Pagi-pagi lagi Puan Juliana tidak senang duduk.Kelihatan gusar diwajahnya terlihat.Dato Alif berjalan mendekati isterinya itu.Dia tahu bahawa isterinya itu menghadapi masalah.
"awak ni kenapa Jue?dari tadi saya tengok awak tak senang duduk." Sampuk Dato Alif.Hampir jatuh jantung Puan Juliana ditegur sebegitu.
"Abang ni boleh tak bagi Salam dulu?! terkejut saya tau tak?"Balas Puan Juliana kepada suaminya itu.Dato Alif hanya tersenyum melihat telatah isterinya.
"Ha iyela..awak tak jawab lagi pertanyaan saya tadi Jue." Balas Dato Alif.Dia mahu tahu apa yang menganggu fikiran isterinya itu sejak dari tadi.Puan Juliana membuka mulut membalas pertanyaan suaminya itu.
"Saya risau..pasal Qis ni..abang ada bagitahu dia tak yang abang dah suruh pihak university berhentikan dia dari belajar dekat situ?,abang fahamkan perangai Qis tu macam mana..saya risau dia marah."
Dato Alif melarikan wajahnya dari ditenung isterinya.Ya..Salah dia juga sebab tidak memberitahu perkara yang sebenar kepada anak perempuannya itu.Faham benar dia dengan perangai Qistina Iris,degil macam dirinya juga.Puan Juliana menjegilkan matanya."Abang dengar tak apa yang saya cakap ni?! saya rasa abang tak bagitahu dia kan? naluri isteri ni sentiasa betul...baik abang mengaku." Bentak Puan Juliana.
"Abang terpaksa Jue ..abang memang tak bagitau dia lagi pasal benda ni.tapi abang ada notice dia..yang dia tak akan lama dekat London tu..tak kan lah dia tak perasan?" Balas Dato Alif dengan muka tidak bersalahnya.Manakala Puan Juliana menepuk-nepuk dahinya.Pening dengan karenah dua beranak ni..
"Abang kena cari Jalan nak bagitau Qis semua benda ni.nanti mau dia lari dekat negara lain susah kita.Budak tu bukan betul.ikut dia aje!" Puan Juliana terpaksa menyuruh suaminya bertindak sebelum anaknya itu mendapat berita dari pihak universiti.
"Nanti saya suruh Qhalil cakap dengan adik kesayangan dia tu..manalah nak tahu..Qis boleh dengar cakap abang dia." Dato Alif
membalas kata-kata isterinya itu.Puan Juliana mengganguk tanda setuju.Dato Alif tahu Qistina Iris hanya boleh dipujuk dengan dua orang abangnya sahaja.Kalau tak 'ngam' dengan Qhalil maka dia akan beralih kepada abangnya yang kedua,Qashaf.🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
Kuala Lumpur,
8:00 AM
Syarikat Q.Qhalil hanya mengganguk setuju mendengar cadangan babahnya.Tetapi dia sudah memberitahu awal-awal lagi bahawa dia hanya memujuk sahaja,terpulang kepada Qistina Iris,adiknya itu untuk membuat keputusan.Dato Alif hanya diam dan mengganguk.Jika pujukan Qhalil juga tidak berkesan kepada anak perempuannya itu,maka tiada cara lain melainkan 'PAKSAAN'.
"Babah..Lil rasa babah kena beritahu Qis perkara sebenar untuk apa dia balik kesini.Lil takut dia tak rela dengan perkahwinan yang babah dah aturkan ni.she will be really disappointed..trust me" Qhalil meluahkan apa yang dia rasakan kini.Dia faham benar perangai adiknya itu.Dato Alif menggosok lehernya beberapa kali.
"Bukan babah tak nak bagitahu dia Lil..tapi Lil tahu sendirikan perangai dia macam mana..kalau babah bagitahu sebelum dia balik kesini..agak-agak Lil lah..dia ke Malaysia ke dia ketempat lain yang kita tak boleh cari?" Dato Alif membalas sambil duduk melihat anak sulungnya itu.Qhalil hanya melepaskan keluhan.Betul kata babahnya.Qistina Iris tak akan teragak-agak melarikan diri lebih jauh jika mendapat tahu berita ini.
"In Shaa Allah babah..Lil akan cuba pujuk dia.Lil akan cari idea nanti..apa-apa pun babah pesan juga dekat Qashaf tu.Takut nanti dia terlepas cakap pulak dekat Qis.Ok lah ..Lil sambung kerja."Qhalil melangkah keluar dari pejabat Dato Alif dengan muka yang tengah meneran idea menipu adik sendiri untuk balik ke Malaysia.' itulah! babah buat perkahwinan ni tanpa Qis tahu..alamatnya mati la Qis tu mengamuk..ish! pening aku' Qhalil menggaru rambutnya yang tidak gatal.Pening dia dengan situasi sekarang.Tiba-tiba Iphone Qhalil berbunyi kuat.Melihat nama di screen telefonnya membuatkan masalah Qhalil hilang serta merta.Cepat tangannya menjawab panggilan itu.
"Ayang!!!" jerit Aqilah kuat.Qhalil tersenyum.Apalah yang membuatkan isterinya ini menjerit-jerit.
"Iye sayang..kenapa sayang jerit-jerit ni.."Qhalil membalas dengan ketawa.
"I hope you really love this.." Balas Aqilah.belum sempat Qhalil bertanyakan apa yang terjadi.Panggilan sudah diputuskan.
' BIP!BIP! ' Kali ini WhatsApp Qhalil berbunyi menunjukkan Aqilah menghantar satu imej yang menunjukkan gambar daripada pemeriksaan USG.Qhalil terus mendail isterinya itu secepat mungkin.
"Sayang! are you serious? I akan jadi papa?! really??! Yahoooooo!!!"Kali ini Qhalil pula yang menjerit gembira.
"Sayang..bila you pergi check?dengan siapa you pergi check? jangan cakap you pergi sorang.."Qhalil bersuara serius pula Kali ini.Dia takut isterinya itu pergi bersendirian.Yela! zaman sekarang zaman yang banyak jenayah.
"Ayang..jangan risau..I pergi dengan Tasnim tadi.Dia risau I asyik muntah-muntah dekat tempat kerja tadi,so dia bawak I pergi klinik.Then tadi check ,the doctor said ... Hasil USG Usia Kandungan 6 Minggu 5 Hari.Masih awal.so keep an eye for me yah! take a good care of me too." Aqilah membalas kata-kata suaminya itu.Syukur yang teramat Qhalil ucapkan kepada yang satu.Impiannya selama 2 tahun berkahwin untuk bergelar seorang ayah akhirnya dimakbulkan oleh Allah yang Maha kuasa.Air mata Qhalil mengalir..syukurnya tidak tahu dia mahu ucapkan.
"Thank you sayang..I will and I will always take a good care of you.and our future👏😂💖"Suara Qhalil tersekat-sekat akibat menahan sebak.Aqilah membalas kata-kata suaminya dan tidak lama kemudian talian dimatikan.

YOU ARE READING
Juara Hati💖
RomanceQistina Iris merupakan wanita pertama yang telah menambat semula hati Dr.Syeid Hakeem.Pada Syeid Hakeem,Qistina Iris merupakan perempuan yang sangat biul dan sewel yang pernah dia jumpa.Tetapi telah mencuri hatinya yang telah lama padam untuk wanita...