Dorm

30 2 0
                                    

Sakit hati betul bila dapat dorm dekat blok lama ni. Junior dah la masuk hujung bulan ni. Tinggallah kami bersepuluh dekat blok ni.
   Malam tu aku terjaga pukul 3 pagi sebab terdengar bunyi bising datang dari dorm depan dengan dorm atas. Bunyi seem like orang tengah susun-susun loker dengan katil. "penyelia ni gila ke apa, pepagi buta susun dorm." bentakku dalam hati. Terasa mahu terkucil, aku bergegas ke tandas. Aku terkejut dengan keadaan dorm depan yang terang benderang dan bunyi bising seperti orang sedang bercakap cakap. Terus hilang rasa nak terkucil. Setahuku junior masuk minggu depan. Kalau diorang masuk hari ni pon tak kan la nak ngemas dorm pepagi buta time orang tidur pulak. Langkah seribu dibuka.
   Aku hanya berselubung dengan selimut hingga ke pagi kerana tidak dapat lelap. Time aku terjaga aku tercari-cari dormmates aku. Kosong, katil kemas terlipat hanya katil aku bercadar dan berbantal. Aku cuba memukul lengan untun memastikan yang aku tidak bermimpi. "sakit."

MunculWhere stories live. Discover now