1.2

670 90 8
                                    

Taehyung dan Jimin turun ke bawah apabila maid memanggil untuk makan. Jimin duduk bersebelahan Taehyung dan di depan Jonggyu.

"Makan la. Kau tunggu apa lagi?" Tegur Taehyung.

"Yela. Nak makan la ni." Kata Jimin. Sebenarnya dia berasa tak selesa apabila Puan Kim asyik memandang dia sahaja.

Perlahan-lahan Jimin menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

"So, nama kamu Jimin?" Jimin tersentak lalu dia memandang Puan Kim. Dia mengangguk.

"Kamu duduk dekat mana? Eomma kamu kerja apa? Appa kamu?" Bertubi-tubi Puan Kim menyoal Jimin.

"Mama.. perlu ke mama tanya soalan tu sekarang? Kita kan tengah makan." Sampuk Taehyung. Puan Kim memandang Taehyung.

"Suka hati mama la nak tanya sekarang ke, lepas ni ke, esok ke. Ni mama nak tanya kamu ni.. mana Junsu? Dah lama mama tak nampak dia." Ujar Puan Kim. Taehyung mengeluh.

"Mama dah lupa ke apa yang dia dah buat dekat Taehyung? Mama masih lagi nak Taehyung berkawan dengan orang macam tu?" Kata Taehyung dengan geram.

"Oh yela.. mama mana nak ambik tau hal Tae dengan dongsaeng yang lain kan? Sibuk dengan kerja je. Mana nak tau kalau apa-apa jadi macam dekat kitorang. Macam tadi.. mama tak tau apa yang dah jadi dekat Tae dengan Junsu. Dah la. Tae dah tak ada selera nak makan. Jom Chim." Taehyung menarik tangan Jimin naik ke atas. Panggilan Puan Kim hanya dihiraukan.

Puan Kim mengeluh. Dia memandang Jonggyu dengan Eunjin.

"Eun.. jom naik atas. Kita buat homework." Ajak Jonggyu. Eunjin mengangguk. Mereka berdua naik ke atas. Puan Kim hanya melihat sahaja.

"Apa aku dah buat?"

• • •

"Yah Kim Taehyung! Ireona!! Nanti kita lambat nak pergi sekolah la!" Jimin menggoncang badan Taehyung dengan kuat.

"Andwae! 5 minit." Taehyung menarik selimut hingga menutup kepalanya.

"Tak ada! Bangun la woi! Kalau kau tak bangun, aku sepak bontot kau." Jimin mengugut. Taehyung hanya membalas dengan bunyi dengkurannya. Jimin mengeluh.

"Tu la kau. Aku suruh tidur awal tak nak, sibuk ajak aku main game. Cakap esok boleh bangun awal la. Ni apa ni? Ish dia ni." Jimin berkata sendirian.

Semasa Jimin tengah sibuk kejutkan Taehyung, pintu bilik dibukak.

Perlakuan Jimin terhenti. Dia memandang ke arah pintu. Kelihatan Puan Kim sedang berdiri di muka pintu.

"Err.. Puan nak apa? Boleh saya bantu?" Soal Jimin takut-takut. Perlahan-lahan Puan Kim masuk ke dalam bilik.

"Saya nak mintak maaf sebab layan kamu macam nak tak nak je semalam." Kata Puan Kim.

"Tak apa la Puan. Saya tak kisah. Sebenarnya, dah lali." Jimin berkata sambil tersenyum.

"Lali? Maksud kamu?" Soal Puan Kim. Jimin menunduk sambil mengusap belakang tengkuknya.

Jimin mengambil nafas. Dia memandang Puan Kim dan menceritakan semuanya.

Selepas dia dah ceritakan dia menunduk. Dia tak kisah apa yang Puan Kim nak cakap. Nak halau dia keluar pun tak apa.

Jimin terkejut apabila Puan Kim memeluknya.

"Mulai sekarang, jangan panggil saya Puan. Panggil mama. Okey?" Puan Kim memandang Jimin. Lambat-lambat Jimin mengangguk.

"Dah puas buat drama dekat bilik Tae?" Jimin dan Puan Kim memandang ke arah Taehyung yang sedang menyandarkan badannya di dinding.

"Lorh.. bila bangun?"

"Dah lama. Sejak Jimin ceritakan pasal hidup dia." Taehyung menggeliat.

"Korang berdua dah lambat nak pergi sekolah tau." Kata Puan Kim. Lantas Jimin dan Taehyung melihat jam di phone masing-masing.

"Eotteokhaji??"

"Apa kata korang tak payah pergi sekolah hari ni?" Taehyung dengan Jimin memandang Puan Kim serentak.

"Jinjja?! Betul ke ni mama?!" Taehyung memegang kedua belah bahu Puan Kim. Puan Kim mengangguk sambil tersenyum.

"Yahoo!!!" Jerit Taehyung gembira. Jimin dan Puan Kim hanya tersenyum melihat gelagat Taehyung.

• • •

Taehyung dan Jimin turun ke bawah untuk sarapan.

"Hari ni kamu berdua nak pergi mana?" Soal Puan Kim sebaik sahaja dia duduk.

"Tak ada nak pergi mana. Main game la kott." Kata Taehyung.

"Apa la kamu ni. Cuba la buat aktiviti yang berfaedah sikit. Bukan senang tau mama nak bagi cuti ni." Ujar Puan Kim. Taehyung menggaru kepalanya.

"Jangan la garu kepala. Nanti kutu masuk dalam makanan." Kata Jimin.

"Aku mana ada kutu la bebal." Taehyung menyiku lengan Jimin.

"Cakap je." Jimin menyuap makanan ke dalam mulutnya.

"Apa kata kamu berdua teman mama pergi shopping? Apa yang kamu nak beli, beli je. Mama bagi green light." Puan Kim tersenyum.

"Guna duit mama kan?" Puan Kim mengangguk. Taehyung memandang Jimin lalu memandang Puan Kim balik.

Dia mendekatkan badannya ke arah Puan Kim lalu berbisik sesuatu. Jimin yang tengah makan hanya memandang dua beranak tu sahaja.

"Okey. Nanti mama belikan." Puan Kim memandang Jimin. Begitu jugak dengan Taehyung.

"Dah kenapa pandang Chim? Ada yang tak kena ke?" Taehyung dan Puan Kim menggeleng lalu menyambung makan semula.

[C] best friend | vmin.Where stories live. Discover now