23 Julai 2034 aku ditempatkan dekat satu hospital bahagia sebagai seorang doktor pakar psikiatri. Diorang yang masuk sini banyak sebab. Kekadang aku penat nak melayan diorang ni.
Tapi aku tertarik dekat seorang perempuan ni. Dia cantik, umur rasanya baya-baya aku je. Aku tertarik dekat dia sebab dia ni suka menyendiri yang lain ada jugak main sama-sama. Dia selalu duduk dekat tangga seorang-seorang pintal-pintal rambut dia yang panjang tu. Tapi dia senyap tak pernah nak cakap apa-apa. Aku try tegur dia, tapi dia senyap je. Tak nak balas apa-apa. Give up aku nak tanya macam-macam.
Perasaan ingin tahu aku mendorong untuk tahu lebih banyak pasal perempuan ni. Aku try cari pasal dia dekat profil data hospital tapi takde. Aku tanya senior atasan aku diorang kata mana ada perempuan muda baya aku. Yang paling muda pon darjah enam.
YOU ARE READING
Muncul
Mystery / Thrillerapa yang aku tulis dalam ni bukan betul pun. reka je lebih.... kbye 😘