0.2

888 110 19
                                    

"Rehat nanti kau nak makan apa?" Soal Taehyung. Jimin terdiam.

"Chim?" Jimin memandang Taehyung.

"Rasanya tak kott." Taehyung pelik.

"Kenapa pulak?" Jimin menundukkan kepalanya.

"Yah.. kau kenapa?"

"Aku mana la bawak duit. Well, tak mampu kan." Kata Jimin perlahan.

"Serious la?! Habistu selama ni kau makan apa?" Soal Taehyung terkejut. Jimin menggeleng.

"Tak apa, nanti aku belanja kau. Okey?" Jimin memandang Taehyung.

"Tak apa la Tae. Aku dah biasa." Tolak Jimin.

"Nope. Aku nak belanja kau jugak." Keras Taehyung lalu pergi meninggalkan Jimin. Jimin mengeluh.

Taehyung pergi ke Jimin semula.

"Yah.. gwaenchana. Setakat belanja kau makanan dekat cafe tu.. tak luak pun la duit aku." Taehyung memaut leher Jimin.

"Gomawo Tae." Kata Jimin.

"No prob. Kajja! Kita masuk kelas!" Kata Taehyung dengan gembira. Jimin tergelak kecik. Lalu mereka berdua pun masuk ke dalam kelas.

•••

"Kau tunggu sini kejap tau! Aku pergi beli makanan." Jimin hanya sekadar mengangguk. Taehyung pun berlari membeli makanan untuknya dan Jimin.

Jimin perasan yang semua pelajar memandang ke arahnya sambil berbisik-bisik mengenainya. Tapi dia hanya membuat tak tau je.

Tak lama kemudian, Taehyung pun datang. Dia duduk di depan Jimin.

"Nah. Ni kau punyer. Aku suruh ahjumma tu buat yang special untuk kau." Katanya sambil menolak makanan tersebut di depan Jimin. Jimin memandang makanannya.

"Kenapa ada manggaeddeok?" Soal Jimin pelik. Dia memandang Taehyung. Taehyung tersengih.

"Sebab kau macam manggaeddeok." Ujar Taehyung. Jimin pelik. Manggaeddeok macam dia? Tang mana yang samanya?

"Gomawo Tae. Again." Jimin tersenyum. Taehyung memandang Jimin lalu tersenyum.

"No prob. Cepat la makan. Nanti tak sempat pulak." Jimin mengangguk lalu makan makanannya.

"Uwaaa.... mashiketta!" Katanya. Taehyung hanya tersenyum memandang Jimin.

•••

Jimin mengemaskan barang-barangnya memandangkan waktu sekolah dah tamat.

"Chim! Palliwa!" Jimin memandang pintu kelas. Kelihatan Taehyung sedang berdiri di depan kelas.

"Nae!" Jimin menyandang begnya apabila semua barang-barang dah simpan ke dalam begnya.

"Kau ni. Apa yang lambat sangat simpan buku-buku tu?" Rungut Taehyung. Jimin tersengih.

"Mian. Ada orang sepahkan barang-barang aku masa aku pergi tandas tadi." Kata Jimin sambil menggaru-garu kepalanya.

"Mwo? Kenapa aku tak perasan tadi?"

"Kau kan tidur. Mana nak perasan?" Taehyung tersengih.

"Kenapa diorang buat kau macam tu? Kalau aku tau, memang aku belasah dia sampai lembik! Berani dia kacau chingu aku!" Kata Taehyung dengan geram.

"Tak apa la Tae. Lagipun aku dah biasa kena macam ni. Ni baru sikit je diorang buat." Ujar Jimin perlahan. Taehyung memandang Jimin.

"Takkan kau nak biarkan je?! Kau tak lawan balik ke?!" Jimin menunduk.

"Aku ni sape je nak lawan diorang? Diorang tu anak orang kaya. Aku ni miskin." Mendatar sahaja suara Jimin.

"Bukan diorang yang kaya. Tapi mak bapak diorang. Ingat diorang tu kaya, diorang boleh buat sesuka hati la?" Jimin memandang Taehyung. Terharu. Dia terharu apabila mendapat kawan seperti Taehyung.

"Dah la. Jom kita balik."

"Tapi aku balik jalan kaki."

"Erm.. kau naik aku la." Taehyung menarik tangan Jimin ke sebuah kereta yang berada di depan sekolah.

Taehyung membuka pintu belakang.

"Masuk la." Lambat-lambat Jimin masuk ke dalam kereta tersebut. Selepas dia masuk, dia menutup pintu.

"Kita hantar dia dulu ye Ahjussi Lee." Ahjussi Lee hanya mengangguk.

"Mulai hari ni, kau balik dengan aku ehh?" Jimin memandang Taehyung.

"Tak apa la. Aku boleh balik sendiri. Macam hari-hari yang lain." Tolak Jimin dengan lembut.

"Kalau macam tu, aku jalan kaki jugak la."

"Mana boleh macam tu."

"Boleh je kalau aku nak." Jimin mengeluh. Boleh sakit kepala kalau cakap dengan Taehyung ni.

"Suka hati kau la." Jimin malas nak layan. Taehyung tersenyum.

"Aku menang. Bluerk.." Taehyung menjelirkan lidahnya kepada Jimin. Jimin mencebik.

"Ala.. awak jangan la cebik. Tau la muka awak comel." Taehyung sengaja membuat suara gedik.

"Yah.. jangan buat suara macam tu la. Geli aku dengar."

"Chim~~" Taehyung masih membuat suara gedik.

"Kim Taehyung!" Taehyung tergelak melihat muka Jimin yang malu.

"Kau ni memang nak kena la!" Jimin memukul-mukul bahu Taehyung.

"Yah sakit la! Tak padan dengan kecik!"

"Mana ada!"

"Ye! Tadi masa jabat tangan dekat tandas tu, aku boleh genggam tangan kau tau tak?" Ujar Taehyung. Jimin menahan malu.

"Ahjussi! Tengok Tae ni!" Jimin mengadu pada Ahjussi Lee.

"Oi oi. Kaki ngadu ehh kau ni. Ahjussi jangan percaya sangat dengan budak kecik ni."

"Aku tak kecik la!" Nafi Jimin.

Ahjussi Lee yang dari tadi memandu sesekali memandang Jimin dengan Taehyung dengan cermin pandang belakang. Dia tersenyum.

'Comel je budak dua orang ni.'

[C] best friend | vmin.Where stories live. Discover now