1.3

656 82 6
                                    

"Mama nak pergi satu tempat jap. Kamu pergi beli apa-apa yang kamu nak. Nanti mama call, kita jumpa okey?" Taehyung dan Jimin mengangguk lalu keluar dari kereta.

Mereka berdua masuk ke dalam mall.

"Nak beli apa?" Taehyung menyoal. Jimin menjongketkan bahunya.

"Jom!" Taehyung menarik tangan Jimin. Jimin hanya menurut sahaja.

Selepas beberapa minit mereka di dalam sebuah kedai pakaian, mereka keluar dari kedai tersebut.

"Banyaknya baju kau beli Tae. Untuk siapa ni? Kau ke?" Jimin menyoal sambil dia melihat-lihat beg plastik di dalam troli.

"Nope. Untuk kau." Selamba sahaja Taehyung berkata.

"Hah?! Untuk aku? Buat apa kau belikan untuk aku?" Soal Jimin terkejut. Taehyung tak jawab malah dia berjalan meninggalkan Jimin. Jimin mengejar Taehyung sambil menolak troli.

Tiba-tiba phone Jimin berbunyi. Dia mengambil phonenya yang berada di dalam poket seluarnya.

Dia berhenti dan melihat screen phonenya untuk melihat nama yang tertera.

엄마~ ♡

"

Eomma call tu. Jawab la." Taehyung berkata dengan tiba-tiba. Terkejut Jimin dibuatnya.

"Nak angkat la ni." Jimin menjawab panggil tersebut dan melekapkan phone di telinganya.

"Chim! Ppali balik!"

"Waeyo eomma?" Tiba-tiba talian terputus. Jimin memandang phonenya pelik.

"Wae?" Taehyung menyoal.

"Molla. Jom Tae! Balik rumah aku kejap!" Jimin berlari keluar. Diikuti dengan Taehyung.

Jimin menghentikan sebuah teksi lalu masuk ke dalam teksi bersama dengan Taehyung. Selepas sudah berkata destinasi yang dituju, teksi tersebut pun bergerak.

Beberapa minit kemudian, mereka sudah sampai di rumah Jimin. Jimin terus keluar dari teksi dan berlari ke arah eommanya.

"Eomma? Kenapa duduk luar? Dengan beg baju." Soal Jimin pelik. Sungguh dia tak tau apa yang dah jadi sekarang ni.

Puan Park memandang Jimin sayu.

"Kita kena halau Chim.. sebab eomma dah lama tak bayar." Puan Park berkata dengan perlahan.

"Mwo?" Jimin menyoal tak percaya.

"Mianhae Chim.." Puan Park menundukkan mukanya. Jimin mencangkung di depan Puan Park. Dia memeluk Puan Park.

"Gwaenchana eomma. Ni bukan salah eomma. Nanti Chim carikan rumah untuk eomma ye? Tapi buat masa sekarang ni, kita kena.."

"Tak apa Chim. Eomma faham." Jimin memandang Puan Park. Puan Park tersenyum.

Taehyung yang hanya berdiri memandang dua beranak tu dari jauh. Dia tersenyum.

Tiba-tiba sebuah kereta datang ke arah Taehyung. Puan Kim keluar dari kereta.

"Kenapa ni Taehyung?" Puan Kim menyoal.

"Jimin dengan eomma kena halau." Ujar Taehyung.

"Tapi, nasib baik Tae suruh mama belikan rumah untuk diorang." Taehyung memandang Puan Kim. Puan Kim tersenyum.

"Anak mama memang baik. Jom.. kita tunjukkan dekat diorang?" Taehyung mengangguk. Mereka berdua datang dekat ke arah Jimin dan Puan Kim.

"Chim.. jom ikut aku dengan mama pergi satu tempat. Bawak eomma sekali." Kata Taehyung.

"Pergi mana?" Jimin menyoal.

"Adalah. Jom?" Jimin memandang Puan Park. Puan Park mengangguk sambil tersenyum.

Maka, mereka berempat masuk ke dalam kereta Puan Kim.

• • •

"Rumah siapa ni Tae?" Soal Jimin. Puan Kim memegang bahu Jimin dari belakang.

"Ni rumah baru untuk Chim dengan eomma Chim." Kata Puan Kim. Jimin memandang Puan Kim.

"Tapi mama.."

"Tak ada tapi-tapi. Aku yang suruh mama belikan." Terang Taehyung.

"Lagipun, rumah kau dengan aku berhadapan je. Nanti senang la aku nak lari pergi rumah kau." Sambung Taehyung. Dia tersengih.

Jimin memandang Puan Park. Begitu jugak dengan Puan Park.

"Gomawo mama.. Tae.. Chim rasa yang Chim banyak susahkan korang." Jimin menundukkan mukanya. Puan Park mengusap belakang Jimin.

"Mana ada menyusahkan la. Lagipun apa yang aku buat untuk kau ni.. memang ikhlas dari hati aku yang suci lagikan bersih ni." Ujar Taehyung. Jimin tergelak kecik dengan kata-kata Taehyung. Begitu jugak dengan yang lain.

"Gelak pulak. Betul la apa yang Tae cakap." Taehyung mencebik.

"Ha yela Tae." Puan Kim memegang bahu Taehyung.

"Okey la. Kitorang balik dulu." Puan Kim meminta diri. Puan Park mengangguk.

"Annyeong Chim. Esok tunggu aku tau! Kita pergi sekolah sama-sama." Kata Taehyung.

"Nae." Lalu, Puan Kim dan Taehyung pun berjalan ke rumah mereka.

"Jom? Kita masuk dekat rumah baru kita?" Kata Puan Park. Jimin mengangguk. Mereka pun masuk ke dalam rumah.

"Wah.. luasnya." Teruja Jimin. Dia memandang sekeliling rumah.

"Jom naik atas eomma. Chim pilihkan bilik untuk eomma." Jimin menarik tangan Puan Park. Puan Park hanya mengikut.

Mereka berdua masuk salah satu bilik.

"Besarnya bilik ni. Ni bilik eomma." Kata Jimin.

"Chim tak nak bilik ni?" Soal Puan Park. Jimin menggeleng.

"Chim nak eomma rasa selesa." Jimin tersenyum.

"Aigoo.. comelnya Chim ni." Puan Park mengusap-usap kepala Jimin. Jimin tersengih.

"Bilik Chim dekat depan bilik eomma je. Nanti kalau eomma nak apa-apa, cakap je eh?" Ujar Jimin. Puan Park mengangguk.

"Chim masuk bilik Chim dulu." Jimin keluar dari bilik Puan Park lalu masuk ke dalam bilik barunya.

"Macam bilik Tae." Jimin tersenyum. Dia duduk atas katil.

"Nanti nak kena pergi rumah lama balik sebab nak ambik buku sekolah." Jimin menggeliat. Sedar tak sedar.. dia dah pun tertidur.

[C] best friend | vmin.Where stories live. Discover now