajuk and then kau nak pujuk. Drama sangat lah.
Aku buat muka.
"Habistu kenapa percaya cepat sangat yang saya ditipu? Ada something yang saya tak tahu ke ?"
"Your effort of course.. Awak sanggup panjat tingkap rumah saya pun dah buat saya terfikir dua kali. Sanggup bahayakan nyawa tak penting awak tu untuk saya and i appreciate that"
Dia buat muka.
Dan aku senyum mengejek
※※※※※※※
[Seungcheol POV]
Boleh pulak dia kata nyawa aku tak penting
Tak patut betul.
Susah-susah aku panjat tingkap ni. Tu je dia balas ? Dahlaa tak sempat nak pujuk. Tak feel panjat tadi tahu ?
Tapi takpe lahh. Rasanya dia dah tak fikir pasal hal petang tadi.
Aku pandang dia
"Wae ?" Jiwon tanya
Aku senyum.
"Be my girl ?"
THE END »» LOV£§TRU€K