Qistina Iris merupakan wanita pertama yang telah menambat semula hati Dr.Syeid Hakeem.Pada Syeid Hakeem,Qistina Iris merupakan perempuan yang sangat biul dan sewel yang pernah dia jumpa.Tetapi telah mencuri hatinya yang telah lama padam untuk wanita...
Tetamu yang hadir sudah bersiap berkumpul dibawah.Aku menarik nafas dalam-dalam.Fuhhh!! kenapa gementar ni?.Aku mengenggam tangan aku yang sudah berpeluh.Tiba-tiba terasa tangan aku dipegang.Aku memandang kearah babah.
"Jangan risau,babah kan ada? babah turun dulu ya.Jangan lama sangat..Hakeem dah tunggu dekat masjid.Kita akad dekat sana." Babah bersuara.OMG!!! dekat masjid..Ya Allah lagi la ramai orang.. baru sahaja aku ingin bersuara,babah dah tutup pintu.Baru sahaja aku mahu bangun dari katil,Mia sepupu aku menyerbu masuk kedalam bilik.
"Qisss!!! my God babe...kau tahu pihak lelaki balas berapa dulang hantaran?".Mia bersuara teruja.Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Babe!!! 12 dulang babe,dan semua bukan calang-calang barang busuk babe..dior la bagai." Mia masih mood ' pot pet pot pet ' dia tu.Dia bercerita satu hapak pun aku tak dengar,sebab aku memang tengah cuak nak mampos dah ni.Tiba-tiba pintu bilik dikuak.Mak Long Jasnita tersenyum menarik Mia.
"Sorry Qis..Mia ni banyak pula mulut dia.jom mak long temankan Qis turun..Ummi Qis tengah busy dekat bawah.Jom sayang." Mak Long memegang tanganku.Tangan anaknya Mia dilepaskan,Mia pula tak habis-habis puji aku lawa la bagai.Eish susah dapat sepupu sengal macam ni..ingatkan boleh la tenangkan hati ni..rupanya..lagi menyusahkan.Aku mengikut langkah mak long hingga aku terdengar suara-suara kawan ummi memujiku.Aku hanya mampu tersenyum sahaja.Selesai turun babah menyuruhku masuk kedalam kereta pengantin yang telah disediakan,dan ditemani oleh ummi.Kami terus menuju ke Masjid yang menjadi lokasi akad nikah aku dan Syeid Hakeem.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸 MASJID.
Masuk-masuk sahaja aku terus duduk bersimpuh dimana pihak perempuan harus menunggu.Ummi disebelahku tak habis-habis senyum,mengalahkan aku yang pengantin ni.Tiba-tiba suasana yang riuh rendah menjadi senyap seketika.Aku melihat susuk tubuh seseorang sedang berjalan menuju kearah tok kadi dan babahku dengan memakai baju melayu putih suci.Alahai..gugoq Iman Aku weh, hensem gilaaaa.Tapi aku terus menundukkan wajah apabila ternampak muka Abang Long aku dengan Abang Ngah sedang gelak terkekek-kekek memandang aku.Hish memang nak kena penendang gamaknya!sejak bila pulak diorang balik ni?? mati la aku kena bahan habis habisan dekat rumah nanti.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
👆 *Gambaran*
Syeid Hakeem terus duduk dan bersalaman dengan semua yang berdekatan dengannya.Reaksi wajahnya kelihatan tenang aje.Aku pulak yang macam nak tercabut jantung gementar punya pasal.
"Dah sedia?" Tanya tok kadi kepada Syeid Hakeem.Dia mengangguk.Babah juga menganggukkan kepala tanda akad boleh dimulakan.Syeid Hakeem memegang tangan babahku.Aku memejamkan mataku serapat yang boleh.
"SYEID HAKEEM BIN SYEID NAZDHAN"
"YA SAYA"
"AKU NIKAHKAN DAN AKU KAWINKAN ENGKAU DENGAN ANAKKU QISTINA IRIS BT ALIF DENGAN MASKAWINNYA SERIBU RINGGIT TUNAI...."