Chap 4

550 28 3
                                    


Sudah lebih seminggu Tengku Azhar tidak bercakap. Sunyi sepi? Memang. Entah mengapa dia langsung tidak membuka suara tentang mesej itu. Patut ke aku pujuk dia? Semua itu ditepis. Egonya lebih tinggi. "Cik.. Cik Sara, kita dah sampai." Sara tersentak. "Terima kasih."

"Cik Sara tak apa-apa ke?" Tanya Driver keluarga mereka. Dia memang sorang yang prihatin.Sara mengeleng dan mengoyakkan senyuman kecil. "Saya okey."

Baru sahaja dia keluar dari kereta dia disapa oleh Alin, Adik tengku Azhar. Sara Ilya senyum kecil sebelum mengangguk. Sempat dia memandang Tengku Azhar sekilas sebelum mengalihkan pandangan ke tempat lain.

Alin yang terasa kedinginan kedua mereka itu hanya diam membisu.

Dari raut wajah lelaki itu, jelas menunjukkan yang dia masih marah, marah kat aku la tu. Kasar sangat ke bahasa aku tu?

'Salah ke kalau dia sukakan kau, Sara?'

Sara Ilya mengeleng perlahan. Tengku Azhar terus belalu tanpa menyapanya. Menanyakan khabar pun tidak. Sara Ilya hanya menunduk. Patut ke aku mengalah? Rendahkan sedikit ego?

"Azhar." Tengku Azhar menoleh sekilas sebelum berjalan dengan tenang menuju ke kelas.

Iwana dan iwani menghampiri Sara. Mereka berjalan bersama. "Kak Sara."  Sara menjongketkan keningnya. "Ya?"

"Emm.. takda pape." Pelik.

SARA Ilya mengeluarkan kertas berona putih. Tangannya segera mencoret kertas itu.

Kau marah kat aku ke?

Kertas itu diletakkan di atas meja sebelahnya, iaitu meja Tengku Azhar. Tengku Azhar mengerakkan bebola matanya kekanan. Kertas itu langsung tidak di sentuh, matanya ligat membaca nota.

Sara Ilya menolak lagi kertas itu kearah Tengku Azhar. Dia rasa sangat sunyi apabila Tengku Azhar tidak mengeluarkan suaranya sedikit pun.

Soalan jenis apa ni?

Soalan lah.

Ish.

Ewah! Lama-lama aku tunggu ini je dia tulis. 😤😤
Think positive, Sara. Mungkin dakwat pen dia dah nazak.

Azhar, aku nak minta maaf. Aku tahu aku salah. Janganlah merajuk lama-lama. Sunyi aku tau.

Dengan satu syarat!

Apa? Aku sanggup lakukan apa sahaja demi kau.

Sara Ilya senyum kecil. Nak bersuara takut pula. Apabila dibaca semula. Sejak bila kau pujuk-pujuk bagai ni, Sara?Kedua bahu diangkat. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya.

Jadi Gf aku.

Aku menahan rasa. Teragak-agak dia ingin menulis diatas kertas itu. Nak tulis apa ni?

Tetiba rasa nak nangis ni pehal?

Maaf.

Tengku Azhar membaca sekilas. "Azhar! Cikgu panggil kau, perjumpaan pengawas." Mata mereka berdua tertumpu kearah seorang lelaki yang berdiri di hadapan pintu kelas. Kertas tadi dilipat dan dimasukkan kedalam pocket seluarnya. "Alright!"

Fondness Where stories live. Discover now