Prologue

1.1K 51 1
                                    

Dipagi yang damai itu, burung berkicauan ditambah lagi dengan angin pagi menyapa wajahnya, tudungnya pula berkibar-kibar mengikut arah angin.

Memang masa ini hari yang sangat baik bagi Sara, walaupun agak panas tetapi tidak menghalangnya untuk beriadah. Wajahnya yang putih melepak sudah pun kemerah-merahan. Janganlah sunburn please!

Tudung bawal Sara Ilya ditarik kuat dari belakang, rosak habis tudung bawalnya. Maaf tak sengaja. Tengku Azhar tersengih sendiri.

Dia terhenti dari berjogging ditaman itu. Dia seakan lupa ada seorang turut serta jogging bersamanya, itupun sebab paksaan Mamanya. Ada sesiapa boleh beritahu mama tak yang Sara Ilya dah besar dan pandai jaga diri?

"Apa kau nak, Azhar?"Tengku Azhar dijeling geram. Semak betul! "Kan auntie suruh jagakan kau. So, jalan sebelah aku, jangan tinggalkan aku seorang diri kat belakang. Aku tak nak kawan dengan kau nanti, baru tahu." Dia berkata dengan senyuman simpulnya, cukup membuatkan gadis itu berapi.

"Kau tu yang lambat." Sara mengiap-ngiap wajahnya. Mukanya semakin kemerahan dek kerana cuaca yang agak panas itu ditambah lagi dengan kemarahannya. Nak meletup je tak. Tapi dia tetapi kelihatan comel dimata Tengku Azhar.

"Kau ni lah, buat apa jogging panas-panas macam ni?" Tanyanya lembut. Tak payah lagak gentle lah, Azhar! Pfft tergoda beritahu je.

Cap di kepalanya di cabut dan di letakkan di atas kepala Sara. Siapa tahu, Tengku Azhar juga seorang yang caring tau. Dalam diam. "Pakai it's for your own good." Sara hanya diam. "Thanks Buddy."

"Anything for you sweetie!"

"Acah caring pula diaa ingat sweet cemtu.." Runggut Sara tak henti-henti. Boleh sewel dia melayan kerenah Bff nya ni. Perangai mengalahkan perempuan, berubah-rubah! Sekejap caring, sekejap marah lepastu tiba-tiba ketawa riang, kekadang manja then merajuk. Tak sangka aku sanggup kawan dengan dia ni.

Tapi perangai pelik dia ni cuma dengan Sara Ilya seorang!!

"Ini bukan acah caring tapi acah charming." Sara Ilya
Menyampah. Tetapi tetap ketawa. "Charming hotak kau. Since when kau macam ni?" Sakit perutnya bergelak ketawa dengna Tengku Azhar ni.
"Biarlah, dengan kau je." Tengku Azhar senyum simpul lagi.

"Sebab aku special kan, kan, kan?" Tengku Azhar menjongketkan keningnya beberapa kali."Siapa kata? Perasan." Balas Sara. "Macam mana kau dengan Aiman?" Tanyanya, ada sedikit getaran pada suaranya. "Siapa Aiman?" Tengku Azhar mencebik. "Tak payah nak buat tak tahu eh. Kalau lupa mamat tu meh sini aku ingatkan." Tengku Azhar menarik nafasnya dalam.

"Aiman Firdaus tu, pengawas kesayangan kau kat sekolah. Dia meminati kawan aku yang ada kat depan mata aku ni, lepas tu dia nak bawa couple." Sara Ilya hanya diam sambil berpaling ke tempat lain. Kenapa mesti tanya pasal Aiman semasa kita berdua? "Diam asal?" Tanya Azhar.

"Tu aku tengok perempuan gedik sana tu. Sebelah dia tu dah ada lelaki masih jugak nak tengok lelaki sebelah aku ni. Ee aku cucuk kang mata dia tu." Tengku Azhar segera menoleh kearah perempuan itu. Hurm biasalah tu.

"Kau cakap macam tu kenapa? Cemburu?" Sara mengerutkan dahinya. Wajah Tengku Azhar di pandang tanpa riak. "Buat apa aku nak cemburu?"
Terus di sambung berjogging tanpa melayan kerenah Tengku Azhar. Tak siap kerja dengan dia ni. Percayalh

Sara bukan cemburu. Cuma, dia tak suka apabila Tengku Azhar menjadi tumpuan ramai gadis. Setiap kali dia bersama Tengku Azhar, di sekolah mahupun luar sekolah, pasti ada mata gadis yang tunak memandang Tengku Azhar membuatkan dia pula yang tidak selesa. Tau lah hot! Muka putih melepak! Pandai sukan! Baik! Pengawas kesayangan cikgu pula tu!

Tengku Azhar senyum kecil. Malu lah tuu.. Dia mengejar gadis itu dan berjongging di sebelah Sara. "Merajuk ea?" Sara mengerutkan dahinya, bila masa aku merajuk ni? "Excuse me! Buat apa aku merajuk dengan kau? Buang masa je."

"Hmm.. aku dah kenal kau lama, Sara." Sara berhenti dan duduk dibangku yang teduh kerana adanya pokok yang rendang sambil mengikat tali kasutnya yang lepas. Tengku Azhar pula duduk di sebelahnya.

"Marah lagi ke?"

"Tak."

"Sara.."

Jeda.

"Sara Ilya.."

Jeda.

"Sayang.."

Tengku Azhar ditolak sehingga jatuh dari bangku. "Gatal tak sudah-sudah! Kasi tahu baba nanti." Tengku Azhar senyum senget. "Dah aku panggil sayang baru layan. Hehehe.. lagipun aku gatal ngan kau je." Sara Ilya membuat mimik mukanya.

"Aku janji aku kasi tahu baba." Sara memeluk tubuh sambil membelakangi Tengku Azhar. "Hahahha nak merajuk lagi lah ni?" Memang tak ah! Nanti dia panggil sayang lagi, aku yang berharap lebih.

⚜️⚜️⚜️

"Azhar, kau akan selalu jadi sahabat aku kan?" Tanya Sara. Memecahkan kesunyian kereta itu. Cuma ada suara pak mat sahaja yang bernyanyi kecil. Tengku Azhar mengerling Sara. Semacam je soalan tu.

"Ha'ah, kenapa? Kita sahabat sampai syurga." Terangnya dengan senyuman manisnya. "Kenapa tanya?" Soal Tengku Azhar sedikit hairan. "Takda apa. Aku sayang hubungan persahabatan kita ni."

"Aik, persahabatan kita je kau sayang? Aku ni, tak sayang ke?"

"Eleh."

"Jawablah soalan aku." Paksanya. "Aku sayang kau, tapi tak lebih dari seorang sahabat. Get it?" Sara memalingkan wajahnya. Perlu ke aku berbohong?

Senyuman manis Tengku Azhar bertukar menjadi tawar. Seperti ada sesuatu yang tersimpan di sudut hatinya, tapi hanya pencipta hatinya dan dirinya sahaja yang tahu isi hatinya.

Fondness Where stories live. Discover now