laptop

19 2 0
                                    

"abah bila nak belikan adik lappy? assignment bertimbun dekat kolej sana tu. dapat secondhand pon adik tak kisah." rungutku dengan ayat "secondhand" tapi dalam berharap dapat yang baru. 'please please yang baru'. 
"betul kamu tak kisah kalau secondhand pon?" soal abah yang lebih kepada menduga.
"hmm boleh la dari tak de." kataku sambil membuat muka kasihan dengan harapan abah pujuk untuk dapatkan lappy baru bukan secondhand.
"okay nanti abah belikan." kata abah lalu dia berlalu ke bilik meninggalkan aku terpinga-pinga.

   "Assalamualaikum." abah memberi salam ketika masuk ke rumah.
"abah mana lappynye?" soalku tanpa menjawab salamnya.
"astagfirullah budak bertuah ni, dengan tak jawab salamnya. abah jual balik laptop ni nanti, baru tahu." ugut abah.
"hehehe sorry abah, waalaikumussalam abah." kataku sambil tersengih menayang gigi taringku.
"nah." hulur abah. "jaga elok-elok, jangan rosakkan, abah beli pakai duit bukan daun. ingat kita ni bukan  orang senang." nasihat abah.
"baik abah, terima kasih. muah sayang abah ketat-ketat." aku mengambil laptop lalu naik ke bilikku.

   Malam itu ibu dan abah pergi ke majlis akad nikah akak sepupuku di  kampung. tinggal la aku sengsorang dalam rumah ni menghadap laptop sampai tak sedar jam sudah nak ke angka 12.
Bosan menghadap assignment aku mula berkira-kira ingat shutdown tapi mata aku tertancap pada satu folder yang bertulis 'do not open this folder'.

   "Alahai apa kebodohnye owner lappy ni. Dah tahu nak jual kat orang delete la folder-folder bagai tak pun remove ke pd ke." bebelku geram dengan sikap manusia sekarang yang sering membuat orang tertanya-tanya. tanpa membuang masa terus aku membuka folder tersebut. terdapat slideshow, aku tertarik untuk lebih tahu tentang slideshow tersebut.

   Aku agak terkejut melihat background slideshow tersebut. seram-seram belaka. slideshow pertama bertulis "why are you open this folder?"  background folder tersebut terdapat seorang perempuan yang mengantung dirinya pada tali.
slideshow kedua bertulis "i've told you to do not open this folder."  background dia pulak seorang perempuan yang seram mukanya macam tengah marah, mata dia tajam pandang aku. slideahow yang ketiga pula bertulis "you're such a stubborn kid."  background dia pulak seorang budak duduk dekat penjuru bilik sambil peluk lutut. sesuka hati je label aku degil. aku mula merasa seram sejuk, tapi aku still buat donno je dengan perasan tu. last slideshow bertulis "you've seen those slideshow, and im sorry kid. you have to die."   background dia seorang hantu perempuan (sorg ke, ahh lantak)  muka marah pegang pisau and pisau tu menghala ke arah aku.

   Aku terus menutup slideshow tersebut lalu shut down lappy tersebut. tiba-tiba aku terdengar ketukan pintu bertalu-talu diselang-seli dengan bunyi loceng rumah. "open the door kid."  suara hantu perempuan tu. 'takkk aku tak nak mati lagi.'  kataku dalam hati. aku mula duduk sambil memeluk lutut di penjuru katilku dengan harapan agar ibu dan abah pulang secepat mungkin. bunyi ketukan pintu itu hilang. lega sikit aku rasa.

   "i said open the door kid, you wanna play with me huh?"  suara itu jelas di luar pintu bilikku. mujur berkunci.
"go away bitch, jangan ganggu aku. kau nak apa sial?" air mataku mula gugur. Tombol pintu bilikku berbunyi seakan dipulas-pulas. Sakan air mata aku keluar. Tiba-tiba bunyi itu berhenti dan daun pintu bilikku dikuak. "arghhhhhhh pergi kau syaitan, aku tak nak mati lagi." jeritku.

   "ya Allah adik merepek apa ni. ni ibu la bukan syaitan." ibu cuba menenangkanku dengan memelukku yang sedang menangis.
"ibu, ada orang nak bunuh adik ibu. dia kat luar tadi. adik takut ibu." kataku tersekat-sekat kerana tangisanku yang masih bersisa.
"adik jangan merepek la, mana ada sesapa. ada ibu dengan abah je ni. adik berhalusinasi je tu." ibu cuba memujukku.
"tak ibu, adik tak tipu, lappy yang abah beli tu bahaya ibu." ujarku dalam ketakutan serta tubuh mengigil. ibu bangun lalu mendekati laptop itu.
"tak de apa-apa dekat laptop ni. adik ni tu halusinasi je. jangan terbawa-bawa sangat cerita yang adik baca tu." ibu mula kaitkan cerita-cerita seram yang aku baca dia wattpad dan buku-buku fiksi. 

"bising apa ni, dah malam. boleh ganggu jiran nak berehat tahu?" abah muncul ntah dari mana.
"abah, adik merayu abah. jual balik lappy ni kat owner dia. bahaya abah lappy ni. tolong abah, percaya cakap adik." rayuku dengan tangisan yang tidak henti keluar.
"merepek apa kamu ni, abah beli pakai duit. ingat senang ke nak jual balik kat owner dia?" kata abah sambil berjalan mendekati laptop tersebut.

tiba-tiba.....

MunculWhere stories live. Discover now