Hartmann Rd,
London E16 2PX, UK
AIRPORT CITY.
💎POV QISTINA IRIS.
Aku mengheret beg bagasi yang dipenuhi barang dengan laju,bukan aku lambat naik pesawat or else..tapi aku nak duduk.Tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki yang ' macam aku kenal' tengah sandar dekat tepi tu aje...nak tegur ke tak aihh? emm jalan jela..kalau dia nampak..pandai-pandai la dia tegur.😂Aku lalu depan dia buat-buat macam tak kenal.Tapi mata lelaki ni kan lain macam..cepat aje tangkap.
"hey you,awak buat-buat tak nampak ke memang tak nampak saya?" tegur Syeid Hakeem sambil mencuit bahu aku.Aku memandang tempat ke arah matanya.' Waduhhhhh!!! hensemmnyaaaaaaaaa!!!'.Syeid Hakeem masih setia tersenyum kepada aku.
"saje aje..manalah tau awak tak kenal saya" berseleroh aje bunyi aku menjawab soalannya tadi.
"tak kenal..maka tak cinta la😍" Balas Syeid Hakeem dengan ketawa kecil di bibirnya.Aku tersenyum.
"mengada je bunyinya...eh ticket kita sama ya? awak stalk saya ehhh" Saja aku mengusiknya.Dia menggelengkan kepalanya.
"Buat apa stalk awak kalau awak dah memang jodoh saya?"Syeid Hakeem membalas.Kali niiii!!! mulut aku nganga luas-luas,terkejut mungkin.Aku pegang dada aku perlahan..Ya tuhann jantung ni berdebar-debar.
"tutup mulut tu..jom flight kita dh lambat.." Tegur Syeid Hakeem.Belum sempat aku menarik nafas,terasa tanganku ditarik perlahan mengikut langkahnya..
🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈
KLIA2,
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT.
🌸POV QISTINA IRISAku mengusung beg dengan lemah.Terasa sendi-sendi semuanya sakit belaka!.Fuhh! nasib la aku bukan sama seat dengan Syeid Hakeem,kalau tak..susah aku nak mengeliat dalam flight tadi.Yelah..mau tak lenguh? 'The total flight duration from London, United Kingdom to Kuala Lumpur, Malaysia is 13 hours,37 minutes okay!'.
Aku mencari tempat duduk sementara tunggu babah ambik aku.Aku menundukkan kepala sambil mengoyangkan kaki tanda bosan menunggu.Baru sahaja aku nak angkat muka,Hot Chocolate diberikan kepada aku.
"Ambil..kesian pulak dekat awak..sorang-sorang macam ni." Syeid Hakeem bersuara dan terus duduk disebelahku.Aku teragak-agak mengambil air di tangannya.
"Thanks" Ucapku.Dah itu je yang terluah.Nak cakap banyak ...aku rasa nak pengsan aje sebab letih.
"Tunggu boyfriend ambil ke?" Tanya Syeid Hakeem.Tapi kali ini dia tidak memandang aku..dia memandang ke arah hadapan.
"Mana ada boyfriend" Jujur aku jawab.Dia memandangku dengan serius.Aku menghela nafas panjang.
"Saya serious Syeid Hakeem,I'm still single,balik Malaysia sebab kena paksa kahwin,that's all.Kalau awak nak saya jemput kahwin..nanti saya jemput.okay?" Aku menjawab dengan nada keletihan.Bukan letih menyembang..tapi aku memang tak larat nak buat apa-apa sekarang.Aku menghirup Hot Chocolate yang panas itu dengan berhati-hati.Terasa letihku kian hilang sedikit.Aku sempat menoleh kearah Syeid Hakeem.Terlihat wajahnya masih tersenyum memandang aku yang tengah menghirup air panas itu.
"awak ni comel,suka curi-curi pandang saya" Syeid Hakeem bersuara.Berona terus wajah aku.Dari putih terus berwarna merah,agaknya dah macam sesumpah aje Syeid Hakeem tengok perubahan aku.Aku menggaru kepalaku yang tak gatal. Sebenarnya lebih kepada menahan malu.Baru sahaja aku ingin menghirup semula Hot Chocolate yang berada di tangan aku..
PIN PIN PIN📣
"sorry awak.babah saya dah sampai...tak sempat nak sembang rancak dengan awak..Ada masa kita jumpa lagi,thanks for the delicious hot chocolate ❤" Aku
menarik beg bagasiku sambil mengukirkan senyuman kepadanya.Syeid Hakeem hanya menganggukkan kepalanya.Tangannya juga turut melambai ke arah aku.Aku membalas lambaiannya dan terus menuju kearah babah.Aku memeluk erat babah,rindunya..
babah turut membalas pelukanku."siapa yang Qis lambai-lambai tadi?" Dato Alif bersuara.Aku tersenyum ke arah babah.
"did you fall in love?" Tanya babah kepadaku.Mungkin babah pelik sebab selama ini aku sangat anti dengan lelaki..gara-gara Abang Zaheed!.Ya walaupun dia abang sepupu..tapi aku amat benci pada dirinya.Sampailah babah terpaksa aturkan perkahwinan aku dengan anak kawannya.
"mungkin" Jawabku ringkas.Pak Samat yang berdiri disebelah babah hanya tersenyum sambil mengangkat beg aku kedalam bonet kereta.Setelah selesai aku pun terus masuk ke perut kereta dan mulalah la babah dengan seribu persoalannya ditanya kepada aku.
'Macam mana boleh kenal?'
'Macam boleh buat menantu ajekan?'
'Macam segak orangnya'
'Macam boleh jaga anak babah aje'
'Macam sesuai dengan Qis je?'
'Dia kerja apa Qis?'
'Umur berapa?'Aku menarik nafas sedalam yang mungkin.
"Babah..can you stop nagging? Qis nak tenangkan fikiran ..letih" Balasku.Babah hanya tersenyum dan mengganguk.Aku melelapkan mata seketika dan tertidur lena.😴Mungkin betul-betul letih..aku tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
Juara Hati💖
RomanceQistina Iris merupakan wanita pertama yang telah menambat semula hati Dr.Syeid Hakeem.Pada Syeid Hakeem,Qistina Iris merupakan perempuan yang sangat biul dan sewel yang pernah dia jumpa.Tetapi telah mencuri hatinya yang telah lama padam untuk wanita...