Qistina Iris merupakan wanita pertama yang telah menambat semula hati Dr.Syeid Hakeem.Pada Syeid Hakeem,Qistina Iris merupakan perempuan yang sangat biul dan sewel yang pernah dia jumpa.Tetapi telah mencuri hatinya yang telah lama padam untuk wanita...
Aku termenung menghadap luar tingkap.Jalan di Kota London semakin sibuk memandangkan sekarang sudah berganjak pukul 9:00 pagi.Fikiran aku masih serabut tentang permintaan babah dan luahan hati Syeid Hakeem yang baru aku dengari beberapa hari lepas.Aku melepaskan keluhan berat.Sungguh fikiran aku celaru sekarang.Baru sahaja aku mahu berganjak dari katil,iPhoneku sedang bergetar.Aku melihat screen telefon dan menarik nafas yang dalam.Sudah! aku tak mahu lagi bergaduh dengan babah.Kali ini aku akan turutkan sahaja permintaannya...itupun jika babah mendesak.babah terlalu banyak membantuku dari segi segalanya.Aku malas bertekak lagi.Teragak-agak juga aku mengangkat telefon dan meletakkan di telingaku.
" Qis..babah minta sedikit sahaja dari Qis..tolonglah balik ke sini.." kedengaran suara Dato Alif tersekat-sekat.Aku mengeluh kecil.Tak pernah lagi aku mendengar babah merayu macam ni.Aku menarik nafas.
"Babah.Qis balik esok ye..pasal marriage tu..balik nanti kita sama-sama bincang.Qis pun nak kenal siapa bakal suami Qis tu." Aku bercakap dengan penuh kelembutan.Aku tahu babah sedih..tapi aku juga turut sedih apa yang telah babah lakukan..tapi..jika ikutkan hati sampai bila-bila pun aku akan berterakup dengan babah.Cukuplah..aku terima dengan redha.Hati! bertabahlah.Aku memejamkan mata ketika aku bercakap dengan babah menerusi talian tadi.
"Qis.Betul ke apa yang babah dengar ni?" Suara Dato Alif kedengaran gembira.Aku jugak turut gembira mendengar suara babah begitu.lama aku tak dengar babah suka sangat macam tu.
"ye babah..Qis balik esok.Nanti kita bincang pasal perkahwinan tu.Ok lah..Qis nak keluar kejap.Nak ambil udara, Assalamualaikum" Cepat-cepat aku matikan talian,sebab nanti lagi banyak benda babah tanya.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸 Aku terus bersiap-siap dan melangkah keluar dari rumah.Ketika aku berjalan seorang diri aku terasa seseorang berjalan disebelahku dengan senyuman.Aku menoleh Dan satu senyuman terbit dibibirnya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aku mengerlip mataku beberapa kali.Macam kenal...Jap!
"Ehem!! dah lupa nama saya ke?" Matanya masih tepat memandang ke arah anak mataku.Aku menggelengkan kepalaku.
"kenallah...yang suka buat pickup line tu kann.😂" Aku tersenyum.Kami berjalan seiringan.. Kali ini Syeid Hakeem membuka bicaranya.
"memang suka keluar rumah erk?" Tanya Syeid Hakeem sambil memandang kearah aku.
"kadang-kadang aje..maklumlah..nak balik Malaysia.Nanti rindu pulak dekat sini..by the way..saya pelik dengan awak..lama juga awak cuti ea.." Balasku pula.Aku hanya dengar dia ketawa kecil.
"Saya kan boss..emm something saya nak bagitahu dekat awak." Syeid Hakeem kedengaran serius.Aku menelan air liur.Takut aku mendengar perkataan itu sekali lagi dari mulutnya.Takut kerana aku jatuh hati padanya..sebab tak lama lagi aku dah bersuami.
"apa dia?penting ke? kalau tak penting saya nak balik dulu.." Aku cepat-cepat memusingkan tubuhku dan mahu sahaja aku lari dari melihat wajahnya.Walaupun baru saja niatku hendak berjalan aku cancelkan aje.
"too me.penting..saya nak ajak awak makan malam ...sebab saya akan bertolak ke Malaysia esok.so nanti tak adalah saya rindu dekat awak." Suara Syeid Hakeem bersuara.Aku menghembus nafas lega...kejap!!! esok pun dia nak balik? emm kebetulan aje ni.Aku sedapkan hati sendiri.
"Saya pun kena Balik esok..so I guess..ok lah..kita on malam Ni dinner.So just wait me dekat depan rumah boleh?" Aku membalas.Syeid Hakeem hanya tersenyum Dan menggangukkan kepalanya.
"See you tonight..9:00 PM sharp ..saya ambil awak,bye" tangannya melambai lambai ke arah aku.Dan aku jugak membalas dengan lambaian berserta senyuman.💕💕💕💕