Chap 5

527 35 0
                                    

Tempoh hari, Mama dan Babanya mengkhabarkan padanya bahawa mereka akan menunaikan Umrah bulan hadapan, iaitu minggu hadapan. Bukannya dia tidak suka, tapi bukannya dia pernah berengang dengan Mama dan Baba. Satu hari pun dia menangis meraung. Apa lagi kalau berminggu-minggu?!

Dia langsung tidak diajak. Sebab yang diberi oleh mama dan Babanya sangat munasabah. "Exam dah dekat. Sara perlu belajar lagi, inilah masanya untuk sara study group dengan Azhar. Mama janji akan bawa Sara pergi mekkah untuk menunaikan umrah atau haji nanti. Boleh ye sayang?"

Mahunya semalaman jugalah dia merajuk sakan. Bukan main merajuk sehingga makan malam pun tak nak keluar. Tapi jangan silap, di dalam almarinya banyak stok!

"Oit sara!" Sara Ilya tersentak. Mata dialih kepada si penegur. "Asal kau jerit-jerit ni." Garangnya!

"Kau tu ha, aku panggil-panggil tak sahut. Tuli gayanya." Sara mengecilkan matanya menunjukkan yang dia marah. Sesedap ice cream vanilla je dia kutuk aku!

"Ha merajuk! Merajuk." Sara Ilya mengeleng. "Buang masa je aku nak merajuk dengan kau, Azhar." Dia menoleh ke belakang. Nazirah di cari. Hilang? Mesti bergosip ni tak habis-habis budak sorang tu. "Kau ada masalah ke, Sara?" Sara mendonggakan kepala memandang Azhar.

"Auntie Umaira dan beritahu kau tak?" Nota pelajaran matematik tambahan di baca dengan teliti. Ceh terselit beberapa workout disana. Leceh betul! Malasnyaaa!

"Tentang apa? Nak kahwinkan kau ngan aku?" Usik Tengku Azhar, gemar sangat mengusik gadis itu. Tengoklah tu muka bengangnya. Ee rasa nak cium!
Ada pulak orang kena goreng sampai garing oleh uncle abrar karang. Tengku Azhar sempat tersengih.

"Choi mulut kau, eee geram aku. Pasal Baba dan Mama nak umrah lah. Aku kena suruh tinggal kat rumah kau." Suaranya makin mengendur. Sedih, sebab apa? First, sebab akan berjauhan dnegan Mama dan Baba. Huhu Sara tak nakk. Second, sebab akan serumah dengan Azharr! Tak sukaa..

"Tahu."

"Ee relek je kau ni kan. Aku sembur kau dengan ridsect nanti baru kau kenal aku ni siapa." Tengku Azhar tergelak besar. Ada ke pulak nak sembur dengan benda alah tu. Nanti aku mati kau yang menangis terlolong rindukan aku.

"Alaa, okey apa kau tinggal rumah aku. Dapat main sama-sama, makan sama-sama, belajar sama-sama, tidur sama-sama, mandi—"

Pak!

"Gatal." Tengku Azhar tergelak besar lagi. Tak lucu key! Aku tak buat lawak pun. Otak mereng betul, Tengku Azhar ni. Berdarah Tengku je, tapi otak terputus  wayar gamaknya!

"Aku guraulah, sara oii." Tengku Azhar ketawa lagi. Muka cembut sara Ilya sangat mencuit hatinya. Ada jugak orang yang kena cium ni satgi.

"I'm serious, Tengku Azhar." Serious saja nada yang ditutur oleh Sara Ilya. Tengku Azhar tersenyum simpul. Ok, Sara tak nak bergurau.

"Okey, apa masaalah kau kalau tinggal rumah aku nanti? Cuba kasi tahu Prince Azhar yang kacak ni. Prince Azhar akan membantu Princess Sara."

"Aku segan lah." Jujurnya. Malas nak layan lawak hambar Azhar. Mukanya masih cemberut seperti tadi, jelas menampakkan tinggal di rumah tengku Azhar bukanlah satu keingginannya. "Buat apa nak segan-segan. Kat rumah tu banyak perempuan, yang lelakinya cuma aku dan Daddy aku. Aku dengar daddy akan outstation. So, aku je lelaki kat rumah."

"Aku tetap segan."

"Segan dengan siapa?"

"Family kau lah. Dah lah aku ni orang luar. Takda ikatan apa-apa pun dengan keluarga kau." Tengku Azhar tergelak kecil. Sara mencebik. Kalau lah ada saudara mara yang tinggal di area ni.

Fondness Where stories live. Discover now