KUALA LUMPUR,
"Qis..bangun sayang..dah sampai" Suara babah jelas masuk ke dalam gegendang telinga aku.Aku membuka mata sambil tergaru-garu kepala.Cuba menghadam kembali.Ouh ya! dah sampai rumah.Aku membuka pintu kereta dan terus berlari memasuki rumah.Tiba-tiba Pak Samat memanggil nama aku..
"Qis..kenapa tak tunggu Pak Samat bukakan pintu .." .Pak Samat memandang aku dengan serius.Yela..itu salah satu kerja dia..dah banyak kali aku larang,tapi dia tetap nak buat kerjanya itu.Aku menggelengkan kepalaku.
"Qis tak nak Pak Samat bukakan pintu Qis..Pak Samat tu salah seorang dari family ni.." Aku membalas.Baru sahaja Pak Samat mahu menyambung kata-katanya.Aku terus melulu masuk kedalam rumah.
"Ummi!!" Aku terus memeluk ummi dihadapan aku.Tapi kenapa kurus sangat ummi ni??.Aku pelik.Tubuh yang aku peluk kini berpusing dan melihat ke arah aku.Dia tersenyum.Tiba-tiba kelibat ummi muncul dibelakangnya..ummi terus memelukku.Aku membalas pelukkannya.
"Ouh ya Qis..ni Pn.Izzah ,bakal ummi Qis juga." Puan Juliana bersuara sambil memperkenalkan wanita dihadapannya.Aku mengganguk kecil dan terus bersalaman dengannnya.Dia tersenyum manis.
"Cantiknya anak datin.." Ucapnya.Aku tersenyum manis mendengar pujian sebegitu.
"Aish..tak payah nak berdatin bagai la..zah,kita kan bakal berbesan" Ummi berseleroh.Aku hanya mengukirkan ' senyuman fake' dihadapan mereka.
"Err..ummi,Qis naik dulu la ye,Qis dah rasa badan ni letih semacam aje.." Aku meminta izin ummi dan bakal ibu mertuaku untuk naik keatas .Lagi sekali aku tekankan ' BAKAL ' .
Baru sahaja aku mahu menapak anak tangga,ummi memanggil aku."Qis rehat dulu..malam ni kita nak berbincang pasal Qis dan perkahwinan ni..ada la jugak makan-makan.So pakai yang sopan sikit ya sayang" Ummi berpesan kepada aku.Aku mengangguk,tanda faham.Aku terus menapak keatas.
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
8:45 PM
"Qistina Iris..mari turun sayang.." Aku yang terdengar panggilan ummi terus menapak ke bawah.Dan aku nampak sepasang mata yang aku sangat kenal.Ya Allah!!! jantung aku bagai nak pecah melihat gerangan bakal suami aku kini.Aku memegang dadaku.
"Qis.. rupanya yang Qis lambai-lambai dekat KLIA tadi bakal suami Qis" Suara babah menghentikan lamunan aku.Aku terus menapak ke bawah dengan reaksi yang tenang aje lagaknya..tapi jantung...Dup Dap Dup Dap aje dari tadi.Syeid Hakeem tersenyum.
"Syeid Hakeem namanya ummi.." Aku memperkenalkan dirinya.Ewah...
Ummi memandang aku dengan reaksi pelik.Begitu juga Pn.Izzah dan suaminya."Kenal waktu dekat London haritu..tak sangka la pulak dia ni bakal suami" Aku berseleroh.Syeid Hakeem masih tidak lekang dengan senyuman dibibirnya.Begitu juga aku.
"Haa..bagus sangat kalau dah kenal..cepat la kita langsungkan perkahwinan mereka ni..." Dato Alif bersuara gembira.Tapi...tak ke rasa perkahwinan ni macam terburu-buru? apa sebabnya yang nak sangat aku kahwin?.
"Erm..babah..do you mind,kalau kita lambatkan lagi 2 tahun ke..macam mana?ok tak?" Aku bersuara.Semua mata pandang tepat kearah aku.Ummi memegang tangan aku.
"kenapa nak lambatkan?" Tanya Puan Izzah kepada aku.
"Sebab..dia bakal suami Qis.So tak salahkan kalau Qis nak kenal dengan dia aunty? mestilah Qis nak kenal dia luaran macam mana..kan..? kenapa terlalu terburu-buru?"Balasku.Memang aku pelik sekarang ni.Tiba-tiba aku terasa tangan aku ditarik perlahan.
"Take five kejap ya semua..nak bawa dia kejap dekat luar..boleh tak ummi?sambil-sambil tu bolehla sambung pasal kami" Syeid Hakeem bersuara sambil memandang Puan Juliana.Yang Ummi aku ni pun baik sangat pergi bagi.Dah la tangan aku ni dia pegang sesuka hati!.Ni yang nak marah ni! aku paling pantang orang ambil kesempatan dekat diri aku.Syeid Hakeem membawa aku keluar dan kami duduk di kerusi.
"Saya tak suka awak" Perlahan aku tuturkan bicara.Syeid Hakeem tersenyum sambil memandang tepat ke dalam anak mataku.
Gulp! so handsomeeee😱.Terasa muka aku berona merah apabila dipandang sebegitu rupa.Muka macam menggoda aku pun ada.
"Boleh tak jangan pandang saya macam tu..saya tak suka."Ucapku ringkas.actually aku malu,sebab tu aku tak nak dia pandang aku macam tu.
"Salah erk saya pandang bakal isteri saya.?" Syeid Hakeem bersuara.Aku menggelengkan kepalaku.Tiba-tiba terasa tangan aku dipegang kemas.
"We must married Qis." Suara Syeid Hakeem kedengaran di gegendang telingaku.Aku mengeluh kecil.
"Yeah,but why?? kenapa drastik sangat?? kita baru kenal dekat London pun tak sampai sebulan..dan nak kahwin? no..I don't think so Syied Hakeem.Saya tak tahu apa jadi dekat rumah tangga kita kalau kita terburu-buru sangat nak kahwin." Aku membalas kata-katanya.Aku terus bangun.Terasa punggungku panas duduk disitu berbincang perihal kami.Belum sempat aku menapak meninggalkan dirinya.Terasa pinggangku dirangkul kemas.Terasa darah dalam badan serbu di wajah aku kini.Apa yang dia buat ni??!.Belum sempat aku menghaburkan amarahku.Suaranya menyapa gegendang telinga aku.Jelas.
"kebahgiaan tak perlu tunggu berapa tahun awak nak kenal hati budi masing-masing .Awak cuma perlu buka pintu hati awak..itu sahaja.Jika saya salah seorang yang berjaya ambil hati awak..maksudnya awak juara hati saya juga...saya janji akan jaga awak,ikhlas sayang awak,berikan sepenuh perhatian saya dekat awak.im promise,kita kahwin minggu depan ya?" Syeid Hakeem memandang aku sambil kedua-dua tapak tangannya dilekapkan diwajahku.Aku mengeluh kecil.
Ya aku tewas dengan dia....sebab aku mula sayang dengannya.Lambat-lambat aku mengangguk.Dia tersenyum lebar."Jom!" belum sempat aku nak tanya kemana..dia sudah pun membawa aku ke ruang tamu.Semua mata memandang kami.
"Mummy, Daddy...Dato Alif,dan Datin Juliana.. Qis setuju nak kahwin dengan saya" Mata Syeid Hakeem memandang ke arahku.Sempat aku menikmati pandangan indahnya.Sorakan orang-orang tua dihadapan kami,aku biarkan.Aku hanya mahu menikmatinya.Ya sangat Indah.Mungkin betul cakap dia..aku cuma perlu buka hati aku untuknya.Tidak semua lelaki sama seperti Zaheed!.Ah sebut nama pun aku sudah menyampah.
"We are about...nak kahwin minggu depan." Ucapku dengan tiba-tiba.Semua ternganga.Termasuk ummi dengan babah.Adoii nak tergelak pun ada.
"Tapi kami baru bercadang nak lagi 2 bulan.tapi memandangkan Qis nak macam tu..kami okay je kan?" Babah bersuara.Yang lain turut mengiyakan sahaja.Aku tersenyum sendiri.Tiba-tiba terasa pinggangku dipegang kejap.Syeid Hakeem memandangku dengan senyuman.Aku menepis sambil menunjukkan jari telunjuk kepadanya.
"Jangan gatal sangat boleh?? dah halal nanti lain ceritalah!"Aku berbisik perlahan,takut mereka mendengar perbualan kami.
"Ouh,kalau dah halal nanti semua boleh pegang la ni?" Syeid Hakeem bertanya.Aku mengangkat bahu.Padahal aku sendiri kena perangkap balik dengan jawapan yang aku beri.Adoii malu lah sengalllll.Terdengar Syeid Hakeem ketawa kecil memandangku.Aku juga turut tersenyum.
YOU ARE READING
Juara Hati💖
RomanceQistina Iris merupakan wanita pertama yang telah menambat semula hati Dr.Syeid Hakeem.Pada Syeid Hakeem,Qistina Iris merupakan perempuan yang sangat biul dan sewel yang pernah dia jumpa.Tetapi telah mencuri hatinya yang telah lama padam untuk wanita...