Chap 23

292 25 1
                                    

Tengku Azhar termenung sendiri di kerusi malas itu, sudah tiga bulan dia di bumi UK. Niatnya bukan untuk meninggalkan Sara Ilya begitu sahaja. Dia ingin Sara Ilya bahagia. Keberadaannya di Malaysia boleh merosakkan hubungan Sara Ilya dengan Tengku Aiman.

Itu baru sebab pertamanya,

Sebab keduanya ialah, Daddynya membuka Syarikat di sini. Lagipun, nenek nya; ibu susuan Daddynya tinggal disini semenjak kematian Ibu susuannya punya emak. Abang Susuan Daddynya juga ada disini, dengan isterinya. Tidaklah sunyi sangat.

Disini, dia cuba untuk melupakan Sara Ilya, walaupun ianya sangat mustahil. Ingat senang nak lupakan first love? Tetapi dia juga bertekad, untuk menjadikan Sara Ilya yang pertama dan Terakhir didalam hidupnya. Demi cinta, dia sanggup berbuat demikian. Biarlah Sara Ilya bahagia. Buat apa nak berbahagia diatas penderitaan orang lain? That's totally not me!

Dia bersandar di kerusi malas itu sambil merenung gambar didalam telefonnya. "Aku rindu kau, sengal!"

SARA ILYA merenung telefonnya. Dia teragak-agak, sudah tiga bulan, sudah tiga bulan Tengku Azhar pergi. Rindunya semakin mendalam kepada lelaki itu. Akan tetapi dia terasa agak bodoh, macam mana boleh dia couple dengan seseorang yang tidak di cintainya?

Oleh sebab dia menjalinkan hubungan dengan orang yang dia sayang, dia mula kehilangan orang yang dia cintai tanpa dia sedari. Kalau lah dia sendiri perasan terlebih dahulu. Heh!

Messege di buka.

- Aku rindu kau sangat-sangat, Tengku Azhar :(

Mustahil Azhar baca.

Selepas messege itu di renung dengan lama.

"Weyh, aku dah gila ke? Apa aku buat ni? Jangan lah kau baca untuk selamanya. Aminn."

Sara meletakkan telefonnya di tepi katilnya. Nanti, ayat gila-gila pulak dia tersend. Better sudah.

Sara Ilya menyandar di kepala katilnya. "Nak buat apa ea?" Matanya tertumpu kearah Almari kecil di sebelah almari bajunya. Kakinya melangkah kesana dan Buku pink yang di saluti dengan corak bunga di keluarkan.

Rasa nak tulis diary pulak.

Dear Diary,

Hari ini genap tiga bulan Azhar tinggalkan aku, perasaan sedih tu terasa masih. Aku kan sayang sangat kat dia. Hurm, sayang sangat-sangat :(

Aku tak pasti, kenapa Azhar tinggalkan aku? Kalau dia tinggalkan aku, aku redha je. Tapi ni tak, mangkuk hayun tu tinggalkan aku tanpa khabar berita! Heh, kejam.

Tapi, besar kemungkinan, aku rasa dia sangat kecewa. Kecewa dengan lamaran Aiman. Ketika aku terima lamaran aiman tu kan, aku baru rasa bodoh sebab terima lamaran dia sejak  itu Tengku Azhar tinggalakan aku.

Ketika itu gak, aku nampak tengku Azhar senyum tawar akan tetapi aku nampak matanya yang dipenuhi dengan kekecewaan. Sedangkan Azhar sendiri pernah menyatakan cintanya kat aku. Dia juga mengungkapkan kata keramat itu terlebih dahulu.

Macam tak percaya, sekarang ni aku couple dengan Si pinggan hayun, siapa lagi kalau bukan Aiman tu. Patut ke aku beri dia peluang? Gigih betul Aiman menagih cintaku.. mungkin aku perlu...?

....

....

Sara Ilya menutup diarynya, kali terakhir dia menulis coretan di diary itu selepas dia mendapat keputusan UPSR, lama bukan..

"ASSALAMMUALAIKUM Mama." Mamanya menjawab salamnya dan dia berada di ruang tamu dengan tissue nya. Matanya focus sangat melihat drama sedih. Babak Lelaki itu melamar perempuan itu, baru sahaja dia ingin menerima, perempun itu di langar lori. Sadis betul. Baru je nak bahagia.

Mamanya mengambil tissue lagi dan mengelap air matanya, apabila Lelaki itu meratap di kubur kekasihnya. Ayoyo, Meratap itu Haram, redha jelah.

Tu kan, dia pun tertengok drama sebak itu, pandai sungguh pelakon itu berlakon, kalaulah dia yang berlakon, orang suruh nangis dia kerawa kut.

Baru sahaja dia ingin naik ke atas untuk meletakkan beg sekolahnya yang berat sangat tu, bawa batu bata agaknya. "Sara Sayang.."

"Ye ma? Kenapa?"

"Baba kata malam ni nak makan luar. Sebelum jam 7 kita jalan. So selepas Sembahyang turun bawah makan lepas tu siapkan semu homework, Okey?" Satu-satu dia terangkan kepada Anaknya itu, nantia dia lupa pulak. "Haaa, dan jangan lalai dengan phone." Tambahnya lagi.

"Okey Mama, No problem."

"Buat apa makan kat restoran mewah ni? Membuang duit je Baba." Beritahu Sara Ilya. Sedangkan didalam hati sudah terlonjak gembira. Gah! Terbayang dia Lamb Chop yang melambai-lambai kearahnya. Eik, seram pulakk..

"Biarlah, bukannya selalu."

Fondness Where stories live. Discover now