sakit weh hati, family buat trip nak ke tempat fav pastu kita pulak ada program. "urghh! aku tak kira aku nak jugak ikot dorang pi pangkor. " rungutku. idea jahatku mula datang.
"hello abah."
"Assalamualaikum adik."
"hehehehe sorry, waalaikumussalam. abah adik nk ikot pi pangkor. nanti jumaat abah ambik ea?"
"boleh ke keluar? warden kasi ke?"
"alaa, cakap je la ada emergency. nanti dorang lepas la."
"haaa ye la, jumaat pukul 12 abah ambik."
"yesss, okay adik nak sambung buat homework. bye Assalamualaikum kirim salam dekat semua." pap terus aku matikan talian.
"yey dah sampai dekat teluk nipah. lauttt!" sejujurnya aku memang fanatik dekat benda-benda ada air ni tambah-tambah laut. petang tu sampai je chalet yang kitorang stay tu, terus aku tukar baju semua then aku terjun dalam air. nikmat dia uishhh toksah cakap la. snorkeling,banana boat semua aku try. benda best kena la try.
malam tu aku having a "night walk" sorang-sorang. aku memang suka menyendiri, cari ketenangan, dengar lagu duduk kat pasir depan ombak. tenang dia tuhan je tahu. "hai! sorang je ke? " sapa seorang yang aku tak kenal. "ohh mak kau terkejut!" malu siot melatah depan lelaki ni. udoh le handsome, haish anak siapa la ni, memalam buta berjalan. "hahahaha, kelakar la awak ni, saya tegur lembut pon melatah. btw my name shah!" balasnya sambil tersenyum. merona merah pipiku. "hehehe, my name wanie." malu tak terkata. "may I?" sambil menunjuk tempat duduk sebelah aku. "duduk je." balasku. "awak datang dengan siapa?" shah mulakan bicara. "family, awak?" tanyaku kepadanya. "sorang-sorang je, nak tenangkan fikiran." tenang je muka dia time bercakap, mata dia tak lari dari pandang langit. "ouhh." balasku pendek, agak kekok sebenarnya. "wanie, chalet awak yang mana satu?" ada je topik nak di bicarakan. "tuu." aku memuncungkan bibir kearah chalet yang berdepan dengan pantai. "ehh dekat je." balasnya sambil memandangku tidak berkedip. "ehh apasal tengok saya macam tu?" tanyaku kerana inginkan kepastian. "saja je tak boleh ke? awak lawa la, saya tak boleh fokus." dia mula dah kasi ayat-ayat cilanat ni. "ehh saya nak balik dulu ea, ngantuk dah." aku berkata sambil menguap. "emm alaa, cepatnya. tak pe la, bye." nadanya sedikit kecewa. aku berasa bersalah sedikit. "lek arr, kata bilik dekat, jom balik sekali." ajakku cuba memujuknya. "yey, terima kasih wanie lawa." seronoknya muka dia.
sampai depan pintu chalet, aku mengucapkan selamat malam dan melambaikan tangan kepadanya. dia membalas dengan senyuman yang paling manis. "haish pehal la dengan mamat tu, mujur handsome." aku bermonolog.
"dah siap kemas ke adik?" tanya ibu. "dah." balasku pendek, tak de mood sebab dah nak check out. 'bye bye pangkor, bye bye shah. ehhh! ' kenapa aku teringat kat dia. "ibu jap tau, adik nak jumpa kawan kap, kejap je." terus aku meluru keluar.
tok tok, aku mengetuk pintu chalet shah. assalamualaikum aku laung tiga kali tidak bernyahut. penyelia chalet tu nampak aku ketuk-ketuk pintu chalet tu, dia tegur. "dik, bilik tu kosong mana ada sesapa huni." tegur penyelia itu. "bukan ke penghuni bilik ni nama dia shah?" tanyaku kerana inginkan kepastian. penyelia tu diam, tidak menjawab soalanku. "cik cik jawab la soalan saya, saya baru je bersembang dengan shah semalam, dia kata dia stay dekat chalet ni." aku mula naik darah kerana soalan aku tak terjawab. "maaf dik, shah yang adik maksudkan tu memang stay kat chalet ni, tapi tu 2 tahun lepas sebelum dia mati dalam chalet ni." balas penyelia itu, lalu pergi meninggalkan aku sendirian.
YOU ARE READING
Muncul
Mystery / Thrillerapa yang aku tulis dalam ni bukan betul pun. reka je lebih.... kbye 😘