1.4

989 99 21
                                    

Loceng rumah Jimin berbunyi. Puan Park membuka pintu.

Kelihatan Taehyung tersengih sambil memegang beg plastik yang banyak dan Puan Kim yang berdiri di sebelah Taehyung sedang memegang sebuah tupperware.

"Aigoo.. banyaknya barang yang kamu bawak Tae. Masuk la." Puan Park memberikan laluan untuk Taehyung dan Puan Kim masuk.

"Tae nak pergi bilik Chim kejap tau eomma." Kata Taehyung. Puan Park mengangguk.

Taehyung mendaki tangga. Dia terhenti di dua bilik.

"Mana satu bilik Jimin eh?" Taehyung memandang sebuah bilik yang terbuka luas.

"Gotcha." Dia tersenyum lalu masuk ke dalam bilik Jimin. Dia meletakkan semua beg plastik di atas lantai.

"Aigoo.. patah jugak pinggang aku ni." Taehyung meregangkan badannya.

Taehyung duduk di kerusi lalu memandang Jimin yang sedang nyenyak tidur.

"Baik aku kemaskan buku-buku dia ni." Taehyung duduk di lantai dan mengeluarkan semua buku-buku di dalam beg plastik.

Lalu, dia menyusun semua buku-buku sekolah milik Jimin di rak yang bersebelahan dengan meja belajar.

"Done!" Taehyung menepuk-nepuk tangannya.

"Aku baik kan?" Dia menyoal kepada dirinya dengan bangga. Dia mengutip semua beg plastik dan keluar dari bilik Jimin.

"Eo? Tae. Mana Chim?" Puan Park menyoal Taehyung apabila Taehyung turun tangga seorang diri.

"Dia tengah tidur. Penat sangat la tu." Puan Park mengangguk.

"Mama.. Tae balik dulu eh." Kata Taehyung. Puan Kim mengangguk. Lalu, Taehyung keluar dari rumah Jimin dan masuk ke dalam rumahnya.

• • •

"Yah Kim Taehyung! Jangan la main-main. Peperiksaan nak dekat tau. Nanti gagal kang." Jimin membebel.

"Arasseo. Jangan la membebel." Taehyung mencebik. Jimin mengeluh.

"Aku membebel ni sebab kau tau tak? Aku tak nak la nanti kau kena ulang." Ujar Jimin. Dia membuat ulangkaji.

"Alolo.. sweetnya dia." Jimin memandang Taehyung dengan poker face. Taehyung tersengih.

"Kau tunggu kejap tau!" Taehyung bangun lalu berlari keluar dari bilik Jimin. Jimin pelik. Dia menjongketkan bahu lalu menyambung semula membuat ulangkaji.

Beberapa minit kemudian, Taehyung masuk ke dalam bilik Jimin dengan sebuah kotak. Jimin tak perasan dengan kehadiran Taehyung sebab tengah khusyuk buat latihan.

"Saengil chukahae Park Jimin!!" Jerit Taehyung. Jimin terkejut kerana Taehyung menjerit dekat telinganya.

"Yah! Sakit la!" Jimin menggosok telinganya. Taehyung tersengih. Dia duduk di tempatnya tadi.

"Nah." Taehyung meletakkan kotak tersebut di atas meja. Jimin memandang Taehyung pelik.

"Apa ni?" Jimin menyoal.

"Bukak la." Tanpa bercakap banyak, Jimin pun membuka kotak tersebut.

Matanya membulat apabila dia melihat isi di dalam kotak tersebut. Dia mengeluarkan kotak tersebut.

"Yah.. kau belikan jacket kulit untuk aku? Mahal la benda alah ni!" Ujar Jimin.

"Aku tak kisah kalau barang tu mahal ke murah ke. Dah kalau aku nak bagi kau, memang aku akan beli." Terang Taehyung. Jimin terharu.

[C] best friend | vmin.Where stories live. Discover now