jarum jam telah menunjukkan angka 12, angka yang sepatutnya semua manusia sudah lena diulek mimpi tetapi tida bagi Mie. dia tidak dapat lelap pada malam itu.
Mie pov
"aduhh, pasaipa tak leh tiduq ni? " soal aku sendiri. kerana terlalu bosan aku mengambil keputusan untuk chat Wan rakan online aku. Wan ni perempuan, nama je macam lelaki.
"hai wan, tiduq dah ka? "
sent
seen by wan
wan is typing"hai mie. belum lagi, pasaipa? "
sent
seen by mie
mie is typing"saja tanya. nak chat wan, boleh ka?"
"ouhh chat je la. pasaipa pulak tak boleh? hahahaha"
"hehehehe, wan duk buat apa?"
"baring ja baru lepas tengok movie hantu."
"ouhh, best ke? movie tajuk apa? "
"the doll, best gak la. mie pulak duk buat apa?"
aku tidak terus menjawab soalannya sebaliknya aku mengusiknya.
"wan. "
"apadia mie? "
"hati-hati tau. ada dengaq bunyi orang berlari-lari dekat bumbung tak? "
"hahahaha, mie try nak takutkan wan ka? mie lupakan je hasrat mie tu. takut mie pulak yang kena."
"ala usik sikit je, lek la."
"mie. duk buat apa la ni?"
"dua kali dah duk tanya soalan sama."
"alaa, jawab je la."
"duk baring dalam bilik ni haa. wan duk buat apa?"
"berdiri."
"berdiri? kawad ka. hahahaha. "
"tak lah, ni wan duk berdiri depan pintu bilil mie."
"ngarut la wan."
"dengar tak bunyi orang ketuk pintu bilik mie?
tok tok tok. pintu bilikku diketuk seseorang. aku bangun dari pembaringanku lalu mendekati pintu bilikku. perlahan-lahan aku menguak pintu tersebut.
"huh, ibu. pasaipa ketuk pintu bilik mie ni?" terkejutku dengan kemunculan ibu. aku dah pikir wan tadi. naik bulu romaku.
"tak dak pa. saja ibu ketuk sebab tengok hang punya bilik cerah semacam. dah nak pukul 2 ni." kata ibu.
"haaa nanti mie tidoq. maaf la ganggu ibu." kataku ingin menjaga hatinya. ibu mengangguk dan berlalu pergi meninggalkan aku.
aku masuk ke dalam bilik lalu mencapai phone dan mematikan kerana tidak mahu diganggu wan. cukuplah tadi tu sudah buat bulu roma aku tegak. aku cuba untuk melelapkan mata. tiba-tiba pintu bilikku diketuk lagi sekali. dengan pantas aku bergerak ke pintu lalu membukanya. tiada sesiapa di situ. 'siapa yang ketuk pintu ni tadi.' hatiku berkata. malas ingin mengambil tahu, aku pusingkan badanku untuk berlalu ke katil.
"aikk, bukan ka aku dah off fon ni. lagu mana boleh on pulak ni." kataku ketika melihat fon aku bernyala dan terpapar chat aku dengan wan.
"mie cakap nak chat dengan wan. tapi mie hilang. sampai hati mie. mie kena terima balasan."
tak sempat aku nak balas chat wan tiba-tiba tingkap bilikku pula diketuk berselang-seli dengan ketukan pintu bilik.
"wan buat apa ni? please stop."
"no, i wont stop. hahahaha."
"please , tak lawak semua ni. mie mintak maaf sebab usik wan, tak reply chat wan."
"maaf? hahahaha pergi mati dengan maaf kau."
tiba-tiba bunyi tersebut berhenti lalu pintu bilik aku dibuka oleh seorang. 'ya Allah selamatkan aku.'
seorang perempuan masuk ke dalam bilikku lalu menjerit sehingga tingkap bilikku pecah.
"arghhhhhh. pergi kau syaitan. ibu tolong mie." aku menjerit sekuat hati.
"hei hei. mie, bangun nak. astaghfirullahalazim, mimpi apa la hang ni?" ibu menepuk-nepuk pipi ku lalu aku terjaga.
aku mencari phone aku untuk melihat chat aku bersama wan. ya, aku memang chat dengan dia malam tadi. tadi tu betul ke atau hanya mimpi. aku beristighfar di dalam hati.
ok ok ngarut ann cerita ni. lantak la. cerita aku. muahahahaha(gelak syaitan)
YOU ARE READING
Muncul
Mystery / Thrillerapa yang aku tulis dalam ni bukan betul pun. reka je lebih.... kbye 😘