Chap 6

462 34 1
                                    

"One fine day you'll be mine, sweetheart." Tenang sahaja Tengku Azhar menuturnya. Wajah selambanya ditayangkan.

Sara tidak percaya dengan apa yang dia katakan tadi, Tengku Azhar memang sudah gila!"Apa.. apa yang kau merepek ni?" Balas Sara Ilya sedikit gagap. Meremang bulu roma kitew!

"Kalau ada jodoh, apa salahnya kan?"

"Pfft, kita baru 15 tahun, jangan nak gatal sangatlah cakap pasal jodoh ni." Spm pun tak lepas, dah gatal nak kahwin. Kau ingat aku ni kemaruk sangat nak kawin?

"Alaa, aku cakap betul apa."

"Aku tak suka."

"Tak suka apa?"

"Tak suka cakap pasal ni." Sara meleraikan pandangan. Jangan lah pandang aku macam tu, Azhar. "Aku dengar Aiman ajak kau couple lagi." Sara berpaling semula. "Mana kau tahu? Eh I mean, apa kau cakap ni?" Sara menampar mulutnya. "Kenapa kau tak beritahu aku pasal semua ni? Kau tau tak, dah hebih satu sekolah. Kau dah tolak cinta dia 5 kali."

"Biarlah.. aku malas nak fikir." Sara mencebik. Kenapalah Aiman tu nak sangat kat dia, sedangkan ramai lagi perempuan yang lebih cantik darinya. Orang tua kata; bunga bukan sekuntum. "Dia tuduh aku." Azhar mengeluh lemah. "What do you mean? Beraninya dia tuduh kawan aku ni. Dia tuduh kau apa? Biar aku ajar dia tu esok."

"Nahh, takpe. I don't care dengan tuduhan dia tu."

"Beritahu je lahh." Rengek Sara. Kita nak tahu lah!

"Suara tu, cuba elok sikit. Aku ni lelaki tau." Sara tersentak. Terkeluar pula suara manjanya apabila bersama Baba. "Ehem. Back to our Add Math."

"Kenapa? Malu?"

"Aku tak sengaja okey. Tak sengaja." Azhar menjongketkan keningnya. "Okeyy.."

"Macam mana dengan Nureena?" Tanya Sara. "Herm, aku tak tahu lah. Aku nak putuskan je hubungan aku dengan Nureena." Putus Azhar.

"What? Serious along! Yeayy!!" Sara dan Azhar menoleh kebelakang . Tiba-tiba sahaja suara Alin memecahkan gendang telinga. Alin kelihatan sungguh gembira. Siap terkinja-kinja lagi sehingga terselak bajunya. Nasib baik tiada lelaki sini. Azhar abang dia, takpa pun.

"Hey! Telinga lintah betul. Pergi sana."

Alin mengaru kepalanya. "Sorry kacau orang dating." Remote dicampak kearah Alin. "Watch your mouth." Sara pun turut membuat wajah cemberutnya. Alin selamba duduk disofa bertentangan dengan along dan kak sara kesayangannya. Malas nak ikut cakap along!

"Kalau Along putus dengan dia, Tentu hidup angah akan bahagia." Azhar mencebik, dia pula yang bahagia? Apa kes? "Lepastukan along akan cari girlfriend baru."

"Hee! Kau ingat along ni playboy." Marah Azhar. Nasib baik adik aku, kalau tak dah lama aku jahit mulut dia tu. "Syyy! Orang belum habis cakap."

Alongnya dijeling. "Mesti Along akan pilih Kak Sara untuk menjadi Isteri along. Ya allah, tak dapat angah bayangkan bertapa cutenya anak along dan kak sara nanti." Alin memegang pipinya. Matanya pula memandang Azhar dan Sara bersilih ganti.

"Alin merepek apa ni?!" Suara Tengku Azhar dan Sara bersatu. Pergh kuat gila. Marah sakan mereka berdua ni. Bantal sofa diambil dan baling tepat mengenakan Wajah Alin Zawanah. "Sorry!" Alin berlari keatas, tawanya masih bersisa. Pandai tak aku buat mereka marah.

Sara menghembus nafasnya kuat. Dadanya berombak menahan amarah yang masih bersisa. Kalau dia adik aku dah lama aku tanam dia hidup-hidup. Wuish kejam bunyinya.

"Sorry, Alin memang- erm memang.."

"Nak kita bersama?" Azhar mengangguk.

"Macam tu lah."

"Ee dah lah, bila nak siap add math aku ni. Kalau aku kena denda, kau akan aku tarik sekali." Azhar tersenyum simpul, pernah ke aku biarkan kau kena denda sorang-sorang? "No hal sweetie!"

Fondness Where stories live. Discover now