Chap 21

489 33 2
                                    

"Kau buat apa kat sini?" Sara Ilya mula berdiri dari duduk di kerusi itu. Rasa macam nak lekat je kat kerusi itu, selesa sangat. Dia berdiri untuk mengampiri lelaki itu.

Tak semana kakinya tidak dapat menyeimbangkan berat badannya. "Allah!" Aduhai, macam ni nak jadi CEO? Eh tak, aku tak nak jadi CEO.

"Ehh Sara kau okey tak ni?" Dia menerpa kearah Sara Ilya yang terpelecok di sebelah kerusi Bapanya, nasib baik skirtnya tidak terselak.

"Okey okey, hish, tak guna heels ni." Heels merah yang tadi di pakainya di buka dan di letakkan di begitu sahaja. Menyusahkan! Memalukan aku je.

"Kau buat apa kat sini?" Tanya Sara Ilya lagi. Dia berdiri sambil menepuk-nepuk bajunya. "Aku pun nak tanya kau, kau buat apa kat sini?" Sara Ilya duduk di sofa berhadapanan dengan Lelaki itu. "Ni office Baba aku." Daniel Yusuff tergelak kecil. "Aku tahu lah, saja je. Ayah aku, Hussien Yusuff nak jumpa ayah kau."

"Ohh, ayah kau lah tu? Baru aku tahu."

"Ayah kau lah yang suruh aku masuk sini, teman kan kau. Kau okey ke tak ni?" Sara senyum kecil. Urgh malas mahu fikir pasal Azhar. Menyakitkan!"Okey kut. Jangan risau lah." Dani Yusuff mengeluh kecil, nampak sangat Sara Ilya menipu dengan matanya yang sembam ditambah pula dengan senyuman palsunya. Senyuman yang hanya untuk mengembirakan dirinya.

Daniel Yusuff sendiri tidak faham dengan Tengku Azhar, kenapa perlu merahsiakan dari Sara Ilya. Lambat laun pasti akan bocor juga. Adakah Azhar sendiri yang sengaja untuk menyakiti hati Sara Ilya? Tak mungkin.. dia kenal sangat Tengku Azhar tu. Kes kecewa kut?

"Ni, kau nak pergi mana ni?." Tanya Daniel Yusuff. Sengaja untuk mengubah topik perbualan mereka. Dia memandang Sara Ilya yang memakai baju pink dan skirt labuh berwarna putih dan di serasikan dengan Shawl berwarna putih. Dikakinya pula tersarung stokin berwarna pink, untuk menutup auratnya. Sedap mata memandang. 

"Kau boleh tak jangan pandang aku macam tu?" Pandang anak dara orang atas bawah, tak seram ke tu? Dahlah hanya mereka berdua sahaja ada di dalam bilik itu. Terus Daniel Yusuff mengalihkan pandangannya. "Aku nak dating dengan Baba aku." Sambung Sara apabila Daniel mengalihkan pandangannya.

"Helleh—"

"Sara." Mereka berdua menoleh ke pintu. "Dah Baba? Sara lapar." Beritahunya sambil mengosok perutnya. "Dah, kita bawa sekali Encik Hussien dan Anak dia ea?" Sara Ilya hanya mengangguk, perdulilah, perutnya sudah berbunyi kelaparan. Sedih lah punya pasal ni. Kalau sedih je nak makan, penyakit apa lah ni?

"Tak dapatlah kau dating dengan baba kau."

"Hah dating? Sara nak dating dengan siapa? Dani ke?" Tanya Babanya agak terkejut, anak aku tu. Mana boleh keluar tanpa kebenarannya. "Tak lah. E tak kuasa Sara dating dengan Dani ni." Sara Ilya menayangkan muka menjengkelkan. Abrar mengurut dadanya. Huh, lega!

"Tak uncle, dia kata dia nak dating dengan Uncle." Sara mengangguk mengiakan kata-kata Daniel Yusuff. "Ohh, baguslah, dengan Baba je Sara dan bermanja bagai."

"Mestilah."

Abrar membalas senyuman anaknya. "Jom Sara, Dani. Dani, your father is waiting you." Mereka berdua berdiri serentak. "Okey."

BALIK sahaja ke rumah. Sara Ilya terus ke biliknya. Mandi dan mengambil wudu'. Selesai sahaja dia sembahyang, dia mengeluarkan homework yang telah di beri oleh cikgunya. Akan tetapi satu pun tidak jalan.

Entah mengapa muka Tengku Azhar yang ada di muka surat buku-bukunya itu. "Ahh Gila lah!" Meja belajarnya itu di hempas. Dia berdiri dan kerusi belajarnya itu terheret kebelakang. Dia keluar dari biliknya, dia menjenguk didapur, ruang tamu, dan bilik ibubapanya. Takda?

"Mama! Baba!" Panggilnya. Rambutnya yang kusut itu di betulkan, macam pontianak dah rupa dia. Dia mendengus, dan masuk ke bilik semula.

Dia menyelongkar lacinya, kut-kut ada sesuatu yang dia dapat main. Terkaku dia melihat lacinya. Buku album yang tebal itu diangkat sebelum sempat dia duduk di atas katil, dia mengunci pintunya dahulu.

Berdebar-debar dia melihat buku Album itu, cover buku itu sudah membuatkan dia berdebar. Cover buku itu ialah gambarnya, Nazirah, Daniel Yusuff, Hadi dan... siapa lagi kalau bukan  Tengku Azhar yang sama-sama tersenyum gembira.

"Mampukah aku buka album ini tanpa menitiskan air mata?" Sara Ilya mengeleng perlahan, baru cakap macam itu dia sudah mengalirkan air mata. Album itu di gengam dan dibawa kedalm pelukan. "Aku rindu, aku rindu sewaktu kita masih lagi kecil." Album itu di letakkan didalam almari.

Baru sahaja dia ingin menutup Almari itu, matanya tertangkap sesuatu. Fabrik berwarna biru itu ditarik dengan kuat. Rupa-rupanya fabrik berwarna biru itu ialah Baju lelaki.

Baju Azhar! Memori tiga tahun lalu menerjah di fikiran. Memori ketika dia 12 tahun.

"Weyh Sara kenapa kau menangis ni?" Tanya Tengku Azhar apabila melihat Sara Ilya yang duduk sambil memeluk tubuhnya, di tubir matanyapun jelas kelihatan sisa Air mata. Tengku Azhar terus duduk bercangkuk dihadapan gadis itu.

"Tak." Tipunya. Ketika itu majlis Hari Jadi tengku Azhar baru sahaja berakhir akan tetapi dia belum pulang lagi kerana Orang tuanya masih rancak berbual dengan Orang Tuan Tengku Azhar.

"La, tak payah lah tipu aku. Beritahu aku kenapa kau nangis ni? Buruk semacam." Sempat Sara Ilya menjeling sebelum dia melunjurkan kakinya. Ada kesan ice cream melekat di bajunya pada bahagia perutnya.  "Tengok ni, kotor. Ada budak tu langgar aku tadi." Adu Sara agak manja.

"Meh, aku ada baju." Tengku Azhar menarik Sara Ilya ke biliknya. Sara Ilya hanya mengikut tengku Azhar. Terus sahaja Tengku Azhar membuak almari bajunya apabila sampai di biliknya. "Ni muat kut." Baju itu di tayangkan kearah Sara Ilya. Dia keluar dari bilik itu dan menutup pintu, memberi Sara Ilya ruang untuk menukar pakaiaannya.

Tidak lama kemudian, Sara Ilya keluar dari bilik itu dengan senyuman yang manis. "Muatlah, Thank you Azhar! Sayang kau sangat-sangat!"

Sara senyum nipis. Baju itu lantas di peluk dengan erat. Air mata pun merembes ke pipinya yang mulusnya masih dengan senyuman nipisnya. "Bodohnya aku Azhar, aku rasa bodoh sangat sebab tak hargai kau, hargai semua pengorbanan kau yang cuba untuk membahagiakan aku. Aku nak minta Maaf Azhar. Aku minta maaf." Sara Ilya mengusap matanyanya dipenuhi dengan air matanya. Pipinya juga di kesat dengan jarinya.

"Azhar, aku baru sedar. Yang aku.." Sara menangis teresak-esak, banyak sangat memorinya bersama Azhar. "Aku pun sayangkan kau, aku pun cintakan kau. I love you too." Dia bersandarkan Almari, baju itu di peluk. Rasa lega, lega apabila meluahkan kata keramat itu walaupun Azhar tiada dihadapannya.

'Aku harap ini semua mimpi, mimpi yang paling ngeri yang aku pernah alami. Bangunkan lah aku, aku tak sanggup hadapi mimpi ni.'Menolog hatinya.

********

Double update since dah lama tak update🌚

Fondness Where stories live. Discover now