0.1

1.2K 122 12
                                    

"Chim.. palliwa. Nanti kamu lambat nak pergi sekolah." Kata Puan Park dengan lembut.

"Nae eomma." Jimin keluar dari biliknya lalu pergi ke arah eommanya.

"Mianhae chim.. eomma boleh sediakan roti bakar je." Kata Puan Park kesal. Jimin memandang eommanya sambil tersenyum.

"Gwaenchana. Chim pun tak kisah. Janji ada makanan dah la." Kata Jimin. Puan Park berasa terharu dengan anaknya yang sorang ni.

"Ha.. nak nangis la tu. Jangan la nangis eomma." Jimin mengesat air mata eommanya. Puan Park tersenyum.

"Nae.." Katanya dengan perlahan.

"Okey la eomma. Chim pergi sekolah dulu. Annyeong.." Kata Jimin sambil memakai kasutnya.

"Annyeong." Balas Puan Park. Lalu Jimin pun berjalan kaki ke sekolahnya. Nasib baik la sekolahnya tak berapa jauh sangat dari rumahnya.

•••

Apabila Jimin melangkah ke kawasan sekolah, ramai pelajar yang melihat ke arahnya. Benci. Tak suka.

Jimin mengeluh. Dia cuba untuk buat tak tau dan masuk ke dalam kelasnya.

Jimin ingin memegang tombol pintu untuk masuk ke dalam kelas tapi ada satu tangan lain yang memegang tombol pintu tu dulu. Jimin terkejut lalu memandang orang tersebut.

"Aku masuk dulu." Katanya. Jimin hanya mengangguk lalu memberikan ruang kepada dia untuk masuk.

Apabila dia membuka pintu, tepung terkena pada badannya. Mata Jimin membulat. Terkejut.

"N..neo gwae..gwaenchana?" Soal Jimin takut-takut. Dia memandang Jimin.

"Aku okey la. Kena tepung je. Bukannya kena bata." Dia tersengih. Jimin hanya mendiamkan diri kerana berasa kekok.

Yela, selama dia bersekolah dekat sini.. tak ada sape yang nak berkawan dengan dia.

"Jom teman aku pergi tandas." Katanya lalu pergi meninggalkan Jimin yang hanya diam dari tadi. Dia melihat ke belakang.

"Yah! Palli!" Terkejut Jimin dibuatnya.

"Nae!" Cepat-cepat dia berlari ke arahnya. Lalu mereka berdua pergi ke tandas.

•••

"Haish! Sape la yang bangang sangat pergi letak tepung atas pintu? Kalau aku tau, aku cekik-cekik dia." Rungutnya sambil menggosok-gosok kepalanya yang terkena tepung. Jimin hanya mendiamkan diri.

"Kan?" Dia memandang Jimin.

"Eo? Ha..haah." Tergagap-gagap Jimin berkata.

"Kau kenapa? Dari tadi diam je. Bila aku cakap dengan kau, kau balas takut-takut." Katanya pelik. Jimin diam. Sekali lagi.

"Tengok tu. Diam lagi." Jimin mengeluh.

"Aku bukannya apa.. aku kekok la. Lagipun, selama ni aku mana ada kawan. Tu yang aku takut-takut nak cakap dengan kau." Ujar Jimin. Dia menundukkan kepalanya.

"Apa nama kau?" Jimin memandang dia.

"Jimin. Park Jimin."

"Nama panggilan?" Soalnya lagi.

"Kau panggil je Jimin."

"Shireo. Aku panggil kau Chim." Katanya. Jimin tak menjawab malah mengangguk tanda setuju.

"Aku Taehyung. Kim Taehyung. Kau boleh panggil aku dengan panggilan apa yang kau nak. Contohnya, Tae, TaeTae." Ujar Taehyung. Jimin mengangguk faham.

"So.." Taehyung menghadap Jimin. Jimin memandang dia.

"Kita kawan?" Dia menghulurkan tangannya. Jimin terdiam sejenak.

"Lambat lagi ke? Tangan aku dah lenguh ni." Jimin tergelak kecik. Dia mengangguk.

"Kita kawan.." Jimin menyambut huluran Taehyung.

Mereka sama-sama senyum.




Liyen comeback with another fanfic! Hoyeahh! 😆

Hope korang enjoy bila baca fanfic aye ni 😊💕

Seperti biasa, kalau ada merapu meraban apa semua tu.. jangan hairan la ye 😂

[C] best friend | vmin.Where stories live. Discover now